HOLIDAY to cameron with my l0ve..hehe

Assalamualaikum...
8-9 Jun yang lalu,seindah bicara telah mengikuti rombongan cikgu Yunos ke Cameron Highlands..Excitednye diri ini hendak ke sana,manakan tidak,,Sepanjang 17 tahun 5 bulan seindah bicara hidup di muka bumi Allah,inilah kali pertama seindah bicara hendak ke sana,.Syurga Strawberi,feveret 'den'..Dijadikan cerita,ke cameron bersama-sama Anisah,Balqis,Ain & teman2 yang lain,.kenangan & memoir terakhir bersama adik2 sebelum diri ini melangkah jauh bermusafir ke Terengganu...Thanx to cikgu Yunos coz memberi peluang pada seindah bicara untuk pergi bersama-sama..Gembiranya hati ini,tatkala tiba di atas sana sama seperti kegembiraan seindah bicara ketika pertama kali menapakkan kaki di Gunung Kinabalu,2tahun yang lalu..


Banyak pengalaman sepanjang pengembaraan seindah bicara,terutama apabila kami menyinggah sebentar di Key Ell sebelum bergerak ke Cameron..


Baru kini,seindah bicara dapat melihat kehidupan & kesibukan bandar kota Kuala Lumpur secara 'eye to eye'...Anak remaja,mahasiswa,ibu bapa,anak2 kecil,pelancong asing, macam2 ragam yang seindah bicara perhatikan..Dunia kini,berbeza dari banyak aspek..kehidupan,pemakaian,percakapan,tingkah laku,segalanya diperhatikan..


Melangkah masuk ke Suria KLCC..Menapakkan kaki ke sana,membuat seindah bicara sedikit 'jakun' walaupun ini sebenarnya bukanlah kali pertama seindah bicara ke sana..


Kesedihan di hati tetap dirasai apabila niat utama seindah bicara ingin ke SURIA KLCC adalah hendak ke Petrosains,.Apakan daya,hajat tidak kesampaian..Hati seindah bicara tertarik pada sebuah kedai KINOKUNIYA..Kedai buku yang besar,& meliputi dengan pelbagai jenis buku..Disamping itu,seindah bicara tertarik dengan bahagian buku kanak2..cerita2 yang di jual disitu,menarik perhatian kami membacanya..Apakan daya,zaman ku bukan di sana..


Tidak mustahil jika anak-anak kecil di Key Ell fasih berbahasa inggeris..Ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam hal2 yang sebegini..Bagi seindah bicara,duit bukan lah satu masalah besar untuk mendidik anak2..Pengorbanan itu amatlah dititik beratkan untuk melahirkan seorang pemuda yang mempunyai misi yang besar.!!!!!

Bergerak ke cameron jam 2.30 ptg,kesesakan jalan raya di Bandar Raya sudah menjadi lumrah bagi penduduk di situ..Perjalanan ke Cameron mengambil masa hampir 4jam..

Serik seindah bicara hendak kesana kerana perjalanan dari kaki bukit ke atas mengambil masa hampir 1jam.Dengan jalan yang berliku2,hanya Allah sahaja yang mengetahui pelbagai ragam & aksi seindah bicara berada di tempat duduk..Kesian Ain,terpaksa memangku seindah bicara yang kepeningan akibat sejuk+jalan yang teruk...
"Madam Nadia,serik betul saya ke sini..Saya rasa inilah kali pertama & terakhir saya kesini.Serik."
"Betul..saya pun sama,,serik betul."
Itulah diantara perbualan seindah bicara & Madam Nadia setibanya kami kesana..




Waktu malam,berjalan2 di pasar malam yang berhampiran,membeli beberapa souvenir.Faham sangat dengan Anis,apa yang dilihat,semuanya hendak dicapai..

Pagi esok kami melanjutkan pengembaraan ke ladang cactus,ladang strawberi,tempat membeli belah,kedai aiskrim strawberi,farm bees,& ladang teh..

Antara banyak2 tempat yang seindah bicara lawati,seindah bicara ingin recommend kepada sesiapa yang bakal ke Cameron Highlands untuk mencuba 'Aiskrim Strawberi' yang sungguh laziz n lazat..Walaupun harganya mahal, 6hengget satu cup,tapi berpatutan lah dengan rasa yang enak.Kira murah jika nak dibandingkan dengan di tempat2 biasa..



Itulah diantara cerita yang seindah bicara ingin kongsikan dengan semua..holiday disana bersama orang tersayang pasti menjadi memori terindah...Terima kasih semua,terima kasih ibu & ayah,terima kasih Allah atas peluang diri ini ke sana..

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!

UJIAN HIDUP

TEMAN HIDUP