Posts

Showing posts from January, 2011

Tidak kira baru atau muda.!

Image
Benar.. Inilah realiti yang perlu kita sedari hari ini. Walaupun muda, walaupun masih baru dalam dunia perdebatan, tidak mustahil untuk kita bergelar juara.! Seperti yang dikatakan oleh Abang Bob, 'dunia perdebatan tidak kira muda atau tua'.. Memang tidak dapat dinafikan lagi, malah perbezaan hanya terletak pada usaha, matlamat, kemampuan dan niat terhadap itu.
Tidak semua orang boleh berdebat, itu kata abg Syahmi, jurulatih debat UniSZA.. Sememangnya ia benar. Kerna, jika tiada usaha yang bersungguh-sungguh dan matlamat yang jelas apa yang kita inginkan, kita tidak boleh menjadi seorang pendebat. Apabila hati tidak kuat, bila minda tidak dapat mencakna dengan baik, semuanya akan menjadi tidak keruan. Hanya orang yang kebal sahaja, mampu untuk mempertahankan MATLAMAT mereka walau dicaci, dicemuh, diperli apa sahaja. Kebal seperti Abg Sein.! Huhu.. Ingat, jangan bermain dengan perasaan.! Debat Piala Dekan FUHA

Aku pasti ia merupakan kenangan manis buat Latifah Rabbaaniah, Asnizan,…

MEMANG...AKU TERLUKA

Image
~Hati yang terluka umpama besi bengkok, walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya~

Memang, aku benar-benar terluka. Memang, aku benar-benar kecewa. Memang, hatiku benar-benar terhiris. Memang, aku benar-benar sakit. Aku tidak menyangkakan itu berlaku, aku pasti kau juga begitu. Kita semua tidak mahu. Kita semua tidak menginginkannya. Tapi inilah kuasa Allah. Takdir Allah. Benar, kita perlu merancang. Namun diakhirnya, tiada siapa yang sangka ia terlaksana atau tidak. Tiada siapa yang dapat memberi jaminan, diakhir Sem 6 ku nanti, aku akan memberi J0han kepada UniSZA dalam debat. Tiada siapa yang tahu, hanya Allah yang Maha Kuasa.. Sama juga dengan apa yang berlaku hari ini. Aku, diberi kebahagiaan. Dalam masa yang sama, aku juga diberi kepedihan. Benar kata Shahir, Kebahagiaan dalam Perpisahan.. Aku suka lagu itu.! Aku suka liriknya.! Namun bukan bererti aku sukakan orangnya.. =)
Hari ini, aku begitu kecewa. Aku begitu terasa. Sehinggakan hati ini seperti dicampak jauh ke Selat …

HATI & MANUSIA

Image
Amat sukar untuk bercerita tentang hati dan perasaan. Aku punya hati, kau juga punya hati,Dia juga punya hati.. Kadang-kadang aku sendiri terasa hati, makan hati, dengan apa yang telah kau katakan walaupun aku telah berhati-hati melayan perasaan ku sendiri. Namun kini, aku semakin gusar, dalam menjaga hati-hati disekeliling, hati sendiri yang akan terguris, hati sendiri yang akan termakan. Walaupun ianya adalah lumrah kehidupan, manusia & hati. Pasti ianya saling berkaitan. Tiada hati, manusiakah dia.? Tiada manusia, bagaimana wujudnya hati.
Kerana itulah hari ini, kes pembuangan bayi,dera anak+isteri, rogol, dan pelbagai lagi masalah-masalah sosial semakin meningkat dari tahun ke tahun. Kerana mereka TIDAK PUNYA HATI.! Kalau ada hati pun,tak tahu nak menggunakan akal pun tak guna jugak.. Lantaran itu, masyarakat hari ini labih banyak menghabiskan perkara yang tidak berfaedah, melakukan perkara yang tidak elok, menggauli orang-orang yang TIDAK MAHU berfikir, dalam kehidupan mereka.