Warkah dari Guru Suksess,,,Trimas cikgu,,,

Assalammualaikum wbt.

Kehadapan Fatin yang diingati, moga Allah mengurniakan ketenangan hearty dan emosi buat diri Fatin hendaknya tatkala ini. Walaupun saat-saat perpisahan semakin hampir, namun keresahan hati menghadapi saat-saat seperti ini telah lama kita sama-sama rasai, hanya kekadang diri kita tidak mampu untuk menyerlahkannya secara nyata. Hem...susah juga hendak menulis sebegini buat insan tersayang yang membaca warkah ini. Namun, diri ini tetap juga kugagahkan untuk menulis agar dirimu tidak terkilan menunggu “ayat-ayat cinta” daripada CEO Akademi Sukses..hu,hu...

bersama penulis buku,,cube teke sape..??


Fatin yang dihormati,
Apa yang telah Fatin pelajari daripada persahabatan dan pertemuan ini sejak 2008 hinggalah saat ini? Jika hendak dituliskan kembali di atas kertas ini, mahu rasanya menjadi sebuah novel “bestsellers”... Detik-detik Indah Bersama Guru Sukses.. hu,hu. Apa-apa pun diri ini amat menghargai jasamu dan teman-teman pengasas Sukses yang benar-benar bertungkus-lumus menjadikan impian diri ini suatu realiti. Daripada sebuah kelab bakal menjadi sebuah akademi pada masa hadapan. SIAPA SUKSES?...

barisan peneraju SUKSESS..dalam ingatan

Fatin yang disayangi,
Dalam usaha kita menelusuri kehidupan sebagai pelajar dan aktivis dakwah banyak liku-liku dan cabaran yang bakal kita tempuh. Kekadang kita gembira, kekadang kita bersedih, bosan, geram etc. Segala-galanya adalah rahmat dan ujian Allah kepada diri kita, sama ada kita mampu beristiqamah atau gugur dalam perjuangan. That’s why, work as a team is very important. Diri ini kuat kerana kalian semua kuat dan bersungguh-sungguh menjayakan agenda sukses. Ukhwah sesama kita umpama saf batu bata yang tersusun kukuh, saling menguat antara satu sama lain. Kita tidak boleh berfikir bahawa kita seorang diri mampu berbuat segal-galanya, justeru diri ini mengharapkan 6 Budaya Sukses yang telah kita sama-sama jayakan benar-benar kau selami dan hayati tatkala berada di kampus UDM, agar dirimu dihormati dan dirimu sukses menghadapi gelombang cabaran sebagai mahasiswi . Fatin, banyak orang akan berusaha memikat dirimu, banyak mata akan mencintai dirimu, mana mungkin dirimu mampu menghadapi godaan sebegitu banyak jika tidak berpegang teguh dengan nilai-nilai keimanan yang mapan. Doaku, moga kau sentiasa mengingati pesanan-pesanan diri ini lewat pertemuan kita saban minggu di kelas bahasa Melayu pada tahun yang lalu..ilir-ilir, refleksi kiss, apa ada pada CINTA..etc...segalanya seolah-olah berputar mengisi ruang hati dan minda..betapa pertemuan itu cukup indah dan mengujakan diri ini.

scouts 2009


Fatin yang disayangi,
Sayangilah dirimu, sayangilah sahabat-sahabatmu yang telah berjuang bersama-sama sukses, kiss, kembaq dan batch SPM kalian. Kita merancang suatu agenda perjuangan yang besar dan matlamat yang sangat jauh, sudah tentu dirimu tidak mahu menjadi penumpang sepanjang hayat dalam bahtera yang sedang belajar menuju pelabuhan kejayaan @ sukses. Ingatlah tragedi Titanic karam yang kalian lakonkan semasa KISS 2009, dan kini kau benar-benar diuji sama ada menjadi orang yang terkorban atau dikorbankan atau APA?

memori ku,,KISS 2009


KISS 2009..meninggalkan memori indah yang sukar hendak dilupakan. Daripada perbincangan kita yang seketika..kau mampu menjelmakan menjadi suatu realiti..KISS 2010, namamu terpahat kukuh di hati sanubari adik-adik dan sahabat-sahabatmu..lewat SURAT kepada SAHABAT...yang kaubaca di saat-saat akhir pertemuan...kau menitiskan air mata seperti mana diri ini juga menitis air mata sewaktu RBB di SMASKP di khalayak peserta..Memang itulah DETIK terindah kurasakan..seperti mana jua dirimu rasai pada saat akhir pertemuan KISS 2010. Adakah detik ini akan berulang lagi....

Fatin yang disayangi,
Semakin hari dirimu semakin dewasa dan diri ini tidak pantas untuk menakluki hatimu, namun izinkan diri ini menyayangimu seperti mana sayangnya seorang sahabat yang sentiasa mengharapkan dirimu tidak lupa kepada visi dan misi masa hadapan sukses. Kami amat memerlukan kemahiran dan kepakaranmu pada masa hadapan untuk meletakkan Akademi Sukses duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan insan-insan yang hebat di luar sana.

bersama guru & teman2 suksess yg bakal berjuang,,


Maafkan diri ini kerna banyak melafazkan frasa cinta, sayang, i luv u..terhadap dirimu. Sayang seorang dan cinta seorang sahabat amat besar nilainya di sisi diri ini terutama terhadap insan seperti dirimu dan teman-teman sukses. Mungkin dirimu terfikir mampukah kau mengejar impian dirimu, impian ibu ayahmu dan impian Akademi Sukses, namun percayalah bahaw Jejak-Jejak Mimpi yang kau tulislan pada hari ini merupakan suatu DOA yang akan menjadi realiti pada masa hadapan. Diri ini tidak pernah bermimpi untuk bertemu insan seperti dirimu dan teman-teman sukses yang lain, tetapi diri ini selalu berdoa dan yakin akan hadir insan-insan hebat yang akan membantu usaha-usaha sukses pada hari ini dan masa akan datang. Yang penting, kita harus “Istiqamah Berusaha”. Kita merancang, Allah akan menentukan apa-apa yang terbaik untuk diri kita.


Akhir kata, salam sayang buat serikandi sukses, Nurfatin Syahira Zolkafli...sahabat, teman dan muslimat harapan ummah. I luv Islam...luv u forever....hu,hu..

Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan;
Walau jauh beribu batu,
Hilang di mata di hati jangan.

Salam ukhuwah sahabat...
asfree1@yahoo.com

Comments

Popular posts from this blog

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!

TEMAN HIDUP

UJIAN HIDUP