RAGAM MANUSIA HARI INI


Assalamualaikum..

Saat menulis entri ini. ada dua perkara yang terngiang-ngiang kat fikiran ni.. Di samping dengan test yang baru lepas tadi macam hancur sedikit than paper yang before ni. Giler betol laaa. Lain bace, lain masuk! Sabar jelah. Ikut logik fikiran dan akal yang dikurniakan. Tapi aku tetap bersyukur, kerna masih ada idea untuk dituliskan. Terima kasih Ya Allah.. Lain kali akan usaha lebih lagi. Aku cuba, dan terus mencuba walau gagal yang menimpa. Barulah manis kehidupan nikan. Diwarnai dengan macam-macam warna. Jika asyik oren je, tak best jugak. Sesekali nak purple ke, hitam ke yg warnai. Huhu. Inilah kehidupan, pahit manis, gelap cerah, semua tu perlu dirasai. Lebih-lebih lagi, segala yang berlaku adalah kehendak Allah, yang telah ditentukan oleh Allah.

Agak sedikit tersentak dengan ayat, 'lebih pentingkan dunia dari akhirat'.. Hoi hoi, dont judge a book by its cover lah. Suke-suke ko je cakap macam tu. Mane ko tau die lebih pentingkan dunia dari akhirat? tak baik tau tuduh-menuduh ni. Memang laa org tu sibuk ke sana, sibuk ke sini, tapi ade sebab kan. Yes of course! Die memang salah sebab tak pegi majlis ilmu tu, tapi apabila kita diberi pilihan untuk memilih sesuatu, pilihlah apa yang ada di hati kita. Dalam madah Akidah & Akhlak pun ade belajar, untuk melakukan sesuatu haruslah bukan kerana orang lain, kalau tak ia sudah jadi tidak ikhlas buat kerana Allah. Ingat, jangan suke-suke nak tuduh orang dengan tindakan yang melulu. Jangan cepat nak keluarkan kata-kata kalau rasa sedang beremosi. Sedarlah, kata-kata itu amat menyakitkan hati orang lain.

Betul kata Teman, nanti lama-lama orang tu akan letih bercakap dan dia akan berhenti sendiri. Alahai manusia, alahai hati. Alahai syaitan yang sering menyesatkan manusia. Mengapa sering terleka.. Terleka dek buaian dunia. Berhentilah kawan, berhentilah sahabat. Nak saiko orang pun, bukan dengan kata-kata yang tajam sepertimana kau menghunus pisau yang baru diasah kepada orang yang tidak bersalah. Pasti suatu hari nanti kau akan menyesal. Nescaya, berfikirlah sebelum berkata-kata.. Kau menderita, dia juga menderita. Apatah lagi aku. Tolong, jangan terus begini.Aku sedikit kecewa.


Maaf, aku teramat kesal dengan kata-kata seseorang yang aku sendiri tak tahu siapa dan tak tahu kepada siapa ditujukan. Aku masih lagi boleh bersabar dengan kau, tapi kau harus ingat. Kesabaran seseorang itu ada tahapnya, jangan sampai aku yang tiada masalah dengan kau, akan timbul masalah. Aku tidak mahu, aku tidak ingin perkara itu berlaku. Tolong faham. Aku sayang kau. Kau memang terbaik. Cuma mungkin kebaikan kau itu tidak perlu sehingga menyakitkanhati orang. Aku tak sokong sape-sape, aku tak benci sape-sape. Tapi, kau perlu tahu. Setiap apa yang dirasakan terbaik itu, itu adalah terbaik. Mahupun ia menjadi suatu kesedihan buat kite, tapi sebenarnye itu lah yg terbaik.

Maaf, aku memang tidak mampu untuk menghalang kau berkata-kata. Cakaplah sehingga kau puas. Cakaplah sehingga kau rasa itu yang betul. Cakaplah kalau kau rasa itu yang terbaik. Cuma satu aku ingatkan, jangan sampai orang yang tersayang terluka dengan kata-kata kita. Nescaya satu hari nanti kau juga akan menyesal. Sesal yang pasti tidak hilang. Tolong, aku sayang kau.Harap sangat kau bace entri ni. Jangan sampai ada yang tertinggal.Takut tersalah faham.

Satu hari nanti kau pasti akan merasai perkara itu, cuma cepat atau lambat je yang bezakan sumenye. Cuma sekarang, nasihat aku. Di samping mahu melaksanakan tanggungjawab kau, kau juga perlu menjaga hati orang yang kau sayang. Dan aku rasa, perkara ini tidak akan menjadi masalah, andai kau benar-benar ikhlas nak jaga dia. Nak menjaga seseorang , tidak kira bila, siapa, dimana, dan dengan siapakah orang itu. Yang penting kita benar-benar mau menjaganya. Nak puaskan hati semua orang juga kita tidak mampu, cuma kita hanya buat apa yang termampu. Jangan cepat mengikut perasaan. Jangan cepat mengikut hati. You will let it happen, if you really know her heart.

Menceritakan sesuatu masalah kepada orang lain, bukanlah mahu membuka aib, tapi sedarlah. Itu hanyalah untuk mencari pendapat dan juga mengurangkan beban yang ada. Sesiapa pun yang mempunyai masalah, akan mencari seseorang untuk diluahkan.Walaupun masalah itu tidak mampu diselesaikan, tapi sekurang-kurang nya ia mampu untuk mengurangkan beban. Mohon maaf andai terasa tapi percayalah. Aku juga ada hak untuk bersuara. Cuma suara yang aku lontarkan, tidak lah aku gayakan. :)

Terima kasih semua.


Comments

  1. memg agak sedikit pening kan cik fyqa??
    tapii itu dari hati.hati yg dirasai. h0hoo.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!

TEMAN HIDUP

UJIAN HIDUP