mencari cinta kerana..

umurku semakin menginjak dewasa.

tiada siapa yg akan menafikan perkara itu. jika dulu umurku masih mentah, masuk ke sekolah dalam keadaan baju yg sentiasa terurus oleh ibu dan ayah, kasut sekolah yg putih bersih, nametag tersisip rapi di tudung, beg sekolah di gantung, tudung dilipat rapi. awal persekolahan 1999, semuanya diatur oleh ibu dan ayah.

tapi hari ini, umurku hampir masuk ke 20-an. kadang-kadang, banyak ujian yg datang, tidak mampu untuk aku uruskan dgn sebaiknya. malah, aku lebih suka untuk mencari seorang teman disisi. menenangkan hati dikalan gusar, memberi idea dikala buntu.

jika dulu bercinta seperti monyet. tapi hari ini, hakikatnya mencari sebuah cinta adalah mencari seorang teman. walau ada suara mengatakan bukan masanya lagi, cuma bagiku sebenarnya adalah seorang teman yg boleh mendengar perkongsian dan luahan, boleh membantu saat aku perlukan seseorang, saat aku menghadapi susah atau sebagainya.

pokok pangkalnya, adalah perhatian. cukup untuk itu semua. ya, aku cuma perlukan perhatian. hatiku tertarik juga kerana perhatian yang kau berikan, bukan yang lain atau apa.

walau aku dikatakan masih kecil untuk semua itu, tapi hakikatnya aku sudah besar. dan aku sudah matang. walaupun kadangkala terguris dek semua ini, tapi aku tetap yakin bahawa Dia turunkan semua ini, ada sebabnya.

mencari cinta buat peneman hidup, bukan bermakna melupakan Dia yang menciptakan kita. sama-sama berdoa agar ia tidak melebihi apa yg sepatutnya kita lakukan..

mode : aku sedang menghargai apa yang aku punya kini. segala tindak-tanduk ku, adalah satu penghargaan. maaf, andai ada yang rimas atau sebaliknya. mohon agar hati ini difahami sekaligus mampu untuk menguatkan ikatan kita.

salam.

Comments

Popular posts from this blog

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!

UJIAN HIDUP

TEMAN HIDUP