Posts

Showing posts from February, 2011

RAGAM MANUSIA HARI INI

Image
Assalamualaikum..
Saat menulis entri ini. ada dua perkara yang terngiang-ngiang kat fikiran ni.. Di samping dengan test yang baru lepas tadi macam hancur sedikit than paper yang before ni. Giler betol laaa. Lain bace, lain masuk! Sabar jelah. Ikut logik fikiran dan akal yang dikurniakan. Tapi aku tetap bersyukur, kerna masih ada idea untuk dituliskan. Terima kasih Ya Allah.. Lain kali akan usaha lebih lagi. Aku cuba, dan terus mencuba walau gagal yang menimpa. Barulah manis kehidupan nikan. Diwarnai dengan macam-macam warna. Jika asyik oren je, tak best jugak. Sesekali nak purple ke, hitam ke yg warnai. Huhu. Inilah kehidupan, pahit manis, gelap cerah, semua tu perlu dirasai. Lebih-lebih lagi, segala yang berlaku adalah kehendak Allah, yang telah ditentukan oleh Allah.
Agak sedikit tersentak dengan ayat, 'lebih pentingkan dunia dari akhirat'.. Hoi hoi, dont judge a book by its cover lah. Suke-suke ko je cakap macam tu. Mane ko tau die lebih pentingkan dunia dari akhirat? tak bai…

BELAJAR MENGENAL HATI

Image
Belajar mengenal ALLAH Belajar mengenal sesuatu Belajar mengenal Hati Belajar menjadi diri sendiri Belajar menjadi yang Terbaik Belajar menghadapi cabaran Belajar mengenal dunia Belajar mengenal teknologi Belajar mengenal undang-undang Belajar mengenal kawan Belajar mengenal teman Belajar mengenal Sahabat
Saya masih lagi belajar. Di dalam proses belajar. Maka, hari ini saya akan cuba untuk tidak kecewa dengan apa yang akan saya dapat. Baik atau buruk. Gembira atau sedih. Itu semua lumrah kehidupan. Masam manis perjuangan, itu menjadi penguat diri. Percayalah, andai kita yakin dengan kebolehan diri sendiri, maka kita boleh berjaya. Maka, sentiasalah berfikiran positif, lebih-lebih lagi masih dalam proses belajar. Biasalah, anak kecil yang dalam proses belajar berjalan pun, pasti akan merasai pahitnya jatuh. Tapi, natijahnya amat manis. Mampu untuk berjalan. Manis dan indah kan?
Syaratnya cuma satu. Untuk merasai indah dan manis, perlulah merasai pahit dan sakit.. BERSABARLAH, sakit itu cuma sekejap…

SUKE-SUKE EDIT

Image
Suke sangat nak kongsi dengan semua. Saya mampu untuk mengedit, walau bukan seperti orang lain. Sekurang-kurangnya, saya belajar dari bawah. Saya bermula dari awal pertandingan, bukan di tengah-tengah perlawanan lumba lari itu, saya mencelah masuk mahu menghabiskannya. Bukan! Saya bermula dari awal. Err, walaupun gambar-gambar ni semua ada di dalam facebook, tapi tetap mahu kongsi di sini. Kerana caption nye berbeza, dan rasa hati nye berlainan. Seribu satu rasa, seribu satu jiwa. 'Aku dan Hati'. =))
Terima kasih kepada Akoo Nad sebab amik gamba ni gune nset die,tak sangka, lawa.. =)) Suke sangatt gamba ni, suke sangat mase ni. Kite semua gi makan-makan kat NR, memori dengan Diela. Ouh, Diela. Amat merinduimu, percayalahhh.. ~Lokasi : NR Cafe - Hanan, Fatie, Ekin, Fatin, Nadia, Diela
Jang, Abg Din, Abg Naim, Fatin ---> Royal Debate 2010, UTHM This is my Team Debate. Perlawanan pertama saya mewakili Universiti, pengalaman pertama lawan debat betul-betul.. Benar, ambil pengajaran …

TERPAKSA DILAKUKAN, MOHON MAAF

Image
Sewaktu ESQ 165 di Seremban --> Inilah Mr.Zero :)
Tinta dari Empunya Blogger,. :)
Maaf, Blog ini sedang di ubah suai @ dibaik pulih @ dibaiki @ diperkemas @ dikemaskini..
Entri akan datang bakal menyusul, namun terpaksa ditangguhkan akibat masalah teknikal blog Ini.. maaf yea, InsyaAllah akan dipercepatkan :)
Selamat menghadapi hari-hari anda.!
Rindu pada Ukhti Irma, lama tak turun foyer.. Kak Irma, moga berjaya siapkan thesis ye :) Allahu maaki ya Ukhti..

AKU DAN MEREKA

Image
Menghembus nafas, menyesat peluh di dahi, menghirup udara. Percaya atau tidak, kini aku sudah kembali ke UniSZA. Terasa cepat masa berlalu. Bercuti selama 5 hari, seolah-olah 5 jam sahaja waktu itu. Ibu, rasanye bile lagi Along dapat balek.? Huhu,. Balek pun asyik kene marah je, hehe.. takpe, salah sendiri, & suke kene marah ni. Hehee.. Smile Ibu, smilee :)
terima kasih ibu atas kek nye :)
Ehh. Cepat sugguh masa berlalu. Hari ini, sudah 19 tahun 9 hari aku masih lagi diberi kesempatan untuk menghirup udara segar, mengamati cebisan-cebisan kehidupan, menghayati detik-detik indah yang dianugerahkan Allah. Ya Allah, terima kasih atas anugerahmu, terima kasih atas kehidupan ini, terima kasih segala-galanya.. Terasa seperti baru semalam, bermain di buaian, main masak-masak, main kawen-kawen, main kejar-kejar. Ya Allah, jujur aku merindui saat itu. Andai ada 'mesin memutar masa' seperti dalam cerita Doraemon, pasti akan aku gunakan peralatan itu. Bukan sahaja mahu berputar ke masa…

KISAH KAKI PALSU

Image
Aku sudah katakan, aku tidak mahu kaki yang lama. Bukan aku tidak mahu menghargai, bukan aku tidak ada perasaan, tapi kaki yang lama itu membuatkan aku sakit. Kaki yang lama itu buat aku derita, kaki yang lama itu buat aku terseksa. Aku dihimpit kesakitan, aku dilanda keresahan, tatkala kaki itu meragam setiap masa. Tolong, aku perlukan kaki yang baru, aku perlukan kaki palsu, untuk menggantikan kaki ini.
Biarlah sebanyak mana harganya, biarlah sejauh mana perlu aku dapatkan, biarlah aku terpaksa 'buang' kaki ini, agar kesakitan hari ini dapat diubat kaki yang baru nanti. Aku tidak hairan jika orang katakan kaki palsu banyak kelemahan, tapi. Kaki palsu itulah yang akan menolongku, kaki palsu itulah yang akan membantuku, kaki palsu itulah yang akan menemaniku setiap saat. Aku tidak mahu lagi sakit seperti dahulu, aku tidak mahu lagi diriku dihimpit duka seperti dahulu, aku tidak mahu lagi melayan kesakitan,kepedihan semata-mata kerana ingin menghargai kaki itu.
Orang kata, kaki …