bila terlalu asyik memilih..

Dalam kehidupan, tidak salah untuk kita memilih. demi kepuasan masa hadapan, agar tidak tersilap pilih dan menyesal kemudian hari. namun, bukan itu tiket untuk bebas memilih. lantas membuatkan banyak hati yang terluka dengan pemilihan itu.

betul, terus-terusan memilih adalah mahu mencari yang terbaik. mampu menjadi seri hati buat penyeri kehidupan. kau bukan raja, yang perlu untuk di akur. kau juga bukan hero, yang pasti ada heroin muncul. tapi kau dan aku adalah manusia biasa, juga mereka. manusia yang punya hati dan perasaan untuk dihargai.

bukankah lebih baik, pilihan itu dibuat secara rahsia. maka tiada yang akan terasa. tuntas, natijahnya juga menghasilkan gembira yang boleh membuat insan-insan sekeliling tersenyum riang, tanpa menyimpan duka di sebalik senyuman.

pilihlah, untuk gembira sendirian dan biar orang sekeliling terasing duka, ataupun membiarkan hati-hati itu tersenyum ikhlas lalu hati kita juga akan tetap gembira menatap tiap bibir yang tersenyum.

p/s: saya sayang teman saya. moga semuanya baik-baik sahaja. doakan kami :)

the great gender debate 2011. tahniah abg adib, kak fifah, abg wan, jang. :)

Comments

Popular posts from this blog

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!

TEMAN HIDUP

UJIAN HIDUP