KISAH KAKI PALSU


Aku sudah katakan, aku tidak mahu kaki yang lama. Bukan aku tidak mahu menghargai, bukan aku tidak ada perasaan, tapi kaki yang lama itu membuatkan aku sakit. Kaki yang lama itu buat aku derita, kaki yang lama itu buat aku terseksa. Aku dihimpit kesakitan, aku dilanda keresahan, tatkala kaki itu meragam setiap masa. Tolong, aku perlukan kaki yang baru, aku perlukan kaki palsu, untuk menggantikan kaki ini.

Biarlah sebanyak mana harganya, biarlah sejauh mana perlu aku dapatkan, biarlah aku terpaksa 'buang' kaki ini, agar kesakitan hari ini dapat diubat kaki yang baru nanti. Aku tidak hairan jika orang katakan kaki palsu banyak kelemahan, tapi. Kaki palsu itulah yang akan menolongku, kaki palsu itulah yang akan membantuku, kaki palsu itulah yang akan menemaniku setiap saat. Aku tidak mahu lagi sakit seperti dahulu, aku tidak mahu lagi diriku dihimpit duka seperti dahulu, aku tidak mahu lagi melayan kesakitan,kepedihan semata-mata kerana ingin menghargai kaki itu.

Orang kata, kaki palsu tak sama dengan kaki yang sebenar. Tapi, fungsi tetap sama. Membantu untuk berjalan.! Ouhh, aku hampir terlupa. Aku menghidap penyakit,! yang membuatkan aku terpaksa buang kaki aku itu. Aku terpaksa akur, kerna kalau aku tidak buang, ia akan memudaratkan diri aku. Mahu tidak mahu, kita terpaksa berpisah, kaki. Bukan bererti aku tidak menghargai kau lagi, tapi kau sudah tidak mampu berfungsi untuk aku, kau sudah tidak mampu membuatku tersenyum. Itu sebab aku terpaksa 'buang' kau. Aku tidak mahukan kenangan, kerna aku takut aku akan bersedih.

Walaupun sesekali akan ku toleh memandang jalan ke belakang, namun itu hanyalah tolehan semata-mata. Melihat, ada musuh kah di belakang.? Aku tersenyum, melihat jalan didepanku. Dan aku harap, ini adalah jalan yang betul. Aku berharap, kerna ini adalah harapanku. IMPIANku..

TEMAN... saya PERLU kamu untuk melengkapkan cebisan-cebisan kehidupan saya.. :)

Comments

Popular posts from this blog

UJIAN HIDUP

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!

Mencari Punca & Solusi Murtad