kasih dan cinta pada debat.

jangan diulang kelakuan yang sama! kelak, ia akan memakan diri sendiri.

cinta terhadap debat bukan mudah utk kita pupuk dan semai agar ia tetap mekar di hati. sebab itu ada dikalangan pendebat yang mudah untuk hilang fokus dan idea, lari dari arena debat, dan sebagainya. hanya orang yang betul2 cinta akan debat, masih kekal hingga ke hari ini.

pernah aku rasa benci pada debat tatkala aku di hina dan berada di kedudukan yang paling rendah sekali. dan pernah aku rasa sayang dan kasih pada debat disaat aku meraih kejayaan. itulah lumrah manusia. mudah untuk sayang dan benci. sebab itu dinasihatkan agar setiap kali berdoa, titipkan doa. 'Ya Allah, tuhan yang membolak-balikkan hati kami, tetapkan hati kami terhadap agamamu dan ketaatan padamu'. Amin. setiap insan, ada doa mereka tersendiri.

ini adalah keluarga orator saya ^^

aku adalah orang yang tidak boleh berhadapan dengan kekasaran. mudah untuk hati ini lemah, walhal aku tahu ia adalah untuk kebaikan aku juga. tapi aku boleh, cuma hati ini merangkak-rangkak untuk menerima, dan akhirnya aku terima dengan redha.

debat adalah pengorbanan. debat juga banyak memberikan kesakitan buat jiwa-jiwa pendebat. namun kesakitan itulah yang mampu untuk memberikan kejayaan, juga dengan pengorbanan mampu untuk melahirkan jiwa yang suci. jangan takut untuk berkorban, malah berani untuk menyahut cabaran.

biar kau di caci, biar kau di hina, jangan sekali berundur diri. perjuangan ini masih belum tamat, perjalanan kita masih jauh. usaha perlu dilipat kan. agar nilai pada diri juga dapat digandakan.

didiklah aku, ajarlah aku untuk menjadi orang yg kuat. namun jangan kau didik dan uji dengan kekasaran yang teramat sangat. kerna aku juga seorang wanita, yg tidak mampu untuk menghadapi kekejaman.

mereka ini masih kecil. kan molek andai si kecil ini di didik dengan dunia debat. bukan untuk mengajar banyak bercakap, tapi rasional nya adalah untuk mengajar memahami kesakitan dan ujian.!

p/s: mood hendak berdebat itu sedang hadir. kenangan debat royal tiba-tiba terimbas semula. kenangan waktu kau dan aku bertemu, sama-sama memperjuangkan kasih hingga kini. | sedang tersenyum sendirian...~| 3.50 am

Comments

  1. tahniah la kerana berani berdebat...hehe pasni boleh la dbat ngan den lak ea

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!

UJIAN HIDUP

TEMAN HIDUP