Salam Lebaran 1432H

Tahun ini beraya bersama keluarga tercinta, bersama sahabat-sahabat, bersama Teman sy. Dalam kegembiraan ada sedikit kedukaan apabila raya ini merasai kehilangan seseorang. Bukan hilang di dunia ini, cuma hilang di mata~ Semoga si dia selamat sejahtera, bergembira dihari raya bersama keluarga.

Alhamdulillah. sehingga ke detik ini masih merasai nikmat Allah. walaupun bertepu dosa yang dilakukan tapi Allah masih lagi mencurahkan kasih sayangNya, Allah Maha Pengampun. Ya Allah, terima kasih atas semua nikmat ini~ Moga kalian juga berada dalam ampunanNya. Biar sekecil zarah sekalipun dosa kita, mintalah keampunan Allah, agar kita tidak terus terleka, dan agar hati kita tidak hitam di mamah dosa.

Jagalah pemakanan dihari raya ini, moga kita semua dijauhi penyakit~

Inilah keluarga besar saya ^^ cuma ketiadaan acik dan pakcik

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin. Mohon ampun dan maaf andai ada tersilap bicara, tersalah pandang, terkacau emosi dan segalanya. Moga-moga Syawal ini memberi seribu makna buat kita semua.

Salam Aidilfitri, Salam Merdeka.

Comments

Popular posts from this blog

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!

TEMAN HIDUP

UJIAN HIDUP