:: KASIH KAKAK ::


Kasih kakak membawa bahagia.
Syukur, aku dikenalkan dengan insan-insan yang sentiasa bersamaku. Biar teguranmu perit, namun amat bemakna, sehingga aku mampu berdiri seperti hari ini. Terima kasih.

Selamat Hari Lahir buat :
  • Siti Nuritri binti Kamsani (6 Jun 1986 )
  • Nurul Ain binti Mat Rahim ( 8 Jun 1989 )
  • Sharifah Najihah binti Syed Rosalan ( 9 Jun 1991 )
Semoga panjang umur & dimurahi rezeki hendaknya. Moga tercapai apa yang dihajati. Amin Ya Rabb. InsyaAllah~

Saya rindu kak Itri. Lama tak bersua muka. Kenangan kita tak pernah luput dalam ingatan walau tahun silih berganti. Perkenalan di awal tahun 2005, banyak membantu diri ini dalam menempuhi alam baru. Kau & aku sahaja yang tahu, kenangan yang telah kita cipta. Gambar kami ada, tapi tak sempat nak scan. Tapi wajah nya, sentiasa di minda & hati. Rindu akak. Sayang akak.

Sukar untuk bertemu dengan seseorang seperti anda. Setiap yang salah, kau tegur dengan hikmah. Walau ia tertusuk ke hati dan pilu, namun itulah sebenarnya yang terbaik. Kata-kata dan pengalamanmu sentiasa terngiang-ngiang di kotak fikiran. Amat bermakna. Terima kasih atas segalanya. pasti merinduimu saat tiada di UniSZA. pasti merindui 'triffle strawberry buatanmu'. Sayang akak.

Perkenalan yang hampir mencecah 7 tahun lamanya. Tak sangka, jodoh sampai ke universiti. Haha. Walaupun kadang-kadang bertikam lidah, tapi tetap tergelak bersama. Tidak mengerti mengapa mesti bersama. Inilah takdir Allah. Beri kita sesuatu yang tidak pernah kita jangka. Terima kasih kakak atas segalanya. Masih ingat lagi suatu tika dahulu sewaktu mula-mula masuk Maahad, akak kejut saya yang sedang tidur diatas lantai tidur dikatilmu, pabila ditanya mengapa tak tidur dikatil, aku katakan, 'saya baru kemas katil, cadar cantik, taknak rosakkan'. haha. baru belajar kemas katil, baru masuk asrama, macam tulah. hehee. Terima kasih kak, Sayang akak. :p

"Walau raga kita terpisah jauh, namun hati kita selalu dekat, bila kau rindu pejamkan matamu, dan rasakan aku"

~Kenangan 'Santai PiDSZA bersama KTR~
UniSZA & UiTM Chendering
G0 go g0 Tsunamiiii..!!!
| Naim, Firdaus, Afifah, Fatin, Zuraida, Jas |

:: Tsunami vs Bintang hatiku ::

Comments

Popular posts from this blog

TEMAN HIDUP

UJIAN HIDUP

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!