Saat Kasih Bertaut..

Tika ku kealpaan kau bisikkan bicara keinsafan,
Kau beri kekuatan tika aku diuji dengan dugaan,
saatku kehilangan keyakinan kau nyalakan harapan,
saat ku meragukan keampunan Tuhan,
Kau katakan rahmatNya mengatasi segala....

Dalam kehidupan ada persahabatan, dalam persahabatan ada senda dan tawa, dalam senda dan tawa ada tangis yang terhiris, dalam tangis ada kesedaran yg diperoleh, dalam kesedaran itulah kita akan kembali kepada fitrah. Fitrah setiap insan. bila diuji, ada madu yang perlu diambil dari sakit itu. jika tidak, sakit itu pasti akan dirasai berpanjangan.

Seperti kisah Romeo & Juliet, selepas berpisah bertahun lama pasti akan berjumpa kembali. sama juga dengan kisah persahabatan. kita berjumpa, kita bercanda, kita mengukir kenangan, dan kini tiba untuk berpisah menentukan masa depan dan menggapai impian masing-masing. dulu, aku sudah. kini, tiba pula masa kalian. untuk pergi jauh melayar samudera, merentas benua, menuntut ilmu yang mahal di negeri orang.


bukan aku tidak mahu mengikut jejak kalian, cuma mungkin aku disini. biarlah berbakti pada negara. siapa kata hati ini tidak cemburu. walhal, ke 'situ' juga adalah satu impianku sejak dulu, semasa tingkatan 4. namun, siapalah aku untuk melawan takdir. percaturan Allah itu lebih hebat kan. aku sedang mencari hikmah di sebalik semua ini.


suatu hari nanti, aku nanti kepulangan kalian~ membawa cerita masing-masing untuk diperdengarkan. sungguh, aku akan nantikan saat itu. moga kita semua dipanjangkan umur, insyaAllah.

jaga diri di negeri orang. moga kami di sini tidak dilupakan. kirimkan khabar berita agar kerinduan akan terubat nanti.

saat kasih bertaut, seluruh jiwa dan raga tertaut sama. menyemai kasih nan abadi. membina persahabatan hingga akhirnya.


p/s: untuk semua yang akan terbang, keluar dari Malaysia. semoga berjaya dalam perjuangan kalian. ikhlas dari saya, fatin syahira.

Comments

  1. salam....setiap kenangan itu pasti akan jadi memori yg amat berharga sekali...:)

    ReplyDelete
  2. nice to meet you fateyn , walaubanyak mane cabaran dan dugaan kita semua dalam berkawan , akhirnya tetap ke satu arah yang sama. moga kita berjumpa lagi di lbaran tahun dan episod hdup yang akan datang..

    hehe , lepas ni kne doakan semua agar cpat dpat jdoh la pulak nmpaknye. hehe :P

    semoga berjaya daalam hidup dunia dan akhirat ye kalian !

    ReplyDelete
  3. alls reader : thanx yeah for de view. reali appreciate it ^^

    maszull : betul, kenangan itu amat terindah. agree! ^^

    al-hakim : biase2 je. hanya sekadar luahan dan nukilan. semuanya dari Allah. niway, thanx view yeah~

    hana : wuwuu. nice meet y0u tooo. hehe. itula pasal, pasni kene wat post tentang tu plak. hehe.~ Aamin Ya Rob.!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!

UJIAN HIDUP

TEMAN HIDUP