berhati-hati kalau berkawan, takut sendiri makan hati.

assalamualaikum. m0ga teman semua berada di bawah lembayung Allah s.w.t dan moga kita semua masih tabah dan cekal menghadapi segala dugaan yang ditetapkan. Berdoa, agar kita semua diberi kekuatan fizikal dan mental kerana inilah KEHIDUPAN.

seminggu dua ini, saya agak stress dan emosi agak terganggu dek kerana waktu yang hampir-hampir mencecah ke final. yeah, t0wards FINAL.! semakin tidak sedar, masa terus berlalu begitu pantas. hampir mengakhiri semester 3, terasa seperti baru semalam menjejakkan kaki ke sini. Allah, makin banyak yang diri ini pelajari, makin kerdil dan hina rasanya.

mungkin post kali ini lebih kepada sesi meluahkan perasaan. kalau tidak diluah, hati sendiri yang sakit. kalau diluah, banyak yang akan makan hati, dan akhirnya hati sendiri juga akan sakit. so, better luah kat blog. lega dengan menulis.


a true friend is those who accept all your good and bad behaviour. but the ever best true friend is they who correct our wrong.

secara jujurnya. aku sememangnya seorang yang sangat cepat tersentuh dan terasa. emosi ku cepat bergetar. hatiku cepat merasai peritnya kesakitan. ini adalah suatu anugerah yang diberikan. aku tidak melatah, namun bersyukur dengan apa yang ada. bukan aku tidak cuba untuk mengawalnya, tapi bila berbaik, cuba untuk tidak menunjukkan kelemahan diri, di pijak pula kepala. aku makin sakit andai semuanya berterusan begini.

bagi aku, kalau aku sakit aku perlu bagitau. kalau aku terasa, aku akan cakap. it is not the point that u alls can make me like a doll. bila mahu, panggil. bila diperlukan, baru mencari. tapi ada kau kisah perasaan aku.? bukan aku mahu dihormati atau disanjungi, cuma ada sekelumit perasaan 'kawan' pada diri. anggap lah aku sebagai kawan, sudah memadai.

sakit, ada kau rasa? sebab kau ada ramai orang sekeliling. aku tidak mahukan itu semua, tapi cukuplah ada yang masih prihatin.

merahsiakan bukan yang terbaik. see, bila dah terbocor lihat apakah kesannya. tolonglah, i'm tired with all of this. tamat sudah pencarian sahabat. nampaknya seperti tiada yang aku jumpa. mungkin, ada hikmah yang menanti semua ini. Dia telah menentukan segalanya. aku redha dan pasrah, biar hari ini aku sakit.

cuma mungkin, ada azam yang baru aku sematkan di sudut hati.
'usah mudah percaya dengan kata-kata manis, kelak ia akan menjadi pahit dan masam juga'.
tomorrow is my wishes, not others. so, i will decorate my future by self, does'nt need others help. thank you.

mode : amat terasa dengan beberapa orang buat masa ini. diamku bukan bermakna marah, tapi cuba untuk memaafkan. orang yang rapat dengan kita tak bermakna mereka akan ingat kita selamanya, tapi orang yang paling rapat amat berpotensi untuk mengkhianati kita. REMEMBER.! do care all of your friends. takut-takut nanti, hati kita dicuri dengan sengaja. pencuri berkolar putih, JAGA-JAGA.!

kak ain : anda adalah seorang yg kuat. sangat kuat. tidak pernah lagi aku kenal dengan orang yg mpunyai hati yg begitu cekal seperti kau. aku sungguh sayang dengan insan ini.
can I got your advise? hati sy sedang terluka :(

Comments

Popular posts from this blog

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!

TEMAN HIDUP

UJIAN HIDUP