AKU DAN MEREKA

Menghembus nafas, menyesat peluh di dahi, menghirup udara. Percaya atau tidak, kini aku sudah kembali ke UniSZA. Terasa cepat masa berlalu. Bercuti selama 5 hari, seolah-olah 5 jam sahaja waktu itu. Ibu, rasanye bile lagi Along dapat balek.? Huhu,. Balek pun asyik kene marah je, hehe.. takpe, salah sendiri, & suke kene marah ni. Hehee.. Smile Ibu, smilee :)

terima kasih ibu atas kek nye :)

Ehh. Cepat sugguh masa berlalu. Hari ini, sudah 19 tahun 9 hari aku masih lagi diberi kesempatan untuk menghirup udara segar, mengamati cebisan-cebisan kehidupan, menghayati detik-detik indah yang dianugerahkan Allah. Ya Allah, terima kasih atas anugerahmu, terima kasih atas kehidupan ini, terima kasih segala-galanya.. Terasa seperti baru semalam, bermain di buaian, main masak-masak, main kawen-kawen, main kejar-kejar. Ya Allah, jujur aku merindui saat itu. Andai ada 'mesin memutar masa' seperti dalam cerita Doraemon, pasti akan aku gunakan peralatan itu. Bukan sahaja mahu berputar ke masa kanak-kanak, malah waktu sekolah rendah, sekolah menengah juga aku inginkan. Aku ingin, aku mahu, namun pasti itu semua adalah mustahil.. Hanya satu.! Kepingan-kepingan gambar yang masih berada dalam simpanan menjadi pengubat rindu. Benar, itu yang menjadi kenangan. Itu yang menjadi ingatan, Antara Aku dan Mereka..

Kelmarin, terpahat lagi memori dihatiku. Kenangan, indahnya seperti hembusan angin bayu di tepi pantai. Bagaimana indahnya angin itu, tidak mampu dilihat, tetapi ia mampu untuk dirasai. Itu kata Sahabat, bukan hanya dengan melihat, tetapi kita juga boleh merasai dan menghidu. :) Benar, kagum aku melihat kata-katanya, apatah lagi orangnya. Perkenalan yang singkat, pertemuan yang tidak disangka, akhirnya memberi banyak manfaat kepada banyak pihak. Termasuk aku juga. Aku gunakan masa yang tinggal beberapa bulan sahaja, untuk menuntut seberapa BANYAK ilmu dari dia. Bukan aku katakan tiada orang lain lagi untuk menuntut, tapi peluang ada di depan mata. Yang permata itu bersinar, kerna itulah yang kita cari.. :)
(Moga cepat bertemu jodoh ye Pokcik, dah 27 tahun daa, hehe)

Terima kasih daun keladi, lain kali buat lagi ye pada semua Planner-planner Besday saya.Huhu.

Ibu ; Sayang ibu sangat, atas hadiah yang diposkan pada Abg Bob hari tu. Memang BESAR. hehe, Besar kek die.. terima kasih. Suke. Tak sangka,Terharu. Loveyouu Ibuu.. :)

Abang Bob ; Wahh.. Menjalankan misi bersama ibu, dan jang. Macam tak percaya. Huhu. Niway, terima kasih. Memang betul-betul terkejot, memang betul-betul tak sangka, kesedihan itu berakhir dengan kegembiraan. hahaha.. err, sudah mampu tersenyum sekarang, tak menangis macam hari tu lagi. hehee..

Jang ; Benar. Jujur. Percayalah. Aku amat menyayangimu.. Tidak mampu untuk dibalas dengan terima kasih.. Ko tunggguuuu nanti ye. hehee.. Sampai mase ko, siap.! hehe

Teman ; Terima kasih atas bantal Strawberi itu. Huhu.. Terima kasih di atas ciptaan lagu itu. Benar, aku sungguh terharu. Tidak pernah ku duga. Lagi sekali, SYUKRAN :)

Abang Hanas & Abang Fikri ; Ya Allah. Tidak pernah sangka, inilah kejutannya. Terima kasih kerana redah Hujan sebab carikan Kek, Terima kasih banyak-banyak.. Haa, sape-sape yg jadi nenek kebayan malam tuh, laen kali jangan jadik lagi. Siyes, macam betul2. Tak sanggup nak dengar.. Hahaha..

Kak Yaya ; Sungguh, petang itu memang cukup terasa. Sehingga mengalir mutiara, jatuh ke dalam tasik. Namun, terima kasih atas segalanya. Terima kasih menjadi kakak, terima kasih. nanti jadi ibu yee..? Huhuu..

