~FOR MY BELOVED~



This post is dedicated for my beloved one, IBU. ='))

Ibu. Ibu.
Engkaulah, ratu hatiku.
Bila ku berduka, engkau hiburkan hatiku.

Bila tengok orang lain say something about their mom, ish. Aku pun nak jugak! Aku pun ade ibu, aku pun ade orang yg aku sayang,IBU. Aku pun ada. Saya mahu mencoretkan kata-kata buat ibu. Biarlah tidak sehebat orang lain, tapi ikhlas dari Along bu. =))

Ibu..
Terima Kasih atas segalanya. Terima Kasih atas segala pengorbanan yang ibu berikan. Terima Kasih atas kasih sayang yang ibu limpahkan. Terima Kasih atas keprihatinan yang ibu titipkan. Terima Kasih atas semangat dan dorongan yang sentiasa ibu bicarakan. Terima Kasih atas segalanya. Terima Kasih atas ;
  • Mengandungkan Along & adik-adik
  • Melahirkan Along & adik-adik
  • Memberikan susu dan makan pada Along & adik-adik
  • Menjaga & membesarkan Along & adik-adik
  • Memberikan pendidikan dan kewangan pada Along & adik-adik
  • Melimpahkan kasih-sayang yang tidak berbelah bahagi pada Along & adik-adik
  • Mengawal keselamatan Along & adik-adik
  • Memberikan hadiah pada Along & adik-adik
  • Memberikan keselesaan dan senyuman pada Along dan adik-adik
dan banyak lagi pengorbanan yang telah ibu lakukan pada kami. Kadangkala ibu menangis, terasa hati, marah dengan tindakan kami. Percayalah ibu, tidak pernah terlintas sedikit pun untuk melukakan ibu. Alg cuba untuk membahagiakan ibu, tapi hanya ini yang termampu. Along akan cuba lagi, cuba lagi dan terus cuba.

Ibu..
Teringat lagi pada pertengahan tahun 2010, di saat Along begitu kecewa kerana keinginan untuk melanjutkan pelajaran ke Jordan, tidak kesampaian. Sungguh kecewa. Terima Kasih ibu kerana banyak membantu dalam proses permohonan. & terima kasih juga di atas tiupan semangat pada Along agar tidak terus kecewa. Ibu berikan kekuatan itu, salurkan pada seluruh urat di tubuh along supaya along terus kuat.

Sehinggalah suatu pagi, kedengaran suara riang di corong telefon. 'Along, along dapat Universiti. Kos Diploma Undang-Undang. Tahniah Along, ibu gembira'. Wah, betapa gembiranya aku saat itu. Mendapat nikmat Allah 2 dalam 1, mendengar suara riang ibu & mendapat jurusan yang aku minati sejak kecil. Mahu menjadi peguam! Alhamdulillah, percaturan Allah itu lebih baik. Ibulah aku rasa orang yang paling gembira di saat itu, termasuk juga ayahku. Walaupun pada awalnya ayah ku mengatakan bahawa dia tak yakin aku akan dapat tawaran universiti, tapi aku telah buktikan. Sayang ibu, Sayang ayah! Airmata jatuh, cuba untuk tidak terus berderaian.. :'((

Ibu..
Aku tahu. Menjadi seorang ibu bukanlah suatu yang mudah. Tahniah buat ibu! Kerana ibu berjaya menjadi seorang ibu yang terbaik sepanjang 19 tahun ini. Tahnia Ibu. Masakan ibu juga berjaya menambat hati along, especially for maman lah. Kalau yang lain nak tau, ibu masak rendang maman best sangatt. Kalau tiap2 hari makan pun takpe. Cume, kalau ibu nak tau. Along tak suke nak siang maman tu. Hehe. Tapi along tak cakap kan? Buat jee. Kalau tak, tak dapat makan.Hee

Ibu, banyak lagi perkara yang along ingin coretkan buat ibu. Ada yang sukar untuk dilafazkan. Cuma satu, cemburu melihat ibu rapat dengan anak-anak orang lain. Walaupun kadangkala perkara itu adalah remeh, tapi bagi Along itu semua cukup besar. Tapi along yakin, Ibu lebih sayangkan Along & adik-adik dari orang lainkan? Huhu. Iloveyouu ibu. Selamat Hari Ibu. Hari-hari adalah hari ibu! Sangat sayang ibu.

Walaupun bukan berada di perantauan, tapi perpisahan ini cukup menyakitkan. Kalau boleh, nak buat universiti kat depan rumah je.. =)) Boleh tak bu? Huhu. Cukuplah. Lebih banyak yang ditulis, lebih banyak lagi airmata jatuh berderaian. Tidak sanggup rasanya. Tunggulah, esok malam along balik ye bu.! Rinduu Ibu.! Jaga diri. Sayang ibu.

kami mengucapkan Selamat Hari Ibu buat ibu yang tercinta,
Fazleyaty bt Arifin =))

Ouh, kalau kawan-kawan nak tahu, ibu saya dapat Anugerah Cemerlang tahun ni! I'm soo proud with her! Bangga, tahniah ibu! Pengorbanan ibu lakukan untuk tadika dan kerja ibu selama ini, tidak sia-sia. Teruskan usaha ibu, along sentiasa menyokong =))

Comments

Popular posts from this blog

UJIAN HIDUP

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!

TEMAN HIDUP