JANGAN TINGGALKAN AKU

Don't leave me.. Please.. I need both of you..

Benar. Aku tamak bukan? Mahukan kedua-duanya. Di beri strawberi, mahu juga nasi. Itu aku. Dulu, aku tidak pernah terfikir perkara ini terjadi. Sehingga terpaksa melakukan pilihan yang begitu berat sekali. Aku buntu. Fikiranku kusut, entah kemana. Bermacam-macam yang bermain di minda. Kalau aku lakukan itu, apa yang terjadi. kalau aku lakukan yang ini, apa pula yang terjadi.

Bagus bukan bila memikirkan kesan yang akan berlaku. Tapi, itulah kehidupan. Di awalnya buntu, tapi pasti nanti masih ada jalan..

Aku sendiri takut untuk melakukan keputusan. Aku takut untuk melakukan pengorbanan. Aku takut untuk merasai kehilangan. Inilah yang aku sering terfikirkan. Kehilangan, pengorbanan, semuanya aku takut. Tapi, kata orang tanpa pengorbanan, aku tidak akan mampu untuk memberi diri aku sendiri peluang untuk memilih apa yang aku mahukan sebenarnya.

Hati aku mahu apa? Hati aku mahukan dia. Hati aku mahukan kasihnya. Hati aku mahukan perhatiannya. Hati aku mahukan sayangnya. walaupun aku tahu, kasih dan sayangnya tidak mampu untuk menandingi Kasih & Cinta Allah.. Walaupun tika ini aku tahu, perhatiannya teralih pada orang lain.. Namun, aku masih mahukan itu. Aku masih mencuba.

Biarpun hanya dengan secebis perhatian yang diberikan, aku gembira dengan itu. Biarpun kau hanya hadir sekerlipan bintang, tapi aku gembira dengan kehadiran itu. Kegembiraan aku itu lebih dari yang lain. Aku semakin buntu. Kau hadir tidak kira masa. Kadang-kadang kau tiada, dan terkadang kau muncul secara tiba-tiba. Macam chipsmore kan?

Tolong, jangan tinggalkan aku kesepian melayan perasaan yang entah bila akan lega.

Cuma itulah. Aku takut. Aku juga perlukan dia. Aku juga perlukan perhatian dia. Aku juga perlukan kasih dia. Aku selam hatinya, aku masuk dalam dunianya sehingga menyebabkan aku takut untuk biarkan dia rasa kehilangan apabila ditinggalkan. Aku tidak mahu dia kecewa. Aku tidak mahu dia merana.

Yang aku pasti, aku juga tidak sanggup kehilangan dia. Aku juga tidak sanggup untuk ditinggalkan oleh dia.. Melihat dia terus-terusan mencuri hatiku. Melihat dia terus mencuba untuk tidak mengecewakan dirinya sendiri. Merasakan perhatiannya begitu lebih disaat aku buntu ini.

Adehh, aku sendiri terduduk dengan semua ini.

Tolong, jangan tinggalkan aku..

Aku tidak mencari yang sempurna, tapi aku mahu kita sempurnakan sesama kita. Mana dia gelak tawa dulu. Mana gurau senda dulu. Mana semuanya. Tinggal tanda tanya.

Dikala ini aku yakin. Mohon petunjuk dariNya. Itulah keputusan yang benar-benar tepat.

Sama ada aku terpaksa mengorbankan hati seseorang demi mencapai apa yang aku mahukan, ataupun hatiku sendiri yang terpaksa dikorbankan demi melihat kebahagiaan orang lain.

Kebahagiaan aku sendiri atau kebahagiaan orang lain?

Comments

Popular posts from this blog

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!

TEMAN HIDUP

UJIAN HIDUP