MENGAPA MASIH ADA SEPERTI MEREKA.?

Setiap hari jumaat,sudah menjadi kebiasaan & kewajiban kepada semua muslimin mengerjakan solat jumaat,.Ada 2 hari dimana masjid pasti penuh dengan kereta2 & tumpuan para muslimin..Hari jumaat & Hari Raya..Begitulah lumrah kehidupan,asal yang penting sahaja di masjid,.Subuh,zuhur,asar,maghrib,isya' pula di mana.?


Sedikit perkongsian pengalaman dari SB ketika mengikuti ayah SB ke Tampin.Melihat jam hampir menunjukkan 1.10 p.m,mahu tak mahu,SB terpaksa mengikuti ayahanda tercinta SB untuk solat jumaat di Masjid Besar Tampin..Bertapak di bawah sebuah pokok besar,berlindung dari cahaya matahari yang sungguh terik..Sambil membuka 'air chresanthemum' & sedikit 'jajan',SB memerhatikan gelagat orang ramai yang datang bertandang..Ada yang membawa anak-anak kecil bersama,ada yang seperti jalan lenggang-lenggang kangkung(padahal azan berkumandang),ada yang berjabat salam berjumpa kenalan baru menuju ke Masjid,segolongan anak muda yang melepak bawah pokok sambil menghisap rokok,anak2 muda yang ke hulu ke hilir membawa moto 'sport'..Macam2..

Walaupun begitu,,SB pelik dengan anak2 muda zaman sekarang.Bukan sahaja di Masjid Tampin,malah pengalaman SB ketika berada di Masjid Rokan bersama ayahanda Zulkarnain,akhir rouf & akhi Rahim sebelum bergerak ke KEMBAQ,juga merupakan hal yang sama...Cukup syarat pakai baju melayu,pakai kopiah,seluar jeans,"Mak,adik pergi masjid dulu"..Walhal setibanya di masjid,berada di port2 biasa,duduk melepak bersama teman,kononlah sahabat sejati..Orang berkhutbah tak masuk juga,orang azan tak juga masuk,orang solat,masih lagi ketawa2 & apabila kedengaran sahaja Assalamualaikum warahmatullah...Brum Brum,,Bunyi moto mula kedengaran,& mereka pulang dengan muka yang bersahaja..Kesal dengan tindakan anak2 muda di Masjid Rokan & juga majoriti berlaku perkara yang sama di masjid2 lain..


Masjid Tampin:Sedang asyik SB memerhatikan gelagat orang2 yang datang ke masjid,sekumpulan anak2 muda yang sedang duduk 'melepak' bawah pokok,berhampiran dengan SB seolah2 memerhatikan SB..SB dengan wajah selambanya mengambil gambar mereka untuk dijadian 'bahan' & bukti untuk SB..Walaupun dalam hati ini takut & sedikit gentar kerana risau jika mereka melakukan apa2 tindakan terhadap SB memandangkan SB seorang sahaja perempuan di situ,SB kuatkan hati..

Agaknya mereka malu apabila SB mengambil gambar mereka,.Bukan sahaja melepak,malah berani merokok di situ,.Tidak tahu malukah mereka.?Agaknya sudah berapa lama tindakan mereka begitu.?Sedikit kekesalan melanda hati SB melihat anak2 muda yang berlagak dengan 'dunia baru' mereka.Seolah-olah mereka taksub & teruja dengan dunia fantasi yang sedang mereka lalui..

Jika begini kita lihat anak2 muda kita berlakon setiap jumaat,bagaimana pula dengan solat2 terawikh yang hanya setahun sekali..Mungkin setakat ini sahaja post SB buat kali ini..Moga kita sama2 dapat merenung kembali & 'flashback' apa yang sedang berlaku di dunia sekarang ini..Wallahua'lam.Moga kita semua dirahmati ALLAH s.w.t dengan setiap tindak-tanduk dan amalan yang telah kita lakukan..Sirru 'ala barakatillah..~~

Comments

Popular posts from this blog

UJIAN HIDUP

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!

Mencari Punca & Solusi Murtad