BELAJAR MENGENAL HATI

Belajar mengenal ALLAH
Belajar mengenal sesuatu
Belajar mengenal Hati
Belajar menjadi diri sendiri
Belajar menjadi yang Terbaik
Belajar menghadapi cabaran
Belajar mengenal dunia
Belajar mengenal teknologi
Belajar mengenal undang-undang
Belajar mengenal kawan
Belajar mengenal teman
Belajar mengenal Sahabat

Saya masih lagi belajar. Di dalam proses belajar. Maka, hari ini saya akan cuba untuk tidak kecewa dengan apa yang akan saya dapat. Baik atau buruk. Gembira atau sedih. Itu semua lumrah kehidupan. Masam manis perjuangan, itu menjadi penguat diri. Percayalah, andai kita yakin dengan kebolehan diri sendiri, maka kita boleh berjaya. Maka, sentiasalah berfikiran positif, lebih-lebih lagi masih dalam proses belajar. Biasalah, anak kecil yang dalam proses belajar berjalan pun, pasti akan merasai pahitnya jatuh. Tapi, natijahnya amat manis. Mampu untuk berjalan. Manis dan indah kan?

Syaratnya cuma satu. Untuk merasai indah dan manis, perlulah merasai pahit dan sakit.. BERSABARLAH, sakit itu cuma sekejap. Yakin dengan Allah, ini adalah jalan yang terbaik. Aku buat kerna diri aku, bukan orang lain. Bukan tidak mahu menjaga perasaan, tetapi perasaan aku juga perlu dijaga. Cuma, berhati-hati dengan kata-kata. Jangan sampai ia akan membunuh diri sendiri. Anda sudah memilih jalan ini, maka teruskan meneroka. Kerna di akhir nanti, pasti akan mengetahui HIKMAH dari penerokaan yang telah dibuat. Jangan menyesal, jangan sesekali menyesal. Jangan rasa gusar apatah lagi kesal. Tapi berdoalah kepada Allah, moga ini yang terbaik. Teruskan mencapai angan-angan, merealisasikan impian. Bukan mudah, tapi tidak mustahil. Cuma, berjaga-jaga dengan airmata anda. Tumpahlah pada tempat yang sesuai.

Kata A.B,' Mahu menangis, boleh. Tapi jangan menangis di hadapan orang yang kamu pimpin. Kerana pemimpin harus kuat,jangan tunjukkan kelemahan.' Ingat, walau siapa pun kita, kita tetap seorang pemimpin. Kita kan dilahirkan sebagai khalifah, maka kita pasti ada sifat itu, dan harus untuk kita KUAT. Sekuat Nabi Muhammad S.A.W. InsyaAllah. Berdoalah pada Allah bertemu jalan yang benar.


Pesan saya duhai KAWAN,
Semoga kamu kuat, jangan mudah menitiskan airmata. Walau itu kelemahan kamu, tapi kamu harus sembunyikan dihadapan lawan kamu. Itu permata kamu, harus kamu juga. Ingat, apapun kaputusan yang dibuat, mintalah juga keputusan dari Allah. ISTIKHARAH dalam membuat keputusan, itu yang terbaik. Percayalah, hari ini kamu menangis, satu hari nanti kamu pasti akan tersenyum gembira. Bahagia bersama keduanya, kerna itu Tidak Mustahil cuma perlu untuk BERSABAR.. Takdir Allah menentukan segalanya. Kita hanya merancang, diakhir destinasi ini telah ditetapkan. Apa yang kita mahukan, atau tidak. Semoga kuat menghadapi segalanya. Sabar ye =)

Comments

  1. salam fatin..terima kaseh..hehehe..macam khas buat diri aku jer..hehehe...pepe pown terima kasehh..~~~~~~sayang kamu..!~~~~~~~~

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

UJIAN HIDUP

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!

Mencari Punca & Solusi Murtad