Betul-betul RINDU..~

Saat tangan ini menari di keyboard komputer,fikiran aku melayang-layang..Sedang mengimbau kenangan dan memori bersama teman-teman suatu tika dahulu..Berlegar-legar di minda,berpusing-pusing di fikiran..Tutup buku,laptop ku buka,.Meluahkan segala isi hati dalam sahabat kesayangan ku,,



Satu-satu foto-foto kenangan menjadi tatapan aku..Kelab Remaja Sukses(Kress),membuka ruang pada diriku untuk mencungkil bakat yang ada..Dari bakat yang sedia ada,sehinggalah kini aku keluarkan bakat-bakat yang terpendam,semuanya dari Kress..Walaupun pelbagai ragam dan mehnah 'kawan-kawan' yang terpaksa aku hadapi,namun itu sume adalah asam garam kehidupan,& asam garam berkawan.Kerna aku juga tahu,perangai ku juga susah di tafsir oleh kawan-kawan.Sekejap begini,sekejap begitu.Jadi,kalau mereka boleh untuk mencuba memahamiku,mengapa tidak aku..




Salam kerinduan buat teman-teman yang sedang mengharungi detik universiti & bakal mengecapi kejayaan..:)


Bekerja dalam 1 pasukan,bukanlah mudah walaupun hakikatnya ia mudah sekiranya ada persefahaman,bantu-membantu & tiada persengkataan.Dan itulah yang telah dididik oleh guru kami Cikgu Mohamad bin Aspari & Cikgu Naumy binti Abdullah sepanjang tahun 2009..
Kerana Jika dalam pasukan,apa yang paling penting,adalah 'kerjasama'..Perkara itu jugalah yang sering di ulang-ulang oleh Pengerusi Kress,Saudara Asri sewaktu mula-mula kami diberikan tugas..

Terima kasih yang teramat sangat pada Saudara Mohd Asri Zainal kerana banyak memberi 'tunjuk ajar',menegur mana yang salah, dan menjadikan aku sebagai pembantu kau di dalam kelab seorang yang bernyawa sehingga dalam diam aku mengagumi kau sebagai seorang ketua..Moga kau terus berjaya dan tabah di seberang laut sana,agar suatu hari nanti kau pulang membawa kejayaan dan sama-sama membangunkan Akademi..

Terima kasih juga pada teman-teman Kress yang lain-->Ellyz+pzah+Nazlin+Syahir+Zaki+ Aimin+Habib+Afifah+Zainab+Anisah+Attira..
Tanpa kalian,kelab ini tidak akan bergerak,kerana kalian umpama 'roda kereta',kerana walau ada pemandu,walau ada stereng,kereta tidak akan mampu bergerak jika tiada roda..Kalian adalah terbaikk..

Hatiku kini benar-benar terusik,rindu..Melihat gambar-gambar yang baru sahaja di ambil oleh teman-teman di Program yang terbaru , Kem Herba Hulu Langat,jelas menampakkan kegirangan dan kegembiraan mereka seusai program tersebut.Agaknya bila aku juga mampu merasai perasaan itu,sepertimana sewaktu tika dahulu,aku pernah merasainya..Aku tetap menanti saat itu....~

Teringat kenangan Kress mengadakan Program di Saujana Asahan,pada 10-12 April 2010..Kalian betul-betul memainkan peranan dengan tugasan yang diberi.Detik indah,dan kenangan yang telah banyak kita rakam bersama,tidak akan dapat ku lupakan..


Masih aku ingat bagaimana 'Abang Riri' mencuit pandangan adik2 dengan senamrobik di pagi hari, Aimin & Zaki dengan kerenah budak-budaknya..Dan masih juga ku ingat bagaiman kami fasi perempuan sanggup berkorban bergilir tidur di khemah dan chalet yang sungguh indah demi menjaga keselamatan adik2..Semuanya memerlukan pengorbanan.!!Dan aku juga masih ingat lagi,bagaimana pada akhir program,melihat orang yang paling ramai menerima surat adalah Pengarah Program sendiri,Saudara Asri sehingga dia menitiskan airmata ukhwah dalam ucapan beliau sebelum menutup program tersebut..Segala-galanya memberikan 1001 kenangan dengan di selangi juga tangisan airmata kegembiraan & terharu nya oleh adik-adik...







Walaupun kini aku bergiat ke arah lain,namun menyertai program,menjadi fesi, itu tetap menjadi keutamaan dan pilihan aku..Biarlah setinggi Gunung Kinabalu sekalipun rintangan yang perlu ku hadapi,misi dan impian untuk sama-sama mendirikan Akademi Sukses for 1 Global dengan teman yang lain,itu adalah antara target kehidupan ku.Menjadikan dari sebuah kelab yang membangun dari sekolah ini mampu menjadi sebuah consultant di arena dunia,,sukses di persada negara...



Kelab Remaja Sukses ---> Akademi Sukses Consultancy & Training
"It is not impossible,coz more you gift,more you get"
Segalanya tidak mustahil kerana kini langkah-langkah permulaan sudah di ambil..Tidak mustahil,10 tahun akan datang,KAMI MAMPU MEREALISASIKAN IMPIAN KAMI..InsyaAllah~Doakan kami..::


.......Salam Sukses.......

Comments

Popular posts from this blog

UJIAN HIDUP

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!

Mencari Punca & Solusi Murtad