SENYUMLAH..


Senyuman penawar duka.
Senyumlah, agar segala kepahitan dilupakan.

Walau kadang kala tidak pernah mendapatkan apa yang kita mahu,
tapi percayalah apa yang kita dapat itu adalah apa yang kita perlu.

Biarkan dunia ini bermain,
asalkan kita yang berada didalamnya tidak terleka dengan permainannya.

Bangkit dari kekalahan,
bangun dari kekecewaan,
jangan terus bersedih dengan kesedihan yang sementara,
muhasabah diri kembali.

Dalam duka, dalam suka,
pasti ada yang menyokong dibelakang,
seperti tulang belakang,
tanpa tulang belakang di dalam badan,
tubuh kita tidak boleh berdiri dengan tegap,
sukar untuk melakukan pekerjaan.

| Santai KTR bersama adik2 SMA Marang |

* Hatiku sedang remuk sebenarnya. Sengaja membiarkan kata-kata ini bermain di blog. Agar ia tetap kukuh di hati. Bukan mudah untuk menghadapi masalah tanpa jiwa dan hati yang kuat, tapi beranilah untuk mencuba.

* Ada ketika, aku merasakan diriku ini tidak berguna untuk sesiapa. Bahkan, hanya waktu yang diperlukan sahaja. Aku lelah, aku Redha. Aku pasti ada hikmah disebalik ujian ini,.

* Terima kasih Teman, mungkin pengorbanan ku selama ini hanya sia-sia. Tapi, aku masih berusaha. Berusaha untuk segalanya.

Comments

Popular posts from this blog

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!

UJIAN HIDUP

TEMAN HIDUP