Tidak kira baru atau muda.!


Benar.. Inilah realiti yang perlu kita sedari hari ini. Walaupun muda, walaupun masih baru dalam dunia perdebatan, tidak mustahil untuk kita bergelar juara.! Seperti yang dikatakan oleh Abang Bob, 'dunia perdebatan tidak kira muda atau tua'.. Memang tidak dapat dinafikan lagi, malah perbezaan hanya terletak pada usaha, matlamat, kemampuan dan niat terhadap itu.

Tidak semua orang boleh berdebat, itu kata abg Syahmi, jurulatih debat UniSZA.. Sememangnya ia benar. Kerna, jika tiada usaha yang bersungguh-sungguh dan matlamat yang jelas apa yang kita inginkan, kita tidak boleh menjadi seorang pendebat. Apabila hati tidak kuat, bila minda tidak dapat mencakna dengan baik, semuanya akan menjadi tidak keruan. Hanya orang yang kebal sahaja, mampu untuk mempertahankan MATLAMAT mereka walau dicaci, dicemuh, diperli apa sahaja. Kebal seperti Abg Sein.! Huhu.. Ingat, jangan bermain dengan perasaan.!
Debat Piala Dekan FUHA


Aku pasti ia merupakan kenangan manis buat Latifah Rabbaaniah, Asnizan, dan Zaimah .. Kalian memang terBaek, kalian memang Hebat, kalian benar-benar telah membuktikan bahawa kalian juga mampu untuk bergerak tanpa Aku.. Ingat, ini semua telah ditakdirkan. Setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya, pasti ada kebaikannya untuk kita semua.. Aku menyokong kalian setiap masa, setiap saat walaupun jasadku tiada disana. Juga jutaan kemaafan dariku, tapi aku tidak menyesal dengan tindakanku yang telah dibuat, kerana kalian telah merasai kemanisan itu, dan sememangnya aku juga merasai.!! Takdir Allah menentukan segalanya...~


Berdiri, memegang banner dalam kesejukan, di saat kemenangan, bukan kalian sahaja yang merasai kegembiraan itu, malah aku juga.! Kegembiraan yang tidak dapat dilahirkan, melainkan syukur kepadaNya di atas apa yang telah diberi.. Sehingga saat ini, aku masih lagi merasai kegembiraan itu, kegembiraan kemenangan kalian, moga team ini juga membawa pulang Piala Sultan Zainal Abidin nanti :) ..InsyaAllah, letakkan matlamat kalian dan niat yang betul.! Debate is process of learning,.! Tahniah once again, and l0vey0ouuu all.!



p/s: TEMAN, saya tidak lupakan kamu. Ingat, saya tak pernah lupakan kamu walaupun post ini bukan ditujukan buat kamu.. :)

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

UJIAN HIDUP

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!

Mencari Punca & Solusi Murtad