Posts

Showing posts from November, 2011

persahabatan itu sebuah cinta..

Image
berkorban apa saja, harta ataupun nyawa, itulah kasih mesera, sehati dan sejiwa..
persahabatan itu lahir dari ikatan yang penuh suci, menuntut sebuah keikhlasan yang abadi, sehingga ia kekal tersemat di lubuk sanubari.
mungkin ada yang tidak percaya, persahabatan itu cinta. kerana cinta memerlukan pengorbanan.
hari ini, demi menggapai sebuah persahabatan yang tulus suci, pasti ada insan yang perlu berkorban demi insan yang disayangi.
biar apa sekalipun ranjau berduri yang perlu diharungi, tiada masalah untuk menghadapi andai kita berdua melaluinya bersama. itu kisah persahabatan yang tiada tolok bandingnya.
ada juga persahabatan yang luarannya nampak bahagia, tuntas orang sekeliling memuja. namun, tahukan bahawa dalaman mereka derita, sengsara dek kepahitan dunia. ini terjadi pabila tiada keikhlasan dalam bersahabat. menuntut setiap pembalasan disebalik pemberian.
teguran dan nasihat itu kadangkala dipandang enteng oleh sesetengah insan. bila kita alpa siapa teman kita dikala senang dan susah.…

petua untuk maintain cool bila....

Image
bismillah..
Alhamdulillah, bersyukur pada hadrat Illahi tatkala diri kita masih lagi diberi peluang untuk merasai nikmat kehidupan. istighfarlah seandainya kita masih alpa dengan keEsaan Allah, bertaubatlah selagi mana pintu itu masih terbuka, mohonlah kemaafan selagi dia masih bernyawa.
ada ketika kita tidak mampu untuk mengawal kemarahan, adakala kita sering sahaja diuji kesabaran oleh orang sekeliling, ada masanya hati tersentuh dek usikan dan tingkah laku mereka. dan sampai satu tahap, kesabaran itu tidak mampu lagi untuk ditampung lalu ia meluap-luap keluar seperti gunung berapi yang meletus.
bagaimana mahu meredakan kemarahan tatkala orang itu berada berhampiran. bagaimana untuk kita mengawal perasaan bagi menjaga hati-hati sekeliling hatta sekalipun mereka yang melukakan hati kita.
mudah sahaja, fikirkan kebaikan-kebaikan yang pernah mereka lakukan pada kita. usah mengenangkan lagi keburukan, kepahitan atau kesakitan yang pernah mereka salurkan, kerana itu akan menjadi penambah kem…

aku bukan seperti mereka..

Image
bismillah..
dalam meredah keheningan malam, ku syukuri segala nikmat yang telah dianugerahkan. memang fitrah seorang hamba, bersyukur dengan apa yang diperoleh. namun fitrah itu bertukar menjadi lawannya apabila terlalu alpa mengejar dunia.
awal lagi aku akui, aku tidak mampu untuk menjadikan setiap kritikan dan teguran itu sebagai satu tangga untuk aku mencapai kejayaan. aku tidak mampu untuk melawan perasaan sedih dan kecewa seorang diri. perasaan kecewa itu lahir dengan sendirinya bila emosi diganggu, hati terluka parah. namun, mungkin pengubatnya ada variasinya. cuma salah satunya mungkin ada perkara lain yang boleh menguatkan semula hati yang kian patah, boleh membekukan semula hati yang semakin mencair.
cuma aku bukan seperti orang lain, mudah sangat bermanis kata menyusun bicara. aku adalah aku yang sukar untuk di ubah. walau aku sudah cuba, namun aku gagal untuk membentuk diri, ramah dengan setiap insan. ramah itu ramah, tapi bukan ramah seramah-ramahnya. faham bukan?
tatkala diri…

bila terlalu asyik memilih..

Image
Dalam kehidupan, tidak salah untuk kita memilih. demi kepuasan masa hadapan, agar tidak tersilap pilih dan menyesal kemudian hari. namun, bukan itu tiket untuk bebas memilih. lantas membuatkan banyak hati yang terluka dengan pemilihan itu.
betul, terus-terusan memilih adalah mahu mencari yang terbaik. mampu menjadi seri hati buat penyeri kehidupan. kau bukan raja, yang perlu untuk di akur. kau juga bukan hero, yang pasti ada heroin muncul. tapi kau dan aku adalah manusia biasa, juga mereka. manusia yang punya hati dan perasaan untuk dihargai.
bukankah lebih baik, pilihan itu dibuat secara rahsia. maka tiada yang akan terasa. tuntas, natijahnya juga menghasilkan gembira yang boleh membuat insan-insan sekeliling tersenyum riang, tanpa menyimpan duka di sebalik senyuman.
pilihlah, untuk gembira sendirian dan biar orang sekeliling terasing duka, ataupun membiarkan hati-hati itu tersenyum ikhlas lalu hati kita juga akan tetap gembira menatap tiap bibir yang tersenyum.
p/s: saya sayang teman sa…

Sanah Helwa Alang Asya :)

Image
This post dedicated to my lovely sister. :) ~Asya Snuff Eliminate~
dah bosa dah. 14 tahun. tahun dopan nak pmr. jangan dogey2 laei. dah jadi anak dara, cube jadi matured sikit. ingat, apa pun yang berlaku, den totap akak kau. :0 hehehe *saje jee nih.
moga panjang umur, belaja rajin2. taun depan nak pmr, kate nak masuk MRSM. kene lawan aku, kene dapat 6-7 A. haaa, mampu kau? hahaa.
jadi anak yang baik, mendengar kata. jangan ikut bende yang jahat kek den ni, tapi amik laa yang baik2. aku pun manusia biasa, yang sering melakukan kesalahan.
p/s: duit jam manee??? ayah bagi aku duit belanje aku jeeee. gagagaa. :D

Biarku pendam 1000 rahsia.

Image
Hampir 2 minggu lebih aku berada di bumi Gemencheh. bermacam pengalaman yang telah aku lalui, ada yang baik, ada yang gembira, dan ada juga yang buruk sebagai pengajaran buat diri.
sungguh, kadangkala aku begitu sentap bila berada di rumah. bukan aku mahukan yang indah-indah sahaja, tapi aku tidak suka pada tekanan. plus, aku adalah seorang yang mudah untuk mengeluarkan airmata.
aku benci pada tekanan. aku benci pada kemarahan, aku benci pada herdikan.
saat ini, aku seperti mahu cepat-cepat habis belajar, mahu cepat-cepat kerja, mahu cepat-cepat berkahwin. keluargaku nanti, aku mahu menitiskan kebahagiaan di dalamnya, aku mahu sulamkan kasih sayang. doaku, anak-anakku tidak akan mengalami apa yang aku alami kini, kerna aku sudah merasai betapa peritnya suasana ini.!
aku masih kecil, dan aku masih muda untuk menahan semua penderitaan. adakala, mahu saja aku lepaskan ini semua pergi, mahu saja aku pergi jauh-jauh, tapi sejauh mana pun aku pergi, inilah desaku. seperti burung, jauh mana pun …