:: RASA BAHAGIA ::

Rinduu kat korang. Nanti aku balek yee. Hee ^^

Sehingga ke detik ini, sudah hampir 4 hari aku berada dirumah. Bercuti, menghabiskan saki-baki study week ini di rumah dan kampung. Dan aku tekad, percutian ini bukanlah perkara yang mensia-siakan kerana aku akan cuba untuk lakukan perkara-perkara yang memberikan manfaat pada diriku, jika bukan sekarang tapi aku harapkan masa hadapan. Manyak untungg berkorban hari ini.! huhu

19 April 2011 - Seminar Marketing POWER by Dr.Azizan

Sungguh. Aku begitu terkesima melihat penyampaian beliau. Cara, tarikan dan juga apa sahaja yang beliau develop pada malam itu, menarik perhatian aku. Seperti Asri.! Mampu untuk menarik perhatian pendengar untuk mendengar apa yang disampaikan. Sudah tentulah, Asri pun pernah mengikuti seminar beliau tahun lepas. Seronok.! Tambahan lain, pada awal lagi seminar tersebut, mereka cuba menarik perhatian kami semua dengan senaman yang cukup bes.! Sedangkan aku sendiri yang pernah buat aktiviti yang sama, tidak pernah rasa gembira dan bahagia seperti itu.

Kata Dr.Azizan, apabila kita melompat kita akan menerima lebih banyak tenaga. Maka malam itu, aku melompat sehabis mungkin. Fuh, setelah sekian lama diri ini tidak melompat dan bersenam, tenaga itu aku kumpul kembali. Yes, I got it.! Untuk tidak membiarkan otak terus lemah dan lembab, maka sebab itulah kita perlu bersenam. Badan sihat dari otak yang cergas.

Pengalaman-pengalaman yang dilahirkan oleh Dr.Azizan, menambahkan semangat pada aku. Satu-persatu beliau ceritakan perihal insan-insan yang telah berjaya melakar kejayaan dan nama di persada dunia. Bukan susah untuk berjaya.! Bukan sukar untuk kaya! Mudah, andai kita tahu jalannya.

Segala yang berlaku adalah dari minda kita. Apa yang kita fikirkan, apa yang kita rasakan begitu penting kerana memberi influence yang cukup tinggi terhadap tindakan kita. Selalu fikirkan kita boleh, kita mampu maka akhirnya pasti kita mampu & boleh lakukan! Opportunity also important! Haha, speaking plak. Sebenarnya kite semua tak berjaya lagi sebab tak nampak peluang. Kalau kita dah nampak peluang tu, pasti kita boleh lakukan. Cari peluang kat mana sahaja, pasti boleh. Tiada orang yang gagal bila dia mampu untuk merancang masa depannya. Percayalah. Kita mampu untuk kaya dan berjaya.

Allah akan berikan kejayaan pada hambaNya yang berusaha. Maka, berusahalah dari sekarang. Walaupun umur anda baru 19 tahun seperti saya, tapi itu tak mustahil untuk anda kaya.! Sungguh. Aku cuba mengejarnya. Berusaha sehabisnya, agar nanti tidak menyesal.

20 April 2011 - Mewakili UniSZA ke Pertandingan Debat Piala Sultan Zainal Abidin

Alhamdulillah. Syukur ku panjatkan pada Illahi. Nama ku di senaraikan di dalam kalangan pendebat yang terpilih untuk mewakili Uni ke Debat. Walaupun pada awalnya aku rasa cukup tipis untuk berada di dalam kalangan yang terpilih, alhamdulillah. Allah masih memberi peluang padaku untuk mencuba. Tapi, walaupun aku terpilih, masih gusar di hati tatkala coach memberitahu namaku begitu rapuh untuk menjadi pendebat utama.

Harap detik lama, berulang kembali. Mahu. Doakan saya ^^

Err, baru rapuh, belum jatuh lagi. Selagi tidak jatuh, aku pasti masih ada lagi masa & peluang untuk aku berubah, untuk aku mencapai apa yang di inginkan. Masih ada lagi. Aku yakin. Aku akan cuba sehabis yang baik. Sisa baki yang ada ini aku akan cuba untuk mencari apa sebenarnya yang perlu ada dalam diri seorang pendebat. Aku cuba.

Terima kasih Ya Allah, terima kasih semua. Alhamdulillah.

Tahniah diucapkan juga kepada kalian kerana juga terpilih untuk mewakili UniSZA :)
  • Wan Zainuddin bin Ali Aspar
  • Mohd Zainuddin bin Mamat
  • Siti Rozila
  • Siti Zuraidah
  • Siti Nur Zaimah
Kita harus berjuang.! Berjuang bersama.~ Yuk, cuba jalankan amanah yang diberikan sehabesnya, biarlah rapuh di awal, tapi kuat diakhirnya. UniSZA boleh.! Oratorians Boleh!

Kenangan Debat Diraja 2010 ~ UTHM, Batu Pahat, Johor

Comments

  1. hai fatin!

    eh, nama aku jgn lah ltak kat list pendebat unisza
    TAK LAYAK KOT, and im not even pendebat unisza

    btw, congrats and keep on going ya..

    oh, wish u luck in the exam :-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TEMAN HIDUP

UJIAN HIDUP

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!