terima kasih.

aku tak tahu apa yang ku rasakan, dalam hatiku saat pertama kali, lihat dirimu melihatku. |percaya padaku_ungu|

syukur. seperti mahu sujud syukur saja saat melihat post itu. sungguh, kegembiraan itu sangat-sangat dirasai selepas mengalami beberapa kedukaan. janji Tuhan itu pastikan. :) Alhamdulillah. mari semua teman pembaca, bersyukur pada Dia yang telah memberikan nikmat kepada kita semua.
untuk memuaskan hati semua orang memang bukan mudah, tapi cubalah sedaya upaya. ingatlah jasa dan kebaikan orang pada kita. jangan sampai dianggap 'seperti kacang lupakan kulit'. agak terkilan, namun aku jadikan ia sebagai pengajaran.

sahabat, moga kau sabar tempuh segalanya. pasti ada hikmah di sebalik semua ini. cuma, aku ingatkan agar kau berhati-hati dalam kehidupan ini. takut akan membinasakan diri kau sendiri. puas sudah kami semua memberikan nasihat, dorongan, dan juga kekuatan-kekuatan melalui ayat Al-Quran, namun sedikit pun tidak kau endahkan. malah kau lebih suka dengan diri kau terus dibelenggu segala noda dan masalah.

percayalah padaku, andai kau terus-terusan begini, sampai bila pun fokus tidak akan tercapai, kejayaan tidak mampu diraih. sedarlah. ada mutiara di hadapan anda, tapi disebabkan fikiran itu serabut dengan masalah, mutiara di sangka kaca. akhirnya, siapa yang rugi? fikir-fikirkan.

sayang kami terhadap sahabat, sampai bila-bila. sebab itu kami tegur dan nasihat.

kami tidak kata salah, malah kami gembira dengan keputusan kalian. cuma berjaga-jagalah dalam tindak-tanduk. orang lain pun begitu juga, tapi tidak lah seperti layang-layang yang terputus tali. apa yang penting, kebergantungan pada Allah, dan kepercayaan pada diri. kita yang memilih mahu hidup yang bagaimana. Allah sendiri telah menetapkan dalam kitabnya. 'Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubah dirinya sendiri.'

mungkin, cuma satu yang perlu aku dan semua tahu. mengapa kita di hina? kerana itu adalah ujian dari Allah. kenapa Allah hadiahkan kita ujian tu? kerana Dia nak mengingatkan kita agar tidak leka dengan dunia. maka, jangan sekali ada rasa berkecil hati, prasangka buruk pada orang-orang yang menegur kita, kerana bila terbit perasaan tersebut walaupun sebesar zarah, bermakna kita tidak redha dengan ujian yg Allah turunkan. kesimpulan, kita bukan berkecil hati pada orang tersebut, tapi pada Tuhan.

moga kita semua terhindar dari semua tersebut. aku sendiri sedang cuba untuk menjadi lebih baik dari yang sebelumnya. setiap manusia sering melakukan kesalahan, tiada yang sempurna. tapi sebaik-baik manusia adalah menginsafi kesalahan, dan berubah.

____________________

sudah tersasar dari tujuan sebenar post, hehe. mungkin perasaan yang bercampur baur. gembira dan terkilan. terima kasih buat TEMAN saya atas post itu. sangat-sangat terharu dan gembira. ternyata, setiap kedukaan pasti ada kegembiraan.

p/s: ini gambar kenangan sewaktu ibu, keluarga dan lain-lain datang ke Terengganu. dia juga ada, saja aku bawa untuk ketemu sama keluarga yang lain. =)

sayang semua. doa agar sampai syurga. doa agar segalanya dipermudahkan.

salam.

Comments

Popular posts from this blog

TEMAN HIDUP

UJIAN HIDUP

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!