GURU, KAU ILHAMKU


Beribu bintang di langit kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rambulan mengambang kini makin suram
Pudar ilham ku tanpa arah

Sedikit wajahmu muncul dalam diam
Ada kerdipan, ada sinar
Itukah bintang atau rambulan
Terima kasih ku ucapkan

* Kau Ilhamku.. Kau Ilhamku..

Hari ini 16 Mei 2011. Sudah hampir 16 tahun aku bersekolah, tanpa henti.
  • Tabika Perpaduan | 1995 - 1998 |
  • Sek Keb Datuk Abdullah, Gemencheh | 1999 - 2004 |
  • SMK Dato Mohd Taha | Januari Minggu 1 2005 - Januari Minggu 2 2005 |
  • Maahad Ahmadi, Gemencheh | Januari 2005 - Mei 2010 |
  • Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu | Julai 2010 - KINI |
Manisnye mempunyai guru, bukanlah dengan kata-kata. Hebatnya guru, perlu dirasai sendiri. Benar, bukan mudah untuk menjadi seorang guru, tanpa kesabaran yang cukup tinggi. Tanpa guru juga, aku yakin aku tidak akan mampu berdiri seperti hari ini. Guru, merupakan satu nama yang perlu untuk kita hargai. Tanpa pengorbanan, jerit perih yang mereka rasai, kita tidak akan mampu untuk menjadi manusia yang berguna. Siapalah kita tanpa guru. ' Jika Tiada GURU, aku tidak kenali siapa RABBI'.

Contohi Guru, bermakna aku mengagumi Guru. Setiap Guru. Semua guruku, kalian ilhamku. Pencetus transformasi diri ini, menjadi yang lebih berguna, bergerak menuju wawasan, berlari mencapai impian, berebut menggalas kerjaya. Walau ia bukan suatu yang mudah, namun kau inspirasi ku, Guru. Tiada apa yang mustahil, selagi kita berusaha. Sungguh, aku sedang mencapainya.

Terima Kasih Cikgu.


* Subject yang paling menjadi kegemaran, Matematik. Terima Kasih diucapkan kepada Cikgu Norhidayati ( Guru SK Datuk Abdullah) , Cikgu Zulhelmi Setapa ( Guru Tusyen UPSR ) , Cikgu Norhaida ( Form 2, MANS ) , Cikgu Yunos Parot ( Form 3- Form 5, MANS ).. Terima Kasih, kerana memberi tunjuk ajar, sehingga aku berjaya meraih kejayaan dalam subjek yang paling aku gemari ini. Percayalah, setiap latihan yang diberikan, aku telah lakukan dengan bersungguh-sungguh, sehabis dayaku, kerna MINAT ku terhadap Matematik, amat mendalam. Cuma mungkin, rezeki ku bukan menjadi tenaga pengajar Matematik, tapi suatu hari nanti aku akan usahakan. Tunggu. terima Kasih cikgu-cikgu. Huhu
Terima kasih cikgu,. Keputusan untuk subjek Matematik. Alhamdulillah.
  • UPSR --> A
  • PMR --> A
  • SPM --> A

* Subject yang paling aku tak suka sangat, Sejarah. Kalau boleh, nak gugurkan subjek ni, tapi tak boleh kan. Huhu.Namun, Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Noraida Aludin yang telah mengajar semasa aku PMR. Pernah sekali aku mendapat A dalam ujian, gembiranya bukan kepalang. Rasa mahu menghebohkan satu dunia. :) Terima Kasih juga kepada Cikgu Kamarul Hafiz mengajar sejarah semasa Tingkatan 4 & 5. Adoi. Bukan mudah untuk membaca subjek yang tidak minat, namun. dengan Usaha cikgu Kamarul, menarik perhatian aku agar membaca, alhamdulillah. Aku LULUS dalam SPM. Huh, engat senang kee. Hee. Terima Kasih cikgu, banyak membantu.

Terima Kasih cikgu. Keputusan bagi SEJARAH . Alhamdulillah.
  • PMR --> B
  • SPM --> C
* Subjek yang gemar untuk belajar. Arab, Bahasa Melayu, Madah STAM

Terima Kasih diucapkan kepada Ustazah Khairah bt Hariz, Ustazah Norliah Ali, Ustazah Salmah, Ayahanda Zulkarnain, Cikgu Mohamad, Ustaz Idris, Ustaz Taufik, Ustaz Fuad, Ustaz Ezzadin, Ustazah Ismariah, Ustaz Nasir, Ustaz Khedr dan semua Asatizah Maahad Ahmadi. Terima kasih cikgu, terima kasih.

TERIMA KASIH SEMUA. JASAMU KU KENANG HINGGA AKHIRNYA.

.. KAU ILHAMKU..

Comments

  1. hehehe... comel laa tin nie.... selamat hari guru gak tin..thanks atas ilmu yg dikongsi....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TEMAN HIDUP

UJIAN HIDUP

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!