UniSZA...Kini aku disini....


4 Julai 2010...Melangkahkan kaki ke bumi UniSZA..Walaupun ini bukan lah kali pertama diri ini berpisah dengan keluarga,tetapi inilah kali pertama berada jauh dari family..Selalunya,seminggu sekali ayah pasti akan menjenguk aku di bumi tarbiyah"Maahad"..namun kini,aku perlu sedari..umurku semakin meningkat dewasa,oleh itu pengorbanan juga perlu dilakukan...

Walaupun aku pasti menitiskan mutiara mata setiap kali menelefon ayah,tetapi itu tidak bermakna aku tidak mampu meneruskan pengajianku disini..Aku perlu kuat & tabah menghadapi segalanya..Mungkin inilah & disinilah yang akan mengajarku erti kehidupan..

Kini aku sendiri telah melihat hikmah aku tidak dapat untuk melanjutkan pelajaran ku ke Jordan walaupun itulah yang amat aku inginkan..Aku bersyukur dengan segala yang berlaku..

Comments

Popular posts from this blog

UJIAN HIDUP

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!

Mencari Punca & Solusi Murtad