BERANI UNTUK GAGAL


Dah lame rasanye tak menulis kat blog.baru arini rasa FREE dan ade mase yg terluang ckit tok menulis..emm.rasa-rasanye apa yang anda rasa bila kita dah gagal?siapa yang mahu kegagalan kan…siapa yg nak terjatuh…pasti semua orang nk kecapi kejayaan tu..nak merasai kemanisan berada di tempat yang paling atas..tapi kita perlu sedar bahawa tak semua apa yang kita mahukan,kita akan dapat..tak semestinya bila kejayaan yang kita nak,kita akan kecapi kejayaan tu..

Beranilah untuk gagal!kerana kegagalan itulah yang menjadi permulaan dalam kehidupan kita..apabila kita tersungkur lalu terjatuh,cubalah untuk bangkit..Bangkit dan kembali menuju kejayaan…raih dengan kesungguhan yang benar-benar kita keluarkan untuk dapat KEJAYAAN..
Jangan pernah rasakan apabila kita gagal,kita tidak akan meraih kejayaan…bahkan apabila kita raih kejayaan itu suatu hari nanti,pasti kejayaan itu lebih manis..


Kejayaan atau kegagalan itu bukanlah dilihat dari hasilnya,tapi dilihat dari bagaimana prosesnya..Proses menjalani semua itu…Jika kita lihat,apabila banyak rintangan dan liku-liku yang kita hadapi,itu adalah satu jalan untuk kita mencapai kejayaan yang paling indah..

Jangan sesekali ‘give up’ dengan kegagalan..apa yang penting,adalah kita terus berusaha dan sentiasa mencari jalan bagaimana untuk mendapat kejayaan itu..bukan hanya apabila kegagalan yang kita dapat,hanya duduk dan termenung melihat nasib..tetapi,kita PERLU bangkit dan bangun untuk terus bersaing malah pada kali ini usaha itu perlu lah dengan berlipat kali ganda..


Sebagai contoh satu analogy yang mana seorang atlit lumba lari sedang berada ddi hadapan sekali diantara pelumba-pelumba yang lain..Akan tetapi,apabila tiba di tengah jalan,kakinya dengan tiba-tiba berasa kejang dan tidak boleh meneruskan pertandingan itu..beliau duduk,dan mengerang kesakitan,namun tiba-tiba dia bangun dan meneruskan larinya dengan terhenjut-henjut,walau sakit yang dirasai tetapi dia tetap mahu meneruskan dan menghabiskan perlumbaan itu..Datanglah ayahnya untuk membantu dan apa yang dikatakan pada ayahnya adalah,”saya mahu menghabiskan perlawanan ini”………

Jelas dan tampak di sini bagaimana jika saya katakan,goals adalah apa yang kita mahu..Jika kita kata,kita mahu menghabiskan air yang diminum,walau pahit atau masam air itu,kita pasti akan habiskan.Kerna apa?kerna kita ada ‘mind-set’ yang mana kita perlu lakukan itu!

Jadi samalah jua dengan kegagalan..kegagalan itu hanya satu ujian buat kita..Apa yang kita perlu ada,MATLAMAT untuk kita dapat dan USAHA yang lebih dalam proses mancapai impian!

~Standing in the eyes of the world_ella~ **lagu ni amat best.!**
^this post belongs to Anisah Sabtani yang akan menghadapi SPM tidak lama lagi dan adik2 yg laen yg akan hadapi SPM.,dan sudah semestinya kepada all my beloved frens di Maahad STAM yg akan menghadapi Stam tidak lama lagi..korang terbaek..!!!!^

Comments

  1. =))))))))) dan sekarang saya bakal menduduki ujian sebagai seorang manusia... saya perlu belajar gagal... saling doa-doakan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!

TEMAN HIDUP

UJIAN HIDUP