HATI & MANUSIA



Amat sukar untuk bercerita tentang hati dan perasaan. Aku punya hati, kau juga punya hati,Dia juga punya hati.. Kadang-kadang aku sendiri terasa hati, makan hati, dengan apa yang telah kau katakan walaupun aku telah berhati-hati melayan perasaan ku sendiri. Namun kini, aku semakin gusar, dalam menjaga hati-hati disekeliling, hati sendiri yang akan terguris, hati sendiri yang akan termakan. Walaupun ianya adalah lumrah kehidupan, manusia & hati. Pasti ianya saling berkaitan. Tiada hati, manusiakah dia.? Tiada manusia, bagaimana wujudnya hati.

Kerana itulah hari ini, kes pembuangan bayi,dera anak+isteri, rogol, dan pelbagai lagi masalah-masalah sosial semakin meningkat dari tahun ke tahun. Kerana mereka TIDAK PUNYA HATI.! Kalau ada hati pun,tak tahu nak menggunakan akal pun tak guna jugak.. Lantaran itu, masyarakat hari ini labih banyak menghabiskan perkara yang tidak berfaedah, melakukan perkara yang tidak elok, menggauli orang-orang yang TIDAK MAHU berfikir, dalam kehidupan mereka.

Pembukaan sem 2 pada tahun 2011,lebih banyak membuka peluang terhadap aku. Benar cakap Trainer AKSES(Akademi Sukses), kita perlu mencari peluang itu, bukan menanti. Lebih-lebih lagi hari ini, telah ramai orang yang mengecapi kejayaan yang SUPER SUKSES. Takkan kita hanya nak duduk, tunggu sahaja.! Kita yang perlu menonjol, kita yang perlu buktikan bahawa kita juga BOLEH.!


Seawal kelas Islamic Criminal Law oleh Mdm Akmal taun ni, tatkala sedang dilanda 'mengantuk', tiba-tiba keluar topik mengenai 'Sekolah Harapan' yang telah dibuka di Melaka, yang mana sekolah ini ditubuhkan adalah khusus kepada Kaum Wanita yang melahirkan anak luar nikah untuk ditempatkan dalam satu kawasan, agar anak itu tidak dibuang ke merata tempat, ataupun ianya juga adalah sebagai satu tempat perlindungan untuk mereka yang telah melakukan kesilapan.. Sekolah Harapan ni jugak dah banyak kali keluar mase debat, nak bangkang, nak sokong, macam-macam dilema melanda. So, dengan semangatnya nak share dengan lecturer tu pandangan aku, sekali aku mule cerita, "In English".. Haha. Agak lemah juge bile mendengar, tapi why not aku cube kan, kate nak amik MUET dis sem.Hahaa..

Bile terbace kat akhbar Utusan, Presiden Persatuan Peguam Malaysia sendiri cakap yang mana Sekolah Harapan ni membantu anak-anak muda yang terlanjur(nak kata tak sengaja lah kan). Memang kita tak dapat nak nafikan lagi, kadar peningkatan remaja yang melakukan hubungan seks itu semakin meningkat dari hari ke hari, seolah-olah tidak mampu dibendung. Jika banyak pusat-pusat pelacuran yang dibina, maka pelacur-pelacur nya juga sudah semestinya semakin meningkat. Kalau itu kita nak katakan tak sengaja, susahlah keadaan sekarang ni. Habis tu, bile peluk,cium tu tak sengajalah .? Yang pergi gatal-gatal jumpe pakwe kat tempat yang tak patut, pergi disko tiap-tiap malam, pergi buat bende tak elok setiap mase, memang terlanjur lah macam tu. Kadang-kadang tu ade baiknya Sekolah Harapan ni, nak bendung dari kes Bunuh diri akibat rasa malu bila dah terlanjur, nak kurangkan kes pembungan bayi, tapi sedar atau tidak kewujudan sekolah ni jugak lebih kepada kontranya.

