LIDAH INI KELU


LIDAH INI KELU BERKATA-KATA. DILUAH MATI MAK, DITELAN MATI BAPAK. PERLUKAH AKU MEMBUAT KEPUTUSAN? PERLUKAH AKU MELUAHKAN SEGALANYA. DUHAI HATI, DUHAI DIRI. CUKUPLAH BERMAIN-MAIN DENGAN PERASAAN. KELAK, PERASAAN ITU AKAN MENGHANTUI DIRI.

SERING KU LIHAT RAGAM MANUSIA, MENIKMATI KEINDAHAN CIPTAAN TUHAN, MENGAMATI KELETAH ANAK KECIL, TERHIBUR DENGAN PERMAINAN INI WALAU SESEKALI MENGGURIS HATI. DISANA, ADA HATI YANG PERLU DIJAGA, DISINI ADA JUGA HATI YANG PERLU DIJAGA. KADANG-KADANG AKU KELIRU, MANA YANG PERLU AKU JAGA, MANA YANG PERLU AKU LINDUNGI, DAN YANG MANA PERLU AKU PERTIMBANGKAN. WALAUPUN PADA AWALNYA AKU SEAKAN RESAH DENGAN KEPUTUSANKU, NAMUN AKU PERCAYA ANDAI INI YANG TELAH DITAKDIRKAN, ITU PASTI ADALAH YANG TERBAIK.


SUSAH KAN BILA BERHADAPAN DENGAN MACAM-MACAM KARENAH MANUSIA, RASA PENING BERTAPAK DI KEPALA. TAPI INILAH KEHIDUPAN. BILA DITEGUR, MELENTING. BILA TAK DITEGUR, TERUS-TERUSAN MELAKUKAN KESALAHAN.

TIDAK TAHU APA YANG DIKATAKAN, TAPI TERUS-TERUSAN MENAIP. GURU SUKSES KATA, UBAH CARA BERFIKIR, UBAH CARA TINDAKAN.! PASTI KITA AKAN HEBAT. SANGAT HEBAT.! BUKAN MUDAH UNTUK MENJADI SEORANG YANG HEBAT.. BUKAN MUDAH MENJADI SEORANG TRAINER, DEBATER, PEMIDATO, PEMANTUN ATAU APA-APA SAHAJA. CUMA APA YANG PENTING, PERCAYA DAN YAKIN DENGAN KEKUATAN DIRI. JANGAN BERPUTUS ASA SELAGI TIDAK MENCUBA! OH, BUKAN MUDAH UNTUK MENJADI SEORANG MC, TAPI BELAJARLAH DARI KESILAPAN. BERANILAH UNTUK MENCUBA. BERANILAH UNTUK DIPERKATAKAN DAN DIKETAWAKAN OLEH ORANG LAIN, KERANA MEREKA HANYA BERANI UNTUK MENGATA, MENTERTAWAKAN ORANG TAPI MEREKA SEBENARNYA TAKUT UNTUK MENCUBA SEPERTI YANG TELAH KITA LAKUKAN!

JANGAN KELU, TAPI BERKATALAH. BERKATALAH BENAR, WALAUPUN PAHIT.

قل الحق ولو كان مر

Comments

  1. isbir ya ukhti...innallaha ma'aki....kdg2, apa yg pahit itu....itulah yg terbaik Allah beri utk kita....kerana yg pahit akan manis jua akhirnya.....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

UJIAN HIDUP

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!

TEMAN HIDUP