MOHON UNIVERSITI, TUTUP PELUANG ORANG LAIN?


Desas – desus kemasukan anak-anak ke Universiti semakin dirasai. Semua ibu bapa sedang sibuk menyiapkan persiapan anak-anak, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk selesaikan kesemuanya. Barang-barang, dokumen, buku kesihatan, pengesahan itu ini, macam-macam laa nak diselesaikan. Ada juga ibu bapa yang mengeluh kerana terlalu banyak urusan yang perlu di selesaikan. Tapi, kegembiraan itu lebih mengatasi segalanya.

Perbicaraan antara emak & anak, sehari sebelum pendaftaran :

Emak : Adik, barang-barang sumo dah siap ke bolom?

Anak : Dah mak.

Emak : Dah masuk dalam beg ke sumo eh? Cek boto2, karang ado pulak yang tertinggal.

Anak : Dah mak, sumo dah masuk dalam beg.

Emak : Borang-borang sumo dah siap isi? Pengesahan Doktor?

Anak : Dah buek dah mak, dah poie Hospital dah maghin. Settle dah. Bereh.!

Emak : Ha, bagoslah tu. Ko cek balik dik, kot2 ado yang tak ber sign lagi. Esok ekau nak poie jauh dah. Morocco pulak tu.

Anak : ( Sambil membelek-belek borang) Ala mak, Adik terlupo nak mintak tandatangan ketua kampong. Kosong niaha. Dah la ponting ni mak.

Emak : Kan mak dah koba kek kau, nasib mak suh ko tengok balik. Dah, poie umah dio copek, tak tido laei do dio ni, baghu kul 10 malam, takkan laa awal bona dio tido. Poie sekarang, mintak cop dio.

Anak : Baik mak, mokasih yo mak. Adik lupo.

___________________________________________________________

Nilah antara perbualan anak & mak, sebelum melangkahkan kaki ke menara gading. Walau bukan semua berperangai camni, tapi ni antara segelintir nyelah. Kadang-kadang anak tak pernah tahu, betapa gembiranya ibu & bapa mereka saat mereka tahu tentang peluang mendapat universiti sekarang ni.

Rentetan dengan new entry ni kan, seperti yang kita ketahui, zaman sekarang ni dah ramai budak pandai-pandai. Nak dapatkan pelajar yang dapat 10 A tu, dah berlambak-lambak. 8A, 7A, 6A lagilah ramai.. Sebab tu sekarang ni, nak dapat masuk universiti pun susah. Kalau dulu tu, nak masuk matriks, nak gi luar negara, memang dah sah-sah laa susah. Tapi sekurang-kurangnya, dulu tu, kalau dapat 3-4 A pun senang lagi nak masuk U, (macam aku). Sekarang ni? Yang 6A pun tak dapat masuk, permohonan gagal.

Memang lah orang kata, ade rezeki, dapatlah. Takde rezeki, camne nak dapat. Perkara tu betul jugak. Tapi, musim-musim sekarang nilah, yang timbulnye persoalan, mohon u, bila dah dapat tak pergi. Mohon banyak-banyak, tapi nak pilih 1 je. Benda tu dah tutup peluang orang lain. Elok-elok orang lain boleh dapat, tapi disebabkan kau dah penuhkan, jadi tak dapat. Alih-alih tak jugak peginye. Bila tutup peluang orang lain, sama jugak dengan tutup rezeki orang lain.

Nilah antara persoalan-persoalan yang ditujukan. Perkara-perkara yang tak pernah terungkai.


( gambar sekadar hiasan | asnizan muksin , nur afni ahmad anuar )

Baiklah. Pertamanya memohon peluang belajar itu sendiri adalah wajib. Berdasarkan hadis yang diketahui semua , طلب العلم فريضة على كل مسلم . Kalau tak mohon pun wajib jugak menuntut ilmu. Pasal menutup peluang orang lain tu soal kedua. Sebab, bila kita mohon memang kita berniat nak menuntut ilmu kan, nak belajar. Cuma bila kita mintak banyak-banyak tu, agak-agak kalau kita dapat semua, kita nak pegi semua ke. Nak pegi rasa belajar setiap tempat, sebulan.


