aku bukan seperti mereka..

bismillah..

dalam meredah keheningan malam, ku syukuri segala nikmat yang telah dianugerahkan. memang fitrah seorang hamba, bersyukur dengan apa yang diperoleh. namun fitrah itu bertukar menjadi lawannya apabila terlalu alpa mengejar dunia.

awal lagi aku akui, aku tidak mampu untuk menjadikan setiap kritikan dan teguran itu sebagai satu tangga untuk aku mencapai kejayaan. aku tidak mampu untuk melawan perasaan sedih dan kecewa seorang diri. perasaan kecewa itu lahir dengan sendirinya bila emosi diganggu, hati terluka parah. namun, mungkin pengubatnya ada variasinya. cuma salah satunya mungkin ada perkara lain yang boleh menguatkan semula hati yang kian patah, boleh membekukan semula hati yang semakin mencair.

cuma aku bukan seperti orang lain, mudah sangat bermanis kata menyusun bicara. aku adalah aku yang sukar untuk di ubah. walau aku sudah cuba, namun aku gagal untuk membentuk diri, ramah dengan setiap insan. ramah itu ramah, tapi bukan ramah seramah-ramahnya. faham bukan?

tatkala diri dipandang rendah, terasa seperti batu besar menghempap diri. jatuh rebah di muka bumi. fikiran melayang-layang, inikah natijah dari apa yang aku lakukan? apakah ini yang harus aku lalui? ujian apakah ini? mengapa aku? mengapa dia berjaya? mengapa mereka mudah saja menggapai cita-cita.

bila kita dihimpit kecewa, bertalu-talu soalan ini di minda. begitu juga aku, begitu juga mereka, yang tidak pernah lari dari bermain perasaan. bila ada keinginan untuk mengubah diri, bila mahu bangkit dari kegagalan, bila ada rasa untuk gapai cita-cita, semuanya musnah tatkala lain yang dicari.

antara kemampuan dan komitmen, keduanya perlu seiringan bukan? namun, bila ada yang tidak komitmen, tapi masih lagi diberi peluang. mengapakah ini berlaku? aku tahu jawapannya..

aku tidak tahu, sama ada masih mampu bertahan atau tidak. istikharah penentu jawapan. Ya Allah, tunjukkan hambaMu ini kebenaran, agar kepahitan itu tidak sering lagi aku rasai.

kak ain, tinggal beberapa hari lagi untuk menamatkan zaman bujang. moga semuanya dipermudahkan. insyaAllah. :) i'll pray for y0ur happiness. insyaAllah

p/s: cuba untuk terus tersenyum di medan ini, biar terpaksa menelan hempedu. masih lagi gembira dengan kemunculan awal semester, namun ia tidak lah secantik pelangi, kerana tiba-tiba disebalik kehadiran pelangi, rupanya hadir pula petir dan guruh, memanah hati hingga luka berdarah.

Comments

  1. salmi: team gender (adib, wanzai, afifah n jang) dapat break semi final debat great gender ipt 2011 piala shahrizat abdul jalil.

    fatin: kak ain juga cuba senyum di akhir-akhir saat ini. tidak mahu tinggal, tidak mahu berhenti berjuang, sebab terlalu sayang orator.

    ReplyDelete
  2. tidak perlu menjadi mereka.. jadi diri mu sepenuhnya.. carila emas dlm dirmu yg menunggu masa utk kau teroka..jgn sesekali mencari kaca yg mampu melukai mu suatu hari nanti.. nilai benda yang bernilai, jgn nilai benda yang tiada nilainya...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!

TEMAN HIDUP

UJIAN HIDUP