petua untuk maintain cool bila....

bismillah..

Alhamdulillah, bersyukur pada hadrat Illahi tatkala diri kita masih lagi diberi peluang untuk merasai nikmat kehidupan. istighfarlah seandainya kita masih alpa dengan keEsaan Allah, bertaubatlah selagi mana pintu itu masih terbuka, mohonlah kemaafan selagi dia masih bernyawa.

ada ketika kita tidak mampu untuk mengawal kemarahan, adakala kita sering sahaja diuji kesabaran oleh orang sekeliling, ada masanya hati tersentuh dek usikan dan tingkah laku mereka. dan sampai satu tahap, kesabaran itu tidak mampu lagi untuk ditampung lalu ia meluap-luap keluar seperti gunung berapi yang meletus.

bagaimana mahu meredakan kemarahan tatkala orang itu berada berhampiran. bagaimana untuk kita mengawal perasaan bagi menjaga hati-hati sekeliling hatta sekalipun mereka yang melukakan hati kita.

mudah sahaja, fikirkan kebaikan-kebaikan yang pernah mereka lakukan pada kita. usah mengenangkan lagi keburukan, kepahitan atau kesakitan yang pernah mereka salurkan, kerana itu akan menjadi penambah kemarahan. marah itu adalah sifat syaitan. jadi, mengapa perlu kita ikut.

bila sudah memikirkan kebaikan-kebaikan itu, lalu pilihlah untuk berdiam diri. agar diam itu tidak akan membiarkan hati lain terasa sama. dan pergilah menyendiri, mengambil ketenangan di sulami dengan istighfar dan selawat ke atas nabi.

insyaAllah, semuanya akan reda. moral, pilihlah yang lebih terbaik dalam mengisi kehidupan. perjalanan kita masih panjang, