persahabatan itu sebuah cinta..

berkorban apa saja,
harta ataupun nyawa,
itulah kasih mesera,
sehati dan sejiwa..

persahabatan itu lahir dari ikatan yang penuh suci, menuntut sebuah keikhlasan yang abadi, sehingga ia kekal tersemat di lubuk sanubari.

mungkin ada yang tidak percaya, persahabatan itu cinta. kerana cinta memerlukan pengorbanan.

hari ini, demi menggapai sebuah persahabatan yang tulus suci, pasti ada insan yang perlu berkorban demi insan yang disayangi.

biar apa sekalipun ranjau berduri yang perlu diharungi, tiada masalah untuk menghadapi andai kita berdua melaluinya bersama. itu kisah persahabatan yang tiada tolok bandingnya.

ada juga persahabatan yang luarannya nampak bahagia, tuntas orang sekeliling memuja. namun, tahukan bahawa dalaman mereka derita, sengsara dek kepahitan dunia. ini terjadi pabila tiada keikhlasan dalam bersahabat. menuntut setiap pembalasan disebalik pemberian.

teguran dan nasihat itu kadangkala dipandang enteng oleh sesetengah insan. bila kita alpa siapa teman kita dikala senang dan susah. tatkala diri dilambung kebahagiaan, kepahitan dan kepayahaan yang pernah dilalui bersama terbang melayang seperti layang-layang yang terputus tali.

hargailah persahabatan selagi ia masih terjalin. cinta seorang sahabat adalah yang suci murni, sehingga sukar di cari ganti. :)

adik2 SK Ampang Pecah, bagaimana dengan result UPSR kalian? mama atyn doakan semuanya bagus2 belaka, sukses!
speechless bila adik2 ni panggil aku mama ^^ haha.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!

TEMAN HIDUP

UJIAN HIDUP