MENGAPA MENUNTUT KESEMPURNAAN

Dalam dunia ini,tiada yang sempurna seluruhnya seperti sempurnanya 'Syurga'..Kerana itulah,setiap perkara yang berlaku,setiap perkara yang kita lakukan,setiap perkara yang kita lalui,semuanya ada pro dan kontra nya tersendiri.Dan dari kontra itulah sebenarnye memberikan kita lebih pengalaman hidup,lebih mengenal apakah erti kehidupan yang sebenarnya.

Allah telah mengaturkan hidup setiap manusia dengan cantik sekali.Ada gembira,ada sedih,ada terharu,adakalanya di atas dan adakalanya kita terjatuh dan terduduk.Barulah indah kehidupan kita..Haahh,sebenarnya hari ni bukanlah nak bercerita tentang sempurna atau tidak sempurna,tetapi sebenarnye nak cerita tentang orang yang sering menuntut kesempurnaan.


Seringkali kita lihat hari ini,ramai ibu bapa telah menghantar anak-anak mereka bersekolah di sekolah agama,kerana sebenarnya zaman kini bukanlah zaman seperti dahulu,anak-anak menurut kata,tidak membantah.,Tentangan dan anjakan modenisasi yang berlaku,menyebabkan sebenarnya ibu bapa PERLU menghantar anak-anak mereka ke institusi yang betul-betul berkesan..
(see,melalut lagiii..hahaha)

Ok,straight t0 the point,.
Jika kita lihat,orang lain sering memandang enteng ke arah kebaikan yang kita lakukan,tetapi satu kesalahan yang kita lakukan tu,seperti gunung berapi besarnya.Dihebah-hebahkan kepada yang lain.Encik puan sekalian,apabila masuk ke sekolah agama,ataupun apa-apa institusi yang berilmiah,tidak semestinya kita mahukan anak-anak kita itu sempurna semuanya.Baik akidahnya.baik tutur katanya.baik perilakunya walaupun sebenarnya memang itulah yang kita harapkan,tapi kita juga perlu sedar beberapa aspek.
"Insan biasa,melakukan kesalahan kerna dari kesalahan,kita mengenal erti kejayaan."

Apabila seseorang itu telah berubah kepada sesuatu perkara,itu sudah cukup terbaik.Tidak perlu nak baik kesemuanya sekaligus.Janganlah terlalu menuntut kesempurnaan,sehingga tiada cacat-celanya.Kita ni hanya insan biasa,manusia biasa yang melakukan kesalahan.Normal,biasa bagi kita yang bergelar Hamba..Bukan itu sahaja,jangan kerana kesalahan yang kecil,dihebohkan serata tempat,kerna setiap manusia mempunyai perasaan.,Boleh jadi suatu hari nanti,dia akan kembali kepada fitrahnya yang asal,kepada peribadinya dahulu.Kerana apa?kerana orang disekeliling sering menjatuh kannya.Tetapi,jika kita lihat hari ini,perkara inilah yang sedang berlaku sekarang.!Perkara seperti inilah yang telah menjatuhkan orang lain untuk berubah!Fikir-fikirkan...

Kalau saya jadi diri saya,saya yakin dengan apa yang saya lakukan.Perkara yang baik itu perlulah diteruskan walaupun mendapat tentangan daripada beberapa pihak.Akan tetapi,sebelum mengiakan apa yang kita rasakan betul,tanyalah pendapat orang sekeliling.Agar kita mampu untuk terus bertahan dengan adanya orang yang menyokong kita.

Berbalik kepada tajuk,janganlah menuntut kesempurnaan terhadap seseorang.Apabila bersekolah agama,mahukan dia memakai tudung labuh,apabila seseorang memakai tudung labuh,tidak boleh melakukan kesalahan,mahukan yang betul sahaja.Seperti yang saya cakapkan,kita adalah manusia biasa,yang sering melakukan kesalahan.Hatta diri saya sendiri.

Wallahua'lam.~

Comments

Popular posts from this blog

UJIAN HIDUP

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!

Mencari Punca & Solusi Murtad