Kak Ain ; Hehe.. suke sangat, nanti jadi fotographer saye yea. Teringat lagi seawal mengenali 'Kak Ain', menggambarkan akak seorang yang garang, serius, dan sukar untuk tersenyum. tapi itu semua dahulu. Bukan kini. Kerna kini, 'Kak Ain' yang ku kenali adalah seorang yang hatinye lembut dan ceria.. nanti kawin, jemput.. huhu.

Kak Irma ; maaf atas pelukan yang cukup KUAT haritu, benar-benar takut. memang, saya seorang yang penakut. tapi, kenangan kan kak.? huhu.

kak Dian ; Tak sangka nak kenakan saya, akak pun terkena sekali. :) Hepi Besday juge ye kak Dayana Hj Chacho. Huhu, saya dah tau name penuh akk. Rasa terharu tak.? hehe..

Kak Ekin ; Tak sangka, baru kenal. Kite leh mesra. Hihi, akk sungguh COMEL. huhu. moge terus berjaya, and cepat2 kawen taw. :)

Wahidah ; Aku sayang kooo.. Mekasih jadi kawan aku. 6 tahun kita kenal, harap ianya berkekalan Fillah. Jadi telinga aku yang setia ye. Hehee..

Abg Naim ; Hehee.. terima kasih atas sokongan juge. Alamakk.. ade due. hehe,. Jadi Exco yang baik dan mendengar kata.! engat, jangan degil-degil.. hehe.

Abg Wan ; tak sangka, perkenalan debat ini, sungguh menyeronokkan. Ok fine.! Upss.. Tahniah menjadi Dj. Tahniah. mohon kerjasama. Hehee

Efa ; Jujur, sayang kamu Fillah.. :)

All Oratorians ; Kem itu telah mengeratkan kite lagi. Terima kasih atas semuanya. Ingat, this is not the ending of history, but beginning of story. We make story, to build history.! Saya memang seorang yang tidak banyak cakap dengan orang yang saya tidak kenali. so kite rajin-rajin tegur-menegur agar sama-sama melahirkan keluarga Orator yang Sukses.! Siapa Sukses.? Saya dan Anda. . hUhu. sama-sama berjaya, sama-sama menuju puncak. kita BERSAMA... :)

Seronok, gembira atas jalinan ukhwah ini..

Sweet bukan.?

Excited nyeee .. kanak-kanak riang..

Muke nangis. memang buruk tapi orang kata, tetap Comel :) hehee

my Group.! the best laa.. Abg Naim, Abg Amad, Wafiy, Zaitun and saye. :)

Abg Bob macam kanak-kanak ribena,. Eh, abg Wan punn.. huuuhu

Haha, Jang bermandi tepung. Angkara siapakah.? Upss. kak ya and anak-anak sungguh comel. hehee. :)

Kak Ekin melet0pp.. oupss,, hehe

Abg Fikry yang sanggup redah ujan pi beli kek, hehe. mekasey :)

Abg Hanas n Kak Ekin, moge ke pelamin yea. Aamin, hehee.. Upss..

Kak Ain, lawa kan gambar ni :)

Kepingan-kepingan potret yang berada dalam simpanan, pasti mengubat kerinduan suatu hari nanti.. Terima Kasih semua. Terima kasih Ya Allah atas anugerah ini :)

Juga terima kasih kepada yang 'wish' besday pada saya di facebook, telefon bimbit, dan face to face, terima kasih sangat-sangat, Sungguh terharu.! huhu.. Dan, terima kasih juge buat Cik Fatie, Cik Hanan, Cik Ekin, Cik Chak, Cik Frogie, Cik Akoo Nad yang celebrate besday saya dan Nadia Hani tapi awal 7 hari.. kuikui.. Tak sangka akan berhadapan dengan telur dan tepung. Busuk korang tau tak.! Malam tu aku tido dengan bau telur yang melekat, dan yang tak menyenangkan tapi itu semua adalah kenangan. Terima kasih banyak-banyak Sayang korang.! Sayang sicret recipe. Hehee,, Luv lahh.!!

Hadiah yang saya dapat, semuanya Strawberi :)
err.. menanti Triffle Strawberi dari Kak Ain pula :) huhu..

Balik dari SEKAYU ni laa korang baling tepung dan telur kat aku. Busuk,! Korang laa korang laa korang laa.!! Arghh.. Huhu, Niway, kenangan. Suke. Terima KASEH.!

Segalanya kenangan dan memori. Kini terpahat di hati. Suatu hari setiap saat ini pasti akan dirindui, dan pasti foto ini akan ditatapi :)

....Assalamualaikum....

Comments

Popular posts from this blog

UJIAN HIDUP

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!

Mencari Punca & Solusi Murtad