::MOHON MAAF, KHILAFKU::


Tidak banyak untuk aku katakan, cume 'MAAF seribu kali Maaf'.. Benar, aku masih lagi mentah dalam dunia ini. Kalau mahu dikirakan, tidak selayaknya untuk aku berada dan duduk dalam tempat ni, apatah lagi untuk mengetuai segalanya. Aku khilaf. Aku ralat kali ini. Punca dan sebab dari aku katanya. Tidak mengapa, tudingan itu kadang-kadang membuat aku lebih Kuat dari sebelumnya.

Aku, pemusnah harapan anda. Percayalah, sedikit pun aku tidak pernah mahu ianya berlaku. Bahkan, disaat-saat terakhir juga, aku masih lagi berusaha untuk merealisasikannya. Aku masih cuba sedaya upaya. Namun, takdir tidak menyebelahi. Dalam kesedihan, tersembunyi satu perasaan. Pasti segala-gala yang berlaku, ada hikmah disebaliknya. Aku Redha. Maaf.

Pasti, ia mengajar aku untuk menjadi lebih dewasa. Pasti juga, ia merupakan pengajaran kepada kita semua. Dan mungkin, ia juga adalah peringatan kepada kita agar menjaga hati dan tingkah laku. Allah sayang, sebab itu ia timpa ujian sebegini. Maaf.

Cuma mungkin satu..
Dalam kegembiraan, Allah berikan sedikit kesedihan agar kita tidak terus alpa dengan perintahnya. Dan pengajaran yang diberikan, InsyaAllah membantu dalam mengharungi masa depan. Maaf.

Mohon maaf sekali lagi, aku insan biasa yang sering melakukan kesalahan, apatah lagi aku masih mentah dalam dunia ini. Orang lain mungkin fikir khilafku ini tidak patut dilakukan, namun sedarlah tiada siapa yang mahu melakukan kekhilafan akan tetapi, khilaf itu pasti ada untuk menyempurnakan kehidupan. Maaf.

Aku tahu, sukar untuk memaafkan. Benar, memang ianya salah aku. Aku akui kesalahan. Ralat & khilaf kali ini, banyak mengajarku 'ERTI KEHIDUPAN'.. Mohon selepas ini dibantu oleh semua ahli KOUBM agar khilaf ini tidak berulang sekali lagi..

Mohon maaf kerana cita-cita dan impian kalian tidak terlaksana :
  • Wan Zainuddin Ali Aspar
  • Ely Izran Jahari
  • Abdul Wafi Mohamad Parak
  • Irma Shukri Khodori
  • Nurul Afifah Adila Mohd Salleh
  • Dayana Chacho
  • Latifah Rabbaaniah Jamaludin
  • Asnizan Muksin
  • Siti Nur Zaimah Zainudin
  • Siti Zulaiha Baseri
Berkatalah apa sahaja, pasti Allah lebih mengetahui segalanya.
Luahlah pada semua, untuk mendapat kelegaan, bukan untuk mendapatkan simpati.
Percayalah pada takdir Allah.! Dia yang telah menentukan segalanya, apa yang telah berlaku & apa yang akan berlaku..

Mohon maaf atas kesilapan saya, saya insan biasa..

Comments

  1. maaf itu tidak layak buatku.... jasad yg menanggung derita dan kecewa itu lagi layak menerima...bila hati kuat.. jasad itu pasti hebat!!! akhirnnya, air mata sudah tidak punya alasan untuk becucuran d bumi Tuhan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

UJIAN HIDUP

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!

TEMAN HIDUP