TRANSFORMASI DIRI..2010 --> 2011

Bismillahirrohmanirrohim,

Selamat pagi,petang,malam t0 all Malaysian,European,Morocoian,Mesirian,Jordanian, Palestinean, n semua rakyat dunia laa senang kan.Haa..Hari ni entri fatin Transformasi diri..Dalam kamus dewan,transformasi ni merujuk kepada perubahan bentuk,rupa,sifat dan lain2..Kiranya ape2 je jenis perubahan yang kita lakukan,itu adalah Transformasi .! Also devide to 2,good and bad..Ha,ni tetibe speaking English pepagi ni.



Seperti yang sedia maklum,2010 bakal meninggalkan kita,dan kita sebenarnya betul2 menghampiri 2011..Cuba kita imbas seketika,pahit & manis yang telah kita lalui sepanjang detik 2010.. Lihat semula azam dan matlamat yang kita bina di awal 2010 dahulu,adakah ia sudah tercapai,adakah ia sudah berjaya kita genggam,adakah ia sudah terlaksana,.?Siapa diri kita pada hari ini,adalah apa yang telah kita azamkan suatu tika dahulu.Jika kita ingin menjadi seorang pelajar yang mendapat 10 A dalam SPM,adakah kita telah menjalankan usaha-usaha untuk mendapat itu.?Jika kita ingin menjadi seorang photographer,adakah kita telah mencari ruang-ruang untuk belajar seni photographic.?Jika kita ingin menjadi seorang debater yang luar biasa ,adakah kita telah belajar dari orang yang lebih berpengalaman?Lihat,apa yang kita azamkan,yang kita inginkan,yang kita cita-citakan suatu hari dulu, merupakan diri kita pada hari ini.Kalau buruk yang kita ingin,buruk lah ia,kalau baik,baiklah ia..

Fatin sendiri,banyak transformasi yang dilakukan,baik ada buruk pun ada.Tapi fatin percaya,ramai lagi yang di luar sana telah berjaya mencapai Matlamat yang mereka inginkan,telah berjaya meraih kejayaan, telah berjaya melakukan Transformasi diri..Haa,transformasi ni bukan hanya meliputi fizikal je, tapi transformasi akal kita juga perlu.Jika dulu kita masih berada di tahap budak-budak,kita perlu berubah ke arah remaja,jika dahulu berfikir secara remaja,hari ini kita berada pada tahap DEWASA.!

Cuma 1 yang sering diingatkan kepada Fatin dan Fatin ingin ingatkan kepada semua,andai kejayaan itu kita tidak berjaya raih,andai matlamat yang kita letakkan kita tak mampu untuk capai,jangan berhenti berusaha dan jangan sekali-kali berputus asa..Terus mencari,terus berusaha,tapi kena ingat.! Usaha itu perlulah digandakan,dan perlu ditingkatkan,bukan lagi berada pada kedudukan yang sama.. Sebagai contoh,suatu hari dahulu, Farah becita-cita untuk mendapat tempat pertama dalam Peperiksaan Akhir Tahun,tetapi hari ini,dia hanya mendapat tempat ke 3,.Jadi untuk merealisasikan harapan dan impian,dia perlu melipat kali gandakan usahanya bukan lagi dengan usaha yang sama..Itu yang kita katakan ‘bangkit dari kegagalan’..(Ha,dah terfikir dah post yang akan datang..)

Okeh,bertukar suasana..Kita bercerita soal hari ini,soal hati,soal transformasi.Apa yang telah Fatin berubahnya.?Haaa,kot yang paling ketara tu,rasenye semua orang tau kot.Hahaa,Fatin pun xtau laa.rase senang hati ke,rileks sangat ke,asyik tido jeke(tapi rasenye tak banyak sgt pon),tak exercise ke (tapi aritu masa latihan debat,tiap2 hari jogging keliling UniSZA),nak kata banyak sangat makan,tak laa kot(big apple je yang paling sedap,haha).Ha,inilah jawapan-jawapan yang saya mampu bagi tok meleraikan persoalan-persoalan yang ada dalam otak kalian tuu,especially kawan-kawan Maahad , cik Faiznur Fatin , cik AfiQah Nadzirah, cik Zaleha, cik Syuhaida,(kebetulan baru jumpe mase Brainstorming aritu) yang sering mengatakan aku dah banyak berubah yee.!Hahaa,,

Jom-jom kita tengok banyak mane berubahnyaa..Lalalalaaa

Program Rakan budaya Belajar,SMASKP,MANS,ITQAN
Mei 2010

Debat Diraja UTHM

Disember 2010

Apepun yang orang katakan pada Fatin,saya terima dengan hati yang terbuka, kerana saya tetap bersyukur dan bangga dengan diri saya.! Ini kurniaan Allah, jadi tidak perlu untuk bersedih, kerana saya yakin, pasti ada hikmah mengapa saya dijadikan begini.. Dan salah satu dari nye,saya telah ketahui..Alhamdulillah,Thanks Allah 4giving me all y0ur l0ve .. =)

Selamat Tahun Baru,Selamat Menempuh Alam Baru, Selamat Menunaikan Azam Baru, & Selamat Melaksanakan Matlamat,Impian,dan Harapan Yang Tertangguh.!

Moge tahun 2010 membawa kebahagiaan,moga tahun 2011 yang akan datang,membawa sinar keceriaan & dilimpahi dengat rahmatNya..

Dear GOD,bless my friends in everything they did in 2011 bec0z I l0ve them s0 much.!

Comments

Popular posts from this blog

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!

UJIAN HIDUP

TEMAN HIDUP