HATI AMANAH ALLAH..~


Dalam bidang perubatan,satu rumusan telah diputuskan bahawa hati yang sihat merupakan factor utama dan menjadi sumber kesejahteraan hidup seorang manusia.Bahkan semua orang menerima bahawa selagi jantung berada dalam keadaan baik yakni masih berfungsi untuk mengepam darah ke seluruh anggota badan,maka selagi itulah manusia berada dalam keadaan sihat wal’afiat.

Sabda Nabi SAW bermaksud:
“Sesungguhnya di dalam diri seorang manusia ada seketul daging,bilamana dia baik,maka baiklah seluruh anggota dan bilamana dia rosak,maka rosaklah seluruh anggota.Ketahuilah,itulah hati.
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Perbezaan pendapat mengenai hati dan akal

1)Para ulama mazhab Syafie rahimahullah mengatakan bahawa:Sumber asal pada akal(‘aqlun) hakikatnya berasal dari hati.Dalil yang menunjukkan perkara ini adalah:
لهم قلوب لا يفقهون بها
“Mereka mempunyai hati,namun mereka tidak mahu memahami dengannya” (Surah Al-A’raf:179)

2)Manakala mazhab Imam Abu Hanifah rahimahullah mengatakan bahawa akal itu terletak ada otak. Pendapat yang serupa telah diterima pakai dan dikeluarkan oleh para doktor (ahli perubatan) dengan hujah bahawa bilamana otak menjadi rosak,maka rosaklah akal manusia.

Kajian dan pemerhatian berterusan dalam ilmu perubatan telah mengesahkan bahawa punca fikiran seseorang itu terletak pada otaknya kerana pancaindera yang lain hanya akan bergerak dengan arahan yang dikeluarkan oleh otak sahaja.

Sumber yang asal

Sekalipun terdapat dua perbezaan pendapat dalam hal ini,namun satu kata sepakat telah diambil bahawa Hati kekal sebagai sumber asal kehidupan(pergerakan) seluruh anggota badan termasuklah otak.
Sumber kehidupan kita yang asal inilah yang wajib dipelihara dan dijaga supaya sumber tersebut sentiasa bersih pada pandangan Allah s.w.t.Hati itu amanah Allah kepada kita untuk dijaga dengan sedaya upaya yang mungkin.

Menjaga amanah ini sememangnya tugas yang amat berat dan sukar lebih-lebih lagi dengan kewujudan dua musuh tradisi manusia yang sangat menginginkan agar manusia tersembam ke lembah kehinaan dan kemurkaan Allah.Siapa lagi mereka kalau bukan syaitan dan nafsu?
Namun bagi para solehin yang telah membulatkan azam dan tekad semata-mata mahu membesarkan Allah lewat kehidupan di dunia yang sementara ini,insyaAllah laluan penuh ranjau ini pasti akan dipermudahkan Allah buat mereka.Itu janji-Nya yang pasti.

Jika Allah mahu mempermudahkan jalan hidup seseorang,maka Allah boleh sahaja memudahkan segala urusannya kerana kunci kemudahan itu ada di dalam genggamanNya.Kunci hidayah dan kunci kemudahan itu ada dalam kesungguhan berjihad dan bermujahadah di jalan Nya.Itulah jaminan Allah sejak berabad yang lalu.

Firman Allah SWT:
والذين جهدوا فينا لنهدينهم سبلنا وان الله لمع المحسنين
"Mereka yang berjihad/bermujahadah (bersungguh-sungguh) di jalan Kami pasti akan Kami tunjuki (beri hidayah) jalan-jalan Kami; Sungguh,Allah bersama dengan orang yang berbuat baik
(Surah Al-Ankabut:69)

Setelah Allah memerintahkan manusia memelihara dan membersihkan hati mereka,Allah telah,sedang dan akan melihat dan memantau pula siapa yang sanggup taat melaksanakan perintah-Nya dan siapa pula yang membelakangkan perintah-Nya itu.
Yakinilah bahawa pemantauan dan penilaian Allah itu Maha Halus lagi terperinci.Dengan penilaian yang terperinci itu,maka Allah dapat menyaring daripada kalangan hamba-hambaNya nanti siapakah antara mereka yang benar-benar taat dan patuh kepada-Nya.

Oleh itu,dimanakah kita sekarang.?Apakah yang kita mahukan.Apa status kita kini.?Apa janji kita.?Apa yang akan kita transform kan mulai kini.Apa yang kita mahukan selepas ini.?Adakah keberuntungan dan kejayaan besar yang kita semua inginkan.?Atau,adakah kerugian dan kehinaan yang kita akan hadapi.?Nauzubillahiminzalik..Tekadkan niat,bulatkan kata agar genggaman yang akan kita terima satu hari nanti adalah satu genggaman yang berbentuk kejayaan dan kebahagiaan..

Comments

Popular posts from this blog

UJIAN HIDUP

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!

Mencari Punca & Solusi Murtad