Biarku pendam 1000 rahsia.

Hampir 2 minggu lebih aku berada di bumi Gemencheh. bermacam pengalaman yang telah aku lalui, ada yang baik, ada yang gembira, dan ada juga yang buruk sebagai pengajaran buat diri.

sungguh, kadangkala aku begitu sentap bila berada di rumah. bukan aku mahukan yang indah-indah sahaja, tapi aku tidak suka pada tekanan. plus, aku adalah seorang yang mudah untuk mengeluarkan airmata.

aku benci pada tekanan. aku benci pada kemarahan, aku benci pada herdikan.

saat ini, aku seperti mahu cepat-cepat habis belajar, mahu cepat-cepat kerja, mahu cepat-cepat berkahwin. keluargaku nanti, aku mahu menitiskan kebahagiaan di dalamnya, aku mahu sulamkan kasih sayang. doaku, anak-anakku tidak akan mengalami apa yang aku alami kini, kerna aku sudah merasai betapa peritnya suasana ini.!

aku masih kecil, dan aku masih muda untuk menahan semua penderitaan. adakala, mahu saja aku lepaskan ini semua pergi, mahu saja aku pergi jauh-jauh, tapi sejauh mana pun aku pergi, inilah desaku. seperti burung, jauh mana pun terbang, pasti akan pulang ke sarang.

tolong fahami jiwaku, keinginanku, dan kemahuanku. jangan dihalang cita-citaku, jangan ditegah impianku selagi ia masih baik.

cemburu ku melihat insan lain sejak dulu lagi, puas aku pendam. sudah lama aku diamkan diri ini. tapi mungkin tidak kali ini. aku mahu mencari yg terbaik buat diriku dan yg lain. aku akan mencari penyelesaiannya.

tinggalkan aku derita, pergi jauh dariku tangisan. aku tidak mahu merana lagi.

p/s: ini adalah luahanku. mohon jangan ditanya. biarlah aku saja yg merasai. yakin, ada hikmah di sebalik keperitan. aku cuma mahukan Teman, yang boleh mendengar. cukup itu, meredakan kesakitanku.

Comments

Popular posts from this blog

UJIAN HIDUP

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!

TEMAN HIDUP