Rasanya tak, sebab kita akan pilih satu yang terbaik. Soal pilih banyak-banyak kos kat UPU tu, tak payah laa nak dipertikaikan, memang kita ada hak buat 8 pilihan, sebab memang kat akhirnya kita akan dapat 1 je pun. Cume sekarang ni, bila kita mohon UPU, Maktab, Matriks, Luar Negara, dan macam-macam lagi sekarang ni. Sebab hakikatnya, kita memang akan pilih 1 je untuk teruskan pengajian. Lagi satu, bila kita mohon tapi bile dah dapat, tak pergi. Nak teruskan dengan yang sedia ada. Contoh, sementara tunggu keputusan UPU, belajar di STAM atau STPM terlebih dahulu. Bila keputusan keluar, dapat, tak nak pegi plak. Nak duduk belajar kat STAM.


( gambar sekadar hiasan | ain syafiqah azman )

Tak ke rasa, bila kita tak terima permohonan yang kita dapat tu, kita ni dah tolak rezeki orang lain. Kadang-kadang bende tu berlaku tanpa kita sedar. Yelah, kalau betul tak nak masuk, sekadar nak tengok sejauh mana kemampuan kita, layak ke masuk U ni, nak bangga-bangga dengan orang lain, aku pun dapat U jugak, tapi alih-alih tak pergi. Sebab tak minat. Cuba bayangkan, orang yang betul-betul nak masuk U, tapi tak dapat disebabkan awak tu yang mengambil tempat dia. Hakikatnya, awak tak pergi, dia pun tak dapat.

Tak ke rasa bersalah? Tak ke rasa terkilan sebab kita, orang lain tak dapat sambung belajar. Kalau dah tahu tak nak pergi, tak payah mohon awal-awal dulu. Cuba fikir-fikir balik. Kalau dah dapat baru nak istikharah, tak jugak beri erti apa-apa walau ia sememangnya ade erti. Tapi seeloknya, istikharah itu dilakukan pada awal-awal kita nak mohon. Sama ada nak mohon U ataupun amik STAM. Sebab istikharah ni kita lakukan pada setiap waktu kita nak buat keputusan, kata seorang akhi, nak beli gula-gula pun buat istikharah jugak. Jadi, samalah dengan sekarang ni. Buat istikharah nak pilih yang mana, tapi hakikat dah tutup peluang orang lain. Dan kita di anggap zalim. Menzalimi diri sendiri, & menzalimi orang lain.

Umumnya, peluang belajar di IPT hari hari terhad dan berkuota. Kalau takde kuota pun, ade syarat-syarat kemasukannya khususnya IPTA. Kalau nak kata IPTS tu tak payah cakaplah, bila-bila masa je menerima kemasukan pelajar. Kalau bukan kita sendiri yang datang cari, mereka yang akan datang tawarkan pada kita. Swasta kan, sape tak tahu sebab apa, pandai-pandai cari sendiri.

Adik-adik, akak-akak & untuk diri ini sendiri suatu hari nanti, bila nak memohon sesuatu bagi melanjutkan pelajaran, istikharahlah. Kerna istikharah pada setiap yang ingin kita lakukan, adalah yang terbaik. Jangan nanti sudah menjadi bubur, baru nak istikharah, nak masak bubur atau nasi sebenarnya.


Cume, segala-galanya bergantung pada niat. Kalau rasa niat tu mohon U nak tengok power ke tidak, layak ke tidak, hebat ke tidak, nak tunjuk-tunjuk kat orang lain, dah memang sah-sah perkara tu salah, bahkan haram hukumnya sebab niat nak menunjuk-nunjuk. Tapi lain pulak kalau niat mohon banyak-banyak sebab takut tak dapat belajar, ianya tidak lah menjadi masalah kerna ianya fitrah seorang manusia.Dan ianya juga bergantung pada kebijaksanaan pemerintah & pentadbiran. Kebijaksanaan? Yelah, kalau dah kosong tu, kenelah cepat-cepat cari orang, isikan kekosongan tu. Seperti mana yang dilakukan sekarang ni, ade rayuan, ade second-take. Alhamdulillah.

Fikir-fikirkan. Wallahua’lam. Kalau ada yang salah, tolong betulkan ye.

Sumber :


Mohd Asri Zainal Al-Haj.. Teman Seperjuangan Akademi Sukses. Berada di bumi Morocco.
Melanjutkan pelajaran dalam pengajian Islam. Lebih lanjut tentang beliau, ziarah ke blog dia. =))

Comments

  1. salam atin... betul3..syue suke entri kamu yg ini... hmm...walaupun pe pun kite kan berhak memilih..pilihan di tangan kite... :-) hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!

UJIAN HIDUP

TEMAN HIDUP