DAHULU hingga KINI

Sewaktu tika dahulu
Aku pernah menghubungimu,mengenalimu
Menggelarkan diriku adalah RISYA
Seorang mahasiwi di UiTM Shah Alam

Setelah sekian lama aku menyamar,
Akhirnya,
Segalanya terbongkar secara ketidaksengajaan
Aku mengaku aku bersalah
Tetapi niatku bersih dan suci
Sekadar untuk mengenali

Walaupun pernah suatu masa dahulu
Aku amat membencimu
Dek sogokan akak-akak senior
Mengatakan tentang engkau itu & ini
Lantas perasaan itu bertukar menjadi suka

Kita makin rapat,saling mengenali
Mengambil berat & berkongsi cerita
Biarpun pahit @ manis,segalanya diluahkan
Tiada jurang antara kita
Hatta tembok sekalipun

Suatu hari,kita terpisah
Terpisah dek lautan benua
Kau disana,aku disini
Meneruskan sisa-sia perjuangan yang masih ada
Namun itu bukan sebagai penghalang
Kerna kita masih bersama

Sehinggalah pada suatu pagi
Yang dingin & sungguh menyamankan
Aku menerima satu pesanan di YM
Kau ingin melepaskanku
Pada waktu itu,aku sudah tidak berdaya
Tidak mampu & tidak terluah apa-apa
Aku hanya mampu membalas ‘OK’
Dan disaat itu,aku merasakan
Aku PERLU berpijak di bumi yang nyata

Berbulan lamanya sehingga bertahun
Aku menunggu perkhabaran
Manalah tau kalau ada yang berubah
Semuanya sepi,tiada berita
Email,YM,Friendster,sepi dari dia
Aku redha dengan keadaan yang menimpa

7 April 2010,hari yang begitu bahagia
Kau meninggalkan pesanan di inbox fb ku,
Minta kita kembali ceria seperti dahulu
Walau jauh di sudut hati kau ingin meninggalkanku
Atas rasa serba salah yang menyelubungi diri
Melakukan tindakan atas kepentingan diri
Kemaafanku sentiasa bersamamu
Walau pahit & duka aku alami
Tetapi,inilah sebenarnya yang aku mahukan
Kita berbaik seperti dahulu
Walaupun pada dasarnya aku TAKUT
Untuk kecewa kali ke-2

Perasaan gembira & bersyukur itu
Benar-benar memberikan sinar kebahagiaan
Terima kasih kerana mengertiku
Moga ini adalah yang terbaik

Namun sejak akhir-akhir ini
Seolah-olah dipinggirkan,dibiarkan
Aku seakan-akan tidak diendahkan
Malah jarang bertegur & bersua
Bukan niatku untuk membandingkanku dengan orang lain
Cuma mungkin untuk meluahkan perasaan
Agar kau mengerti apa di hatiku

Kini aku redha & pasrah
Akan apa yang bakal terjadi selepas ini
Aku cuba untuk menerima
Biarlah senaskhah Al-Quran & seutas jam
Menjadi saksi perkenalan kita
Dan jadikan kenangan kita dahulu
Sebagai satu memori yang tak dapat dilupakan
Aku sudah melakukan itu,
Dan aku harap kau jua!

Di akhir ini,
Setinggi ucapan tahniah aku hulurkan
Di atas segulung ijazah yang telah kau terima
Aku berbangga dengan kejayaan itu
Dan aku pasti ibu & ayah jua begitu
Melihat kau berjaya dengan cemerlang,
Dengan harapan,
Aku jua bakal menyusuli engkau,
Sehingga ke puncak impian!

p/s: maaf gune kau & aku

wahh,,akhirnye berhasil juge fruitale buat satu puisi,,mcam xcaye,ade jugak bakat...huhu~ xde kaitan ngan yang hidop atau mati..tapi berkenaan laaa....

Comments

Popular posts from this blog

UJIAN HIDUP

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!

Mencari Punca & Solusi Murtad