MAAHAD STAM,.DALAM KENANGAN

Assalamualaikum semua..
Tiba-tiba rindu benar pada rakan-rakan di Maahad STAM...
Apalah khabarnya mereka disana ek..Arinih 'seindah bicara' nak berkongsi sedikit tentang pengalaman 'seindah bicara' semasa detik-detik terakhir di Maahad STAM..

30 April 2010..hari yang benar-benar bersejarah buat ana..
Ana sendiri tak tahu mengapa guru2 maahad stam,tak masuk kelas hari nih,mungkin mereka ada pekerjaan yang perlu diuruskan..atau mungkin sengaja membiarkan kami bersama rakan-rakan,menghabiskan detik terakhir bersama..Alhamdulillah,hari ni makan besar..erm,makan hamper sempena "kiss 2010" yang telah kami anjurkan..mana taknye,dah seminggu hamper tu jadi pameran kat depan kelas..lepas sorang-sorang sakit.disebabkan sifat keprihatinan kami,,kami tunggu sehingga semua orang ada di dalam kelas..

Disamping sibuk-sibuk makan koko crunch,air grapes,gula-gula,n lain-lain,ana,hawa,suzana,& beberapa rakan yang lain sibuk bercakap tentang buku fatimah syarhaa "PEMILIK CINTAKU SELEPAS ALLAH DAN RASUL"..Ana dah habis dah baca buku tu..Alhamdulillah,benar-benar menusuk hati & perasaan ana dan rakan-rakan..Sampai yang melucukan hati kami semua nih,semua orang nak jadi fatimah syarhaa..Dari segi tudungnya,makannya..Maahad stAM muslimat benar-benar dilanda 'demam'..demam ape..demam fatimah syarhaa...

suzana dengan bukunya...(maklumlah,baru habis baca lah katekan)


kata-kata terakhirku buat teman2 STAM,,benar-benar terakhir di whiteboard..

Sampai ana sendiri dah ada nama gelaran.."fatin syarhaa @ fatimah syahira"...haha..lucu sungguh..dengan gelagat rakan-rakan yang suka mengenakan,ana memang tak boleh lupa..& ana sendiri tak tahu kenapa,ana nak bergambar dengan semua orang..firasat ana mengatakan,ini lah yang terakhir..huhu,,tak tau pulak ini benar-benar yang terakhir..segala yang ana lakukan pada hari tersebut,seakan-akan ana mengetahui itu adalah saat terakhir ana di situ,.

hawa,,teman ana dari sek rendah lagi,.xsgke akhirnya kita berpisah jugak selepas hampir 12tahun bersama..huhuu

Ditakdirkan Tuhan..
Ana memang benar-benar keluar..Ana mendapat peluang di Universiti Darul Iman,Terengganu dalam bidang 'Pengajian Diploma Undang-Undang'..wah,jauhnyaa..tak pelah,timba pengalaman baru disana..Ana nak berkongsi sikit dengan surat tawaran yang ana baru dapat seminggu yang lepas & isi-isinya..

inilah surat tawaran ana ke sana,,alhamdulillah..

dalam buku ni mcm2 ada..medical check-up,surat aku janji,peraturan..

inilah nama pengajian & nama fakulti ana..

Alhamdulillah.Syukur sangat pada Allah,walaupun ana tak dapat mencapai cita-cita ana yang pertama(menjejakkan kaki di bumi Jordan),tapi tanda ALLAH sayang pada hambanya,ana diberi peluang untuk meraih cita-cita ana yang kedua..APA.???to be a LAWYER.. Walaupun cik zul,cik zam kata jadi 'lawyer buruk',ana tak kisah..Mungkin,rezeki ana di sini..Takdir Allah,qada' & Qadar,semuanya kita perlu terima dengan hati yang terbuka..Tak kisahlah baik atau buruk,kerana segalanya telah ditentukan suratannya sebelum kita lahir lagi..Dan kita sebagai hambanya perlulah sentiasa bersyukur dengan apa yang kita dapat..berjaya kita bersyukur,gagal pun kita perlu bersyukur..Sampai disini sahaja post ana pada kali ini,kerja umah banyak yang perlu dibereskan hari ini,memandangkan esok ana tiada selama tiga hari..So,bersyukurlah kepada ALLAH s.w.t yang telah memilih kita sebagai khalifahnya...

Wallahu'alam..


....................................................

Comments

  1. to become a lawyer you must dress like a lawyer, think like a lawyer, act like a lawyer ~

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!

UJIAN HIDUP

TEMAN HIDUP