Bile dah ade tempat perlindungan, 'Ala, takde masalah laa. Kan ade sekolah harapan nak duduk'.. Itulah tanggapan mereka, merasakan ade tempat untuk didiami selepas dibuang dari rumah, maka permasalahn mereka selesai. keep going melakukan bende yang same, mengajak kawan-kawan, tidak pernah peduli baik atau buruk, malah semakin 'giat'. Sedih melihat keadaan ni, sedih menyaksikan remaja hari ni yang nak menjadi pelapis negara..

Habis tu, kalau nak tubuhkan Sekolah Harapan ni kat semua negeri, apa gunenye Rumah Perlindungan yang memang dah sedia-sedia ada kt tiap-tiap negeri.. Nak tampung rakyat yang cari pasal dengan diri sendiri, nak pelihara orang yang tak pernah pelihara diri sendiri, tak wajar untuk dilaksanakan andai motif utama dapat mengatasi masalah pembuangan bayi. Tapi masalahnye disini, masalah pembungan bayi di negara ni, berkurang ke.? Hari demi hari, pasti ada berita tentang kes-kes buang bayi yang kejam, yang pasti menyayat hati masyarakat Malaysia, yang seolah-olah nak tunjukkan manusia ni tiada HATI.!

Inilah fenomena dan senario yang sedang berlaku di luar sana, cakna terhadap masyarakt, lalu menubuhkan Sekolah Harapan. "Rakyat di dahulukan, pencapaian diutamakan".. Mendahulukan rakyat yang tidak pernah memikirkan tentang kemajuan negara, 'Rakyat Boleh,Malaysia Boleh'.. Kalau 1000 orang yang lakukan perkara tersebut dalam masa setahun, maknanya kita perlu tubuhkan sebanyak 10 buah Sekolah Harapan di Malaysia bagi menangani masalah itu. Suatu pembaziran, suatu permasalahan yang begitu besar untuk mengatakan bahawa Sekolah Harapan ni adelah segalanya-galanya. Nah,! Amik 10 juta ni dirikan 5 buah Sekolah Harapan kat Malaysia, esok masalah pembuangan bayi selesai.! Sama sekali tidak, kerana manusia tetap manusia.

Namun, manusia memang tidak lari dari melakukan kesilapan. Menyesal, mahu berubah, pasti itu akan dialami kepada mereka yang telah melakukan kesalahan.. Dan kekesalan itu juga perlu diterima oleh ibu bapa, agar mereka masih lagi yakin bahawa ada lagi yang menyayangi walaupun setelah melakukan kesalahn yang besar..

Hari ni,aku tetap aku. Fatin Syahira tetap fatin Syahira.. Fruitale tetap fruitale.. Aku suka menyuarakan pendapat, walaupun diakhirnya agak sukar nak diterima. Kerana aku mahu mencuba, aku mahu menyuarakan, aku mahu memberi. Sebab, MORE YOU GIVE,MORE YOU GET.! Aku akan terus begini, hati aku tetap aku punya.. Hati kamu tetap kau punya, & hati Dia tetap dimiliki.. Aku masih cuba untuk menjaga hati-hati sekeliling, agar aku juga dijaga HATI oleh nya... Mr.Right akan tetap ku tunggu,.. Ibu, kahwinkan al0ng.. =).. Hahahahahaaa.... (Apabila kesengetan dan kegilaan telah melanda diri aku, bila time-management agak tidak terurus seminggu dua ni.. I need you sleep, i need u sleep...lalalalaa)

Tak tau ape yang direpekkan, tak tau ape yang dikatakan, tapi semuanya hanyalah pandangan semata-mata.. Okelaaa, nak gi latihan debat.. Chow chin cheee...

SELAMAT HARI LAHIR MR.ADIB AIMAN DUBAI...hehee,,,
sweet 22,,son0knyeee,dapat makan sicret recipee...=)

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

UJIAN HIDUP

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!

Mencari Punca & Solusi Murtad