~ TAKDIR CINTA 2 ~


Menghitung hari. mengira detik. entah bila tangis ini akan berhenti. saban hari, pasti ada yg menyayat hati. sekuat manapun hati, setabah mana pun jiwa, tapi hati mana yang tak runtun bila perasaan dipermainkan.

Aku masih belum cukup dewasa untuk bermain dengan semua ini. Namun, kata orang bila kita sudah melangkah ke air, bermakna kita perlu mengharungnya. Jadi, samalah juga dalam situasi ini. Bila aku sudah mula berani untuk melangkah ke alam ini beberapa tahun yang lalu, bermakna hari ini aku perlu untuk hadapinya. Biarlah sakit, pedih, gembira, bahagia, derita, semuanya akan dilalui. Bukan aku sahaja, malah sesiapa yang melalui alam ini, pasti jua akan merasa sama. Cuma mungkin, rasa dan ujian itu berbeza. Termasuk juga pengalaman tersendiri.

Kata dia, masa depan masih jauh lagi. Perjalanan masih panjang lagi untuk mencapai impian. Aku akui, dan tidak pernah pula aku bantah perkara itu.

Cuma kini, aku rasakan aku tidak kuat bila kau begitu. Kau menjauh, kian menjauh walau kau kata tidak. Dahulu lain, hari ini lain. Biar orang kata itu takdir dan dugaan untuk kita, namun aku rasakan dugaan ini cukup besar. Aku wanita. Seorang wanita. Rintih hatiku saban hari makin menebal. Aku ingin keluar dari belenggu ini. Aku ingin keluar. Aku mencari kepastian. Kepastian antara kita.

Memberi tak bermakna akan menerima. Tapi, menerima seharusnya menghargai. Bagiku, itu adalah satu frasa yang cukup cukup cukup untuk perlu kau hadam. Kau harus tahu. Kau harus peka. Pengorbanan aku bukan mainan. Pengorbanan aku bukan paksaan. Ada orang, sanggup buat apa sahaja untuk cintanya. Tapi bagi aku, andai ia tidak dihargai, adakah aku perlu untuk terus memberi sedangkan aku terus disakiti.

Cukuplah untuk semuanya. Mohon penjelasan dari dirimu. Sehabis baik, sebaik mungkin. Fahami perasaan aku. Mengerti hati ini. Bukan mahu dihargai setinggi gunung kinabalu atau sebesar gajah.. Cuma, aku mohon sekelumit hati untuk diberikan agar aku jua mengerti kedudukan mu kini. Aku pohon dengan rendah dirinya, tidak mahu mutiara ini terus mengalir. Terus-terusan sedangkan jalannya masih tidak ku temui.

Ku pohon cinta Illahi. Ku pohon doaNya agar jalan ini diredhai & niatku tidak lari. insyaAllah.

~ Aku mahu terus tersenyum. Tersenyum begini ~

p/s: Senyum adalah satu awet muda. Senyum juga adalah satu sedekah... ^_^

Comments

  1. orang kalau ade mutiara die simpan....bukan nak buang2...

    ReplyDelete
  2. air mata kadang-kadang memberi kekuatan kepada wanita :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TEMAN HIDUP

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!

UJIAN HIDUP