Posts

Showing posts from July, 2011

UNTUK KAMU..

This song dedicated t0 y0u, my bel0ved.
I am sorry for never being good enough, I am sorry for my mistakes, I am sorry for hurting y0u, I am sorry for everything,
I am never meant to hurt y0u..
** SEDETIK LEBIH **Setiap nafas yang dihembusSetiap degupan jantungAku selalu memikirkanmuDalam sedar dibuai anganDalam tidur dan khayalanAku selalu memikirkanmuTernyata ku perlukan cinta dari dirimu sayangBarulah terasa ku bernyawaKasihku…ku amat mencintai kamuKerana kau beri erti hidupKu kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

SEKALI LAGI..

Image
Khilafku berulang lagi. Niatku benar, untuk menjaga perhubungan. Tapi jangkaanku salah, makin ia disimpan, makin ia menyerlah. Bukan mahu bersembunyi , namun untuk kemaslahatan kita bersama.
Kali ini aku terduduk, terduduk dengan silapku sendiri. Makin di rayu, makin ditolak kasih ini. Kasih ku bukan mainan, percayalah...
Sedetik sahaja tadi kita bergembira, sedetik lagi untuk kita berpisah, sedetik sahaja kita akan berjauhan. Jangan rasa sayang yang baru bercambah ditiup angin begitu sahaja. Aku tidak mahu. Aku tahu, kau pun begitu.
Satu pintaku, maafkan aku demi kebahagiaan bersama, demi cita-cita dan impian kita, demi janji yang termetarai lalu..
I am sorry dear f0r what I have d0ne ='(( I do s0rry.

SENYUMLAH..

Image
Senyuman penawar duka. Senyumlah, agar segala kepahitan dilupakan.
Walau kadang kala tidak pernah mendapatkan apa yang kita mahu, tapi percayalah apa yang kita dapat itu adalah apa yang kita perlu.
Biarkan dunia ini bermain, asalkan kita yang berada didalamnya tidak terleka dengan permainannya.
Bangkit dari kekalahan, bangun dari kekecewaan, jangan terus bersedih dengan kesedihan yang sementara, muhasabah diri kembali.
Dalam duka, dalam suka, pasti ada yang menyokong dibelakang, seperti tulang belakang, tanpa tulang belakang di dalam badan, tubuh kita tidak boleh berdiri dengan tegap, sukar untuk melakukan pekerjaan.
| Santai KTR bersama adik2 SMA Marang |
* Hatiku sedang remuk sebenarnya. Sengaja membiarkan kata-kata ini bermain di blog. Agar ia tetap kukuh di hati. Bukan mudah untuk menghadapi masalah tanpa jiwa dan hati yang kuat, tapi beranilah untuk mencuba.
* Ada ketika, aku merasakan diriku ini tidak berguna untuk sesiapa. Bahkan, hanya waktu yang diperlukan sahaja. Aku lelah, aku Redha. Aku pa…

::KISAH SAYA & MEREKA::

Image
Pejam celik, pejam celik, hampir sebulan sudah berada dalam sem 3. Wah, dah jauh meneroka walau sebenarnya, masih banyak lagi yang perlu di kaji. Kerana sebagai Hamba, ilmu itu tidak pernah cukup. Lagi banyak kita belajar, lagi banyak sebenarnya yang kita tidak tahu.
Awal sem3, banyak yang aku sertai dan alami. Seronok dan bahagia sehingga membuatkan senyuman melebar luas. Di samping, banyak juga derita dan sengsara yang perlu aku tempuhi. Ujian Tuhan, tanda Allah sayang dan masih prihatin pada hambaNya. Huhu. Doakan saya untuk terus mengharunginya walaupun kadangkala ada rasa gugur di tengah jalan, jatuh dan sukar untuk bangkit. Perjalanan masih jauh untuk sampai ke penghujung, tapi aku masih tetap percaya, pengakhiran jalan ini pasti akan ku temui dengan sebuah kebahagiaan dan seuntai kejayaan .
Doakan saya, kawan-kawan. Saya tidak kuat bila berseorangan untuk ORATOR & FLAIRSOC.
Debat Piala Sultan Zainal Abidin. | Tahniah buat mereka, dan ahli KOUBM |
Takdir di tangan Tuhan. Tiada s…