MEMANG...AKU TERLUKA

~Hati yang terluka umpama besi bengkok, walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya~


Memang, aku benar-benar terluka. Memang, aku benar-benar kecewa. Memang, hatiku benar-benar terhiris. Memang, aku benar-benar sakit. Aku tidak menyangkakan itu berlaku, aku pasti kau juga begitu. Kita semua tidak mahu. Kita semua tidak menginginkannya. Tapi inilah kuasa Allah. Takdir Allah. Benar, kita perlu merancang. Namun diakhirnya, tiada siapa yang sangka ia terlaksana atau tidak. Tiada siapa yang dapat memberi jaminan, diakhir Sem 6 ku nanti, aku akan memberi J0han kepada UniSZA dalam debat. Tiada siapa yang tahu, hanya Allah yang Maha Kuasa.. Sama juga dengan apa yang berlaku hari ini. Aku, diberi kebahagiaan. Dalam masa yang sama, aku juga diberi kepedihan. Benar kata Shahir, Kebahagiaan dalam Perpisahan.. Aku suka lagu itu.! Aku suka liriknya.! Namun bukan bererti aku sukakan orangnya.. =)

Hari ini, aku begitu kecewa. Aku begitu terasa. Sehinggakan hati ini seperti dicampak jauh ke Selat Tebrau. Seolah-olah tiada siapa yang perlukan lagi. Namun aku yakin, dalam beribu-ribu orang yang tidak pedulikan hati ini, pasti ada seorang yang menghargai. Cuma, aku tidak tahu siapa. Aku tidak yakin, diakah orangnya.? Cuma yang pasti, Allah pasti di sisiku.

Semalam, aku ke pantai. Mencari ketenangan. Mujur, ade teman yang menemani. Disaat itu aku ingin menjadi pantai yang dipukul ombak. "TEMAN, kan bagus kalau masalah tu seperti ombak." Apabila ditanya kembali mengapa, aku katakan masalah itu andai seperti ombak, ia datang ke pantai, lalu ia kembali ke laut semula.. Aku mahukan begitu, biarlah seberapa banyak masalah yang menimpa, aku ingin kan masalah itu cepat-cepat pergi menjauhi diriku. Tapii. aku lupa, jika masalah itu hilang secara perlahan-lahan, ia lebih memberi kesenangan. Ia lebih berguna, agar satu hari nanti kita pasti dapat mengetahui Hikmah disebaliknya.. Masalah itu seperti buah-buahan. kadang-kadang, ia manis. kadang-kadang, ia masam. Tapi, dua-duanya pasti ada yang diminati, disukai kerana ia memberikan benefit kepada kita semua.. Itulah ciptaan Allah kepada hambaNya.. Terima kasih Teman.. Terima kasih Rabbi..

Aku mahukan kawan, aku mahukan teman, aku mahukan rakan, aku mahukan sahabat.
Maafkan aku andai tidak senang denganku, maafkan aku andai ianya menjadi kesusahan, tapi percayalah... Memang, aku terluka..

teringat buah mangga kat umah, nak balekkk =)

p/s: ABSARlegal, jika saya, saya ingin menjadi buah yang peram di pondok.. Kerana takut, diganggu haiwan, dicederakan, dan saya takut, jika terlalu lama di pokok, di akhirnya, tiada manfaat yang dapat saya berikan.. Saya mahu menjadi itu.. Tapi, Strawberi bukan lah seperti itu, kerana ianya ranum apabila masak di pokok, dipetik, dan manis apabila dimakan. Takut apabila dibiarkan lama selepas dipetik, ianya menjadi busuk.. So, dua-dua ada manfaat, dan di akhirnya kita perlu bersyukur walau apa yang berlaku.. (jawapan pada mesejmu)

Saya minta buah strawberi itu, bukan mahu memberi... =)

Comments

  1. sukesukesuke...ape pun setiap ap yg kita tentukan..pasti ade kesan baik dan buruknya...yg baik xsemestinya akan kekal baik dan xsemestinya akan jd buruk...begitulah sebaliknya...

    ReplyDelete
  2. Setiap kesenangan dan kesusahan adalah ujian.. Ujian merupakan nikmat dari Allah..tiada yang datang dari Allah membawa kezaliman pada hambnya..terpulang untuk kita menilai hikmahnya..bersangke baiklah dengan Allah.. insyaallah..lebih banyak hikmah kebaikan yang kita dapat..Hanya AllAH yang mengetahui hal yang terbaik untuk hambanya..trus bergerak MENUJU WAWASAN DUNIA & AKHIRAT...

    ReplyDelete
  3. bersabarlah.. moga Allah merahmatimu :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

UJIAN HIDUP

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!

Mencari Punca & Solusi Murtad