Bismillah..
Untuk
hari yang begitu indah, untuk saat yang membahagiakan, untuk doa dan ucapan
yang menusuk hati, untuk hadiah yang bermakna, dan akhir sekali untuk
mereka-mereka yang masih mengingati tanggal 28 Januari, tiada kata lain yang
mampu dilahirkan dan diucap.. terima kasih, diri ini sangat sayang kalian.
Keluarga
yang aku kasihi dan cinta sepenuh jiwa dan raga, keluarga orator yang sangat
aku cinta seluruh entitinya, sahabat seperjuangan diploma undang-undang,
sahabat-sahabat ex-ahmadians, adik-adik tersayang, dan semua!
Kisah
ini ada sambungannya, terima kasih ya Allah atas semua rasa bahagia dan indah
ini. Terima kasih untuk pinjaman ini, Alhamdulillah.
________________________________________________
2013,
Kini
kau sudah menampilkan wajah,
Jika
dahulu aku hanya meletakkan impian dan harapan yang ingin aku capai,
Tapi
hari ini,
Rupanya
mimpi itu perlu ditukar menjadi realiti,
Kemahuan
harus untuk diterjemahkan melalui kesungguhan,
Dan
mahu tidak mahu, tindakan perlu dilipat gandakan.
Lumrah
kehidupan,
Setiap
cita-cita menuntut kepada pengorbanan yang begitu tinggi.
Tatkala
teman lain sibuk menelaah pelajaran,
Berjimba-jimba
di kota raya,
Selesai
meng’khatam’kan cerita-cerita & video terkini,
Tiap
malam bercerita tentang ‘future’,
Saban
waktu membuat nota untuk final..
Tapi
aku..
‘Kalau
dah jadi oratorian, masa anda bukan seperti kawan2 yang lain’.
Betul,
dan aku akui..
Tiap
jumaat pagi dan malam yang di isi dengan latihan debat,
Tapi
teman yang lain sedang seronok beristirehat di bilik.
Waktu
kawan-kawan sibuk menghafal dan membuat nota untuk test esok,
Jam
12.00 malam aku masih di café,
Berlatih
bersama mereka.
Kadangkala,
1-2 pagi baru sudah,
Letihh..
sape cakap tak letih,
Tapi
aku cintakan medan ini,
Cinta yang hadir tanpa dipaksa, lahir secara tiba-tiba.
Aku tidak tahu kenapa rasa ini sebegitu dalam.
Walau
hakikatnya ada ketika aku mahu tinggalkan dan berhenti,
Jujur
ada satu suara yang membisik,
‘Jangann..
ini cinta kau, ini minat kau, ini keluarga kau. Teruskan!’
Dan
itulah jawapannya kenapa aku masih kekal begini,
Menjadi
seorang yang luar biasa dari yang lain,
Aku
mahukan ilmu,
Aku
mahukan pengalaman,
Aku
mahu menjadi penilai dan penganalisis yang bagus,
Aku
mahu menjadi pendebat yang baik dan berjaya,
Aku
mahu mencapai impian dan cita-cita ini!
Ya,
Sekalipun
impian ini wujud dalam hati,
Aku
tidak nafikan,
Cita-Cita
dan impian yang tunggal dan utama,
Aku
masih pegang.
Cita-cita
mahu menjadi seorang peguam,
Impian
mahukan kejayaan dalam pelajaran,
Harapan
mahu gembirakan ibu ayah atuk dan keluarga,
Semua
ini aku mahu capai.
Cuma
mungkin,
Kekangan-kekangan
sentiasa wujud.
Di
pertengahan jalan, aku pasti akan tersungkur,
Pada
mulanya langkah laju,
Larian
pantas dan kemas,
Bila
menjadi semakin yakin dan bersemangat,
Aku
tidak nampak ada batu di hadapan,
Ouchhhhh,
sakitttt!
Jatuh,
darah mengalir laju, air mata lantas jatuh berderaian..
Mereka
sudah meninggalkan aku,
Aku
tidak mampu lagi berdiri,
Tapi
tiada siapa yang mahu menolong,
Jika
aku sendiri tidak bangun dan teruskan pelarian.
Dan
akhirnya,
Dek
semangat yang awalnya tadi masih wujud,
Walaupun
dipatah-patah dengan kejatuhan,
Walaupun
hangatnya darah masih mengalir di tubuh,
Walaupun
rasa sedih dan kecewa itu tidak boleh dihilangkan,
Aku
berjaya menghabiskan langkah ke garisan penamat,
Kerana
matlamat aku,
Untuk
tiba ke garisan penamat,
Walaupun
tanpa kejayaan.
 |
| berangan tengah consult dengan client. lalalala~ |
Maka
sama juga dengan sekarang,
3
tahun sudah hampir tamat,
Perlawanan
ini semakin tiba pada penentunya,
Banyak
sakit, perit dan bahagia berjaya ditempuhi,
Jatuh
dan bangun,
Sehingga
aku merasakan dan mengiyakan,
Langit
itu sememangnya benar-benar tinggi,
Tapi
tidak semestinya kita tidak boleh ke sana.
Aku
memang akui,
Kadang-kadang
aku tertanya sendiri pada diri,
Betulkah
apa yang aku lakukan?
Effort
yang sedikit, tanpa ada hasil.
Bila
kecewa, aku menangis.
Apa
sebenarnya yang mahu aku capai?
Salahkah
aku untuk penuhkan masa dengan perkara yg berguna,
Salahkah
aku menghabiskan sisa-sisa masa ini,
Ibu
ayah, salahkah along?
Salahkah
aku..
Aku
rindu pada fatin yang semangatnya sungguh tinggi,
Aku
rindu pada fatin yang dahulunya kekuatan cukup menebal,
Aku
rindu pada fatin yang tangis itu bukan sekadar tangis,
Aku
rindu pada fatin yang kecewa menjadi pembakar diri,
Dan..
Aku
rindu pada fatin yang dalam waktu gundah dan sedih,
Masih
mampu memberikan senyuman untuk kebahagiaan lain.
Belajar
no 1, tapi Debat bukan no 2,
Taqdimul
Aham Minal Muhim,
Walau
ada yang menjadi penghalang,
Walau
banyak kali kau kecewa,
Walau
ramai yang menghina,
Cita-cita
itu harus tersemat di mata,
Supaya
akan ada kemahuan di hati,
Akhirnya
melahirkan kesungguhan yang berlipat ganda.
'Aku
sedar bukan mudah untuk menggapai mimpi indah,
pernah
suatu ketika dulu ku punya harapan besar,
tapi
aku tak pasti, dapatkah ku miliki..'
Royal
Fighters,
Perlu
lebih banyak berkorban dan terpaksa dikorbankan sementara,
Masa,
wang ringgit, tidur, facebook, blogging,
Dan
masa yang sama,
Mungkin
akan ada yang terkorban.
Bukan
suka mahu korbankan,
Tapi..
Percaya
atau tidak,
Tanpa
pengorbanan,
Cita-cita
itu tidak akan diraih dengan sewenangnya.
Kalau
kita tidak merasa panasnya terik matahari di padang,
Bagaimana
mahu kita rasakan sejuk dan redupnya di rendangan pokok,
Kalau
kita tidak berjaga malam untuk membaca buku,
Bagaimana
nak dapatkan A dalam subjek tu.
Segar
di ingatan kata-kata seorang sahabat,
‘Kendatipun
mereka menyerang, aku tetap bertahan!’
Keluar
dari zon selesa! Percaya Pada Diri ! Setiap cabaran jadikan penyuntik semangat!
Usaha dan terus berusaha! Bersangka baik dengan setiap percaturan Allah, Dia
sudah tentukan yang terbaik untuk setiap hambanya.
#
Aku sedang menyediakan ketahanan fizikal dan mental untuk semua ini. Belajar,
Debat, dan MyFityan.Com. Usaha untuk membangunkan ummah, moga Allah berkati.
Selamat
malam, Assalamualaikum.
2.30 am | 2 Februari 2013.