Posts

Showing posts from 2011

I HAVE A DREAM..

Image
aku punya impian. sama seperti yang lain. mahu menjadi seorang pendebat yang baik. kalau tidak mampu menjadi pendebat 1st ranking di Malaysia sekalipun, cita-cita dan impian aku mahu menjadi top 10 atau top 5 antara pendebat UniSZA. itu harapan dan azam 2012.insyaAllah :)

biarpun sudah banyak kejatuhan atau kegagalan yang aku alami, namun aku yakin. pasti ada yang terbaik suatu hari nanti, yang penting jangan mudah berputus asa. jangan pernah mengalah sebelum berjuang habis-habisan. Allah itu Maha Adil. Dia Maha Pemurah. berusaha selagi termampu, sehingga peluh yang terakhir.

kerna cinta aku pada debat, cinta aku pada keluarga orator, semestinya kecintaan itu menuntut pengorbanan.

selepas ini, tiada apa lagi yang perlu aku tumpu melainkan pelajaran dan debat. 'debat itu yang pertama, tapi belajar bukan yang kedua'.

terima kasih buat semua senior-senior yang tidak pernah jemu memberi teguran dan semangat. betulkan itu dan ini. aku hargai, dan aku terima seikhlas mungkin. terima kas…

Dear y0u..

Image
Dear you,

I want to tell you that I believe you,
I believe in your mind,
and all the dreams, intelligence,
and determination within you.
You can accomplish anything.
You have so much open to you,
so please don;t give up on what you want,
from life or from yourself.

Please don't put away the dreams inside of you.
You have the power to make them real.
You have the power to make your self exactly what you want to be.
Believe in yourself the way I do, and nothing will be beyond your reach.

p/s: to all degree's student, either my friends, sister, brother or my BFF, wish all of u have a good day and mood in facing the paper.~ the result is on y0ur hand exactly. have a nice study week ols. :)

IKHLAS

Image
post kali ini mungkin lebih ringkas. kerna hanya menyatakan keikhlasan di hati.

aku ikhlas tinggalkan mereka. mungkin mahu membuktikan bahwa mereka juga boleh berdikari dan bertindak tanpa aku. membuktikan bahwa mereka sendiri sudah dewasa. semoga istiqamah. ingat, amanah ini berat. namun bekerjalah sehabis baik. i'm always give support fr0m far~

aku ikhlas dalam berteman. biar tidak dihargai, tapi aku tetap menghargai. biar di caci, tapi aku tetap menyayangi. sahabat, peliharalah dirimu. jangan terleka dek mainan dunia. percayalah, semuanya kerna sayang.

aku ikhlas dalam mencintai. benar, apabila cita-cita sudah menjadi kecintaan, keikhlasan yg pertama sekali perlu di titipkan. andai benar ikhlas, insyaAllah peroleh kejayaan. ingat, rezeki itu milik Tuhan. bersabarlah menanti pinjamanNya.
kata kak fifah, Allah itu tidak pernah tidak Adil. Dia Maha Adil.

aku ikhlas melamar. moga lamaran ini diterima.



p/s: tidak berapa sihat. doakan sy, hati dan fikiran.~

Puisi Cinta dari Hati

Image
Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu . Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.
Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar , Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan,

Perit dan Ikhlas | DePNC 2011

Image
Akhir-akhir ini, banyak sungguh ujian yang diberi. mungkin menguji aku menjadi lebih matang dan dewasa. itu tarbiyah dari Allah. aku yakin, di pengakhiran kisahku ini pasti ada yang terbaik dan menggembirakan hati-hati yang terluka.
jika benar aku perlu berubah, mungkin kini sudah tiba masanya. jika perlu untuk aku hadapi suasana baru, mungkin saat ini adalah yang sesuai. dan jika sememangnya aku perlu diuji sebegini, aku sedang cuba untuk mengikhlaskan hati, menerima ketentuan yang telah ditetapkan.
benar. ujian kali ini sungguh perit untuk aku lalui. walaupun acapkali ungkapan redha itu meniti di bibir, tapi bukan semudah itu untuk menerima sebenarnya. dari hati ke dunia luar. semuanya memberikan kesan buat si pemilik hati.
namun kali ini aku rasakan ini adalah tindakan yang sesuai. mengambil masa untuk berfikir sebelum melakukan sebarang tindakan, itu adalah cara orang dewasa bertindak!
hati ini masih terbuka. tapi kali ini bukan mudah untuk memberi, aku akan berwaspada. _______________…

Takdir Cinta 3

Image
ada rasa syukur, ada rasa sedih, ada rasa gembira, ada juga rasa tertekan. pengakhiran 2011 ini, banyak kisah yang menyayat hati. mungkin tidak seindah kehadiran 2011 lalu, tapi inilah takdir. mahu tidak mahu, kesabaran dan ketabahan ini perlu aku semai. walau sukar untuk aku redha, tapi itulah yang perlu aku lakukan.
paksa rela. ya, aku sedang memaksa hati aku untuk belajar menerima kenyataan dan merelakan pemergian dan perpisahan ini.
tapi percayalah, walau aku sedang cuba belajar untuk menerima, aku masih berusaha. aku tetap dan tidak akan berhenti untuk berusaha. walau ada yang menolak, walau aku ditolak, walau disisihkan atau di seksa jiwa ini. aku sedang setia. belajar untuk setia.!
akhirnya, aku terpaksa beralah demi kebaikan aku dan dia. juga demi kemaslahatan mereka semua. ini rupanya kisah kita. baru aku tahu, di sebalik sebuah pengharapan dan keyakinan yang kau sandarkan dulu, sungguh mudah kau runtuhkan segala tembok kenangan dan impian yang pernah kita bina.
inilah cinta. kis…

persahabatan itu sebuah cinta..

Image
berkorban apa saja, harta ataupun nyawa, itulah kasih mesera, sehati dan sejiwa..
persahabatan itu lahir dari ikatan yang penuh suci, menuntut sebuah keikhlasan yang abadi, sehingga ia kekal tersemat di lubuk sanubari.
mungkin ada yang tidak percaya, persahabatan itu cinta. kerana cinta memerlukan pengorbanan.
hari ini, demi menggapai sebuah persahabatan yang tulus suci, pasti ada insan yang perlu berkorban demi insan yang disayangi.
biar apa sekalipun ranjau berduri yang perlu diharungi, tiada masalah untuk menghadapi andai kita berdua melaluinya bersama. itu kisah persahabatan yang tiada tolok bandingnya.
ada juga persahabatan yang luarannya nampak bahagia, tuntas orang sekeliling memuja. namun, tahukan bahawa dalaman mereka derita, sengsara dek kepahitan dunia. ini terjadi pabila tiada keikhlasan dalam bersahabat. menuntut setiap pembalasan disebalik pemberian.
teguran dan nasihat itu kadangkala dipandang enteng oleh sesetengah insan. bila kita alpa siapa teman kita dikala senang dan susah.…

petua untuk maintain cool bila....

Image
bismillah..
Alhamdulillah, bersyukur pada hadrat Illahi tatkala diri kita masih lagi diberi peluang untuk merasai nikmat kehidupan. istighfarlah seandainya kita masih alpa dengan keEsaan Allah, bertaubatlah selagi mana pintu itu masih terbuka, mohonlah kemaafan selagi dia masih bernyawa.
ada ketika kita tidak mampu untuk mengawal kemarahan, adakala kita sering sahaja diuji kesabaran oleh orang sekeliling, ada masanya hati tersentuh dek usikan dan tingkah laku mereka. dan sampai satu tahap, kesabaran itu tidak mampu lagi untuk ditampung lalu ia meluap-luap keluar seperti gunung berapi yang meletus.
bagaimana mahu meredakan kemarahan tatkala orang itu berada berhampiran. bagaimana untuk kita mengawal perasaan bagi menjaga hati-hati sekeliling hatta sekalipun mereka yang melukakan hati kita.
mudah sahaja, fikirkan kebaikan-kebaikan yang pernah mereka lakukan pada kita. usah mengenangkan lagi keburukan, kepahitan atau kesakitan yang pernah mereka salurkan, kerana itu akan menjadi penambah kem…

aku bukan seperti mereka..

Image
bismillah..
dalam meredah keheningan malam, ku syukuri segala nikmat yang telah dianugerahkan. memang fitrah seorang hamba, bersyukur dengan apa yang diperoleh. namun fitrah itu bertukar menjadi lawannya apabila terlalu alpa mengejar dunia.
awal lagi aku akui, aku tidak mampu untuk menjadikan setiap kritikan dan teguran itu sebagai satu tangga untuk aku mencapai kejayaan. aku tidak mampu untuk melawan perasaan sedih dan kecewa seorang diri. perasaan kecewa itu lahir dengan sendirinya bila emosi diganggu, hati terluka parah. namun, mungkin pengubatnya ada variasinya. cuma salah satunya mungkin ada perkara lain yang boleh menguatkan semula hati yang kian patah, boleh membekukan semula hati yang semakin mencair.
cuma aku bukan seperti orang lain, mudah sangat bermanis kata menyusun bicara. aku adalah aku yang sukar untuk di ubah. walau aku sudah cuba, namun aku gagal untuk membentuk diri, ramah dengan setiap insan. ramah itu ramah, tapi bukan ramah seramah-ramahnya. faham bukan?
tatkala diri…

bila terlalu asyik memilih..

Image
Dalam kehidupan, tidak salah untuk kita memilih. demi kepuasan masa hadapan, agar tidak tersilap pilih dan menyesal kemudian hari. namun, bukan itu tiket untuk bebas memilih. lantas membuatkan banyak hati yang terluka dengan pemilihan itu.
betul, terus-terusan memilih adalah mahu mencari yang terbaik. mampu menjadi seri hati buat penyeri kehidupan. kau bukan raja, yang perlu untuk di akur. kau juga bukan hero, yang pasti ada heroin muncul. tapi kau dan aku adalah manusia biasa, juga mereka. manusia yang punya hati dan perasaan untuk dihargai.
bukankah lebih baik, pilihan itu dibuat secara rahsia. maka tiada yang akan terasa. tuntas, natijahnya juga menghasilkan gembira yang boleh membuat insan-insan sekeliling tersenyum riang, tanpa menyimpan duka di sebalik senyuman.
pilihlah, untuk gembira sendirian dan biar orang sekeliling terasing duka, ataupun membiarkan hati-hati itu tersenyum ikhlas lalu hati kita juga akan tetap gembira menatap tiap bibir yang tersenyum.
p/s: saya sayang teman sa…

Sanah Helwa Alang Asya :)

Image
This post dedicated to my lovely sister. :) ~Asya Snuff Eliminate~
dah bosa dah. 14 tahun. tahun dopan nak pmr. jangan dogey2 laei. dah jadi anak dara, cube jadi matured sikit. ingat, apa pun yang berlaku, den totap akak kau. :0 hehehe *saje jee nih.
moga panjang umur, belaja rajin2. taun depan nak pmr, kate nak masuk MRSM. kene lawan aku, kene dapat 6-7 A. haaa, mampu kau? hahaa.
jadi anak yang baik, mendengar kata. jangan ikut bende yang jahat kek den ni, tapi amik laa yang baik2. aku pun manusia biasa, yang sering melakukan kesalahan.
p/s: duit jam manee??? ayah bagi aku duit belanje aku jeeee. gagagaa. :D

Biarku pendam 1000 rahsia.

Image
Hampir 2 minggu lebih aku berada di bumi Gemencheh. bermacam pengalaman yang telah aku lalui, ada yang baik, ada yang gembira, dan ada juga yang buruk sebagai pengajaran buat diri.
sungguh, kadangkala aku begitu sentap bila berada di rumah. bukan aku mahukan yang indah-indah sahaja, tapi aku tidak suka pada tekanan. plus, aku adalah seorang yang mudah untuk mengeluarkan airmata.
aku benci pada tekanan. aku benci pada kemarahan, aku benci pada herdikan.
saat ini, aku seperti mahu cepat-cepat habis belajar, mahu cepat-cepat kerja, mahu cepat-cepat berkahwin. keluargaku nanti, aku mahu menitiskan kebahagiaan di dalamnya, aku mahu sulamkan kasih sayang. doaku, anak-anakku tidak akan mengalami apa yang aku alami kini, kerna aku sudah merasai betapa peritnya suasana ini.!
aku masih kecil, dan aku masih muda untuk menahan semua penderitaan. adakala, mahu saja aku lepaskan ini semua pergi, mahu saja aku pergi jauh-jauh, tapi sejauh mana pun aku pergi, inilah desaku. seperti burung, jauh mana pun …

berhati-hati kalau berkawan, takut sendiri makan hati.

Image
assalamualaikum. m0ga teman semua berada di bawah lembayung Allah s.w.t dan moga kita semua masih tabah dan cekal menghadapi segala dugaan yang ditetapkan. Berdoa, agar kita semua diberi kekuatan fizikal dan mental kerana inilah KEHIDUPAN.
seminggu dua ini, saya agak stress dan emosi agak terganggu dek kerana waktu yang hampir-hampir mencecah ke final. yeah, t0wards FINAL.! semakin tidak sedar, masa terus berlalu begitu pantas. hampir mengakhiri semester 3, terasa seperti baru semalam menjejakkan kaki ke sini. Allah, makin banyak yang diri ini pelajari, makin kerdil dan hina rasanya.
mungkin post kali ini lebih kepada sesi meluahkan perasaan. kalau tidak diluah, hati sendiri yang sakit. kalau diluah, banyak yang akan makan hati, dan akhirnya hati sendiri juga akan sakit. so, better luah kat blog. lega dengan menulis.

a true friend is those who accept all your good and bad behaviour. but the ever best true friend is they who correct our wrong.
secara jujurnya. aku sememangnya seorang yang …

terima kasih.

Image
aku tak tahu apa yang ku rasakan, dalam hatiku saat pertama kali, lihat dirimu melihatku. |percaya padaku_ungu|
syukur. seperti mahu sujud syukur saja saat melihat post itu. sungguh, kegembiraan itu sangat-sangat dirasai selepas mengalami beberapa kedukaan. janji Tuhan itu pastikan. :) Alhamdulillah. mari semua teman pembaca, bersyukur pada Dia yang telah memberikan nikmat kepada kita semua. untuk memuaskan hati semua orang memang bukan mudah, tapi cubalah sedaya upaya. ingatlah jasa dan kebaikan orang pada kita. jangan sampai dianggap 'seperti kacang lupakan kulit'. agak terkilan, namun aku jadikan ia sebagai pengajaran.
sahabat, moga kau sabar tempuh segalanya. pasti ada hikmah di sebalik semua ini. cuma, aku ingatkan agar kau berhati-hati dalam kehidupan ini. takut akan membinasakan diri kau sendiri. puas sudah kami semua memberikan nasihat, dorongan, dan juga kekuatan-kekuatan melalui ayat Al-Quran, namun sedikit pun tidak kau endahkan. malah kau lebih suka dengan diri kau te…

kasih dan cinta pada debat.

Image
jangan diulang kelakuan yang sama! kelak, ia akan memakan diri sendiri.
cinta terhadap debat bukan mudah utk kita pupuk dan semai agar ia tetap mekar di hati. sebab itu ada dikalangan pendebat yang mudah untuk hilang fokus dan idea, lari dari arena debat, dan sebagainya. hanya orang yang betul2 cinta akan debat, masih kekal hingga ke hari ini.
pernah aku rasa benci pada debat tatkala aku di hina dan berada di kedudukan yang paling rendah sekali. dan pernah aku rasa sayang dan kasih pada debat disaat aku meraih kejayaan. itulah lumrah manusia. mudah untuk sayang dan benci. sebab itu dinasihatkan agar setiap kali berdoa, titipkan doa. 'Ya Allah, tuhan yang membolak-balikkan hati kami, tetapkan hati kami terhadap agamamu dan ketaatan padamu'. Amin. setiap insan, ada doa mereka tersendiri.
ini adalah keluarga orator saya ^^
aku adalah orang yang tidak boleh berhadapan dengan kekasaran. mudah untuk hati ini lemah, walhal aku tahu ia adalah untuk kebaikan aku juga. tapi aku boleh, cuma …

mencari cinta kerana..

Image
umurku semakin menginjak dewasa.
tiada siapa yg akan menafikan perkara itu. jika dulu umurku masih mentah, masuk ke sekolah dalam keadaan baju yg sentiasa terurus oleh ibu dan ayah, kasut sekolah yg putih bersih, nametag tersisip rapi di tudung, beg sekolah di gantung, tudung dilipat rapi. awal persekolahan 1999, semuanya diatur oleh ibu dan ayah.
tapi hari ini, umurku hampir masuk ke 20-an. kadang-kadang, banyak ujian yg datang, tidak mampu untuk aku uruskan dgn sebaiknya. malah, aku lebih suka untuk mencari seorang teman disisi. menenangkan hati dikalan gusar, memberi idea dikala buntu.
jika dulu bercinta seperti monyet. tapi hari ini, hakikatnya mencari sebuah cinta adalah mencari seorang teman. walau ada suara mengatakan bukan masanya lagi, cuma bagiku sebenarnya adalah seorang teman yg boleh mendengar perkongsian dan luahan, boleh membantu saat aku perlukan seseorang, saat aku menghadapi susah atau sebagainya.
pokok pangkalnya, adalah perhatian. cukup untuk itu semua. ya, aku cuma pe…

buat teman saya.

Image
selagi aku mampu, aku akan menjaga. moga hatiku tetap terus kuat walau banyak yg kau uji, walau banyak yg kau duga.
moga perjuangan ini akan berakhir dengan kegembiraan yang berpanjangan. buat kita. buat kau dan aku. hingga detik ini, y0u are my dearest~

berikan cintamu juga sayangmu, percaya padaku ku kan menjagamu..~

Saat Kasih Bertaut..

Image
Tika ku kealpaan kau bisikkan bicara keinsafan, Kau beri kekuatan tika aku diuji dengan dugaan, saatku kehilangan keyakinan kau nyalakan harapan, saat ku meragukan keampunan Tuhan, Kau katakan rahmatNya mengatasi segala....
Dalam kehidupan ada persahabatan, dalam persahabatan ada senda dan tawa, dalam senda dan tawa ada tangis yang terhiris, dalam tangis ada kesedaran yg diperoleh, dalam kesedaran itulah kita akan kembali kepada fitrah. Fitrah setiap insan. bila diuji, ada madu yang perlu diambil dari sakit itu. jika tidak, sakit itu pasti akan dirasai berpanjangan.
Seperti kisah Romeo & Juliet, selepas berpisah bertahun lama pasti akan berjumpa kembali. sama juga dengan kisah persahabatan. kita berjumpa, kita bercanda, kita mengukir kenangan, dan kini tiba untuk berpisah menentukan masa depan dan menggapai impian masing-masing. dulu, aku sudah. kini, tiba pula masa kalian. untuk pergi jauh melayar samudera, merentas benua, menuntut ilmu yang mahal di negeri orang.

bukan aku tidak mahu m…

Salam Lebaran 1432H

Image
Tahun ini beraya bersama keluarga tercinta, bersama sahabat-sahabat, bersama Teman sy. Dalam kegembiraan ada sedikit kedukaan apabila raya ini merasai kehilangan seseorang. Bukan hilang di dunia ini, cuma hilang di mata~ Semoga si dia selamat sejahtera, bergembira dihari raya bersama keluarga.
Alhamdulillah. sehingga ke detik ini masih merasai nikmat Allah. walaupun bertepu dosa yang dilakukan tapi Allah masih lagi mencurahkan kasih sayangNya, Allah Maha Pengampun. Ya Allah, terima kasih atas semua nikmat ini~ Moga kalian juga berada dalam ampunanNya. Biar sekecil zarah sekalipun dosa kita, mintalah keampunan Allah, agar kita tidak terus terleka, dan agar hati kita tidak hitam di mamah dosa.
Jagalah pemakanan dihari raya ini, moga kita semua dijauhi penyakit~
Inilah keluarga besar saya ^^ cuma ketiadaan acik dan pakcik
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin. Mohon ampun dan maaf andai ada tersilap bicara, tersalah pandang, terkacau emosi dan segalanya. Moga-moga Syawal ini m…

Bile semua sibuk nak balik..

Image
when today is wednesday, semua sibuklah nak update status memasing.balik balik balik dan balik. dah takde keje lain agaknya, pegilah kemas barang ke, basuh baju ke, gosok baju ke nak balik, ini tidak, update status kat fb c0z they want to go back today, this night. =( Oh my God, actually, i am jealous okay. jealous very much much n damn much!
grrrr=.= did'nt know to say what, just wanna saying, i'm wanna g0 back t0o..
SELAMAT HARI RAYA ols. hepy eid. balik bawak kuih raye banyak-banyak. hee =)
i'am wish they will safely reach their home.. {joyah, chak, frogie, hanan, ekin, hani, awin, nurul, jaja, ecah, nadia, tqah, zana}
and special congrates pada yg SUDAH sampai di rumah okeeyyyy {jang, awa, cahaya, paleo, fairuz}
yg akan sampai rumah lambat tuuuu ---> fatie & ati, aniway, hati-hati okey. have a safe journey here, in unisza. hikhik
pada kawan-kawan MANS atau kenalan sepanjang saya berada di MANS, wish y0u all heppy eid too.. salam eidulfitri al-mubarak. moga kita mendapat…

Mencari Punca & Solusi Murtad

Image
In much the issues highlighted by the Malaysian society today, including also the issue of abandonment, independence, politics, corruption everywhere, but people do not realize that the issue of Muslim apostasy today more risk and this is the issue that we need more discuss. Prioritize which is more important, to norms of society, the country’s future, and for the Muslims.Nowadays, with the implementation of the federal constitution in Malaysia, I think chronology of the life of Malaysian society would be more harmonious and peaceable. True, I do not deny the statement and I agree the charms of the implementation of this federal constitution. But I think there are several areas for improvement that we should care much more. For example, the implementation of the federal constitution in Article 11 which stated that, anyone who has and above the age of 18, the right to change his own religion even without the consent of parents or guardians.When we review the previous cases, case of Ais…

~ JANGAN MENIDAKKAN TAKDIR ~

Image
ada rasa yang ingin dikongsi.
handset hadiah dari atuk, selepas keluar keputusan SPM 2009. tarikh : mid month of march.

kini, sudah rosak. & sudah tidak mampu berfungsi lagi. sedih, namun takdir menentukan segalanya. Caturan Allah pasti lebih baik untuk kita semua, untuk saya, awak dan mereka. Walau hati kata Redha, redha, redha, namun acapkali handset ini ditatap, sayu & tidak keruan jawabnya. namun, cuba untuk menenangkan hati, terima ketentuan ini.
kata ekin, terimalah ketentuan takdir. kalau hitam, hitamlah ia. kalau putih, maka putihlah ia.
tercalit sedikit rasa gembira, apabila menatap gambar2 handset di internet. tertangkap pada beberapa keping foto, sony ericsson vivaz(pro) & sony experia arc.! fuh, sungguh. aku mahu tika ini. vote for arc arc,arc and ARC.! huhu SONY ERICSSON vivaz

sony ericsson ARC .!!!
tapi, kata teman. 'tak payah beli handset mahal-mahal, ade handset sume dirosakkan.'. hehe.ups, sori dear, ur xpress music 5800 masuk dalam sup. ngeh3..
mohon, a…

~ TAKDIR CINTA 2 ~

Image
Menghitung hari. mengira detik. entah bila tangis ini akan berhenti. saban hari, pasti ada yg menyayat hati. sekuat manapun hati, setabah mana pun jiwa, tapi hati mana yang tak runtun bila perasaan dipermainkan.
Aku masih belum cukup dewasa untuk bermain dengan semua ini. Namun, kata orang bila kita sudah melangkah ke air, bermakna kita perlu mengharungnya. Jadi, samalah juga dalam situasi ini. Bila aku sudah mula berani untuk melangkah ke alam ini beberapa tahun yang lalu, bermakna hari ini aku perlu untuk hadapinya. Biarlah sakit, pedih, gembira, bahagia, derita, semuanya akan dilalui. Bukan aku sahaja, malah sesiapa yang melalui alam ini, pasti jua akan merasa sama. Cuma mungkin, rasa dan ujian itu berbeza. Termasuk juga pengalaman tersendiri.
Kata dia, masa depan masih jauh lagi. Perjalanan masih panjang lagi untuk mencapai impian. Aku akui, dan tidak pernah pula aku bantah perkara itu.
Cuma kini, aku rasakan aku tidak kuat bila kau begitu. Kau menjauh, kian menjauh walau kau kata ti…

UNTUK KAMU..

This song dedicated t0 y0u, my bel0ved.
I am sorry for never being good enough, I am sorry for my mistakes, I am sorry for hurting y0u, I am sorry for everything,
I am never meant to hurt y0u..
** SEDETIK LEBIH **Setiap nafas yang dihembusSetiap degupan jantungAku selalu memikirkanmuDalam sedar dibuai anganDalam tidur dan khayalanAku selalu memikirkanmuTernyata ku perlukan cinta dari dirimu sayangBarulah terasa ku bernyawaKasihku…ku amat mencintai kamuKerana kau beri erti hidupKu kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanyaDi kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan