Ramadhan Kareem..~

Salam Ramadhan Al-Mubarak..

Sudah 17 hari umat Islam berpuasa,bermakna kita semua sudah menghampiri Ramadhan yang ke 18..Bagaimanakah persiapan kita untuk menghadapi hari-hari terakhir Ramadhan yang datang hanya setahun sekali dan apakah yang telah kita lakukan untuk memeriahkan Ramadhan pada tahun ini.?Alhamdulillah,SB masih lagi diberi peluang dari ALLAH s.w.t untuk mencoret sedikit cebisan di blog SB walaupun mase SB betul-betul ‘pack’ dengan test,quiz,dan assignment nye.Inilah asam garam kehidupan seorang mahasiswa.Berkorban dalam perjuangan,kerana inilah sunnah orang berjuang.Hanya orang yang benar-benar kuat dan yakin sahaja mampu meneruskan segala perjuangan ini hingga ke detik saat terakhir.

Dalam kesibukan SB di UniSZA,macam-macam yang SB alami di sini.Dari saat pertama kali SB menjejakkan kaki ke sini,SB dapat rasakan pelbagai tranformasi yang akan berlaku dalam diri SB.Dari seorang budak mentah kepada dewasa,dari seorang pelajar kepada mahasiswi,dari seorang yang sentiasa mendapat kepada seorang yang perlu mencari,dari seorang yang tidak pernah berpisah dari keluarga kini terpaksa berjauhan.Perasaan SB yang kadangkala tidak mampu menahan,seperti seorang keanak-anakan yang seakan-akan tidak pernah berenggang dari keluarga.Inilah SB yang kini,sedang mencari-cari di mana kekuatan diri ini di UniSZA..

Pelbagai ragam dan kerenah manusia SB hadapi.Memang benar,hidup di Universiti lebih dan tersangat-sangat mencabar berbanding di sekolah.Ada yang begitu,ada yang begini.Masing-masing mahu mengikut fe’el sendiri.Tidak lekang juga dengan sekolompok pelajar yang lebih suka berfoya-foya,keluar malam,tidak hirau belajar dan yang tak sangkanya,dok menghadap facebook 24jam tanpa henti.Nauzubillahiminzalik.Pagi facebuk,tghari facebuk,mlm facebuk,nak kata takde keje,banyak je rasenye keje..Macam-macam ragam lah senang cite.

Yang paling menyedihkan,orang yang sudah ditarbiyah juga begitu.Benarlah kata Ustaz Fuad,walau bagaimana kuat sekalipun kita ditarbiyah,tapi jika sekali kita goyah,jika sekali kita tidak amalkan,jika sekali kita tinggalkan,ianya akan hapus sebegitu sahaja.Sedih dan begitu menduka citakan.SB sedar,diri SB ni sendiri tidak sebaik mana,cuma mungkin perasaan kesal itu menyelubungi hati ini.Kadangkala SB sendiri takut untuk terus berada di landasan ini,kerna takut tidak kuat di tengah jalan,takut tidak mampu untuk istiQamah,takut tidak berani untuk menghadapi apa-apa kemungkinan,tapi yang pasti SB akan belajar untuk mencuba,mencuba sehabis yang mungkin.Gagal tidak mengapa,yang penting kita yakin untuk kehadapan.!!
..................................................................
::.Coretan fruitale.::

Comments

Popular posts from this blog

TEMAN HIDUP

UJIAN HIDUP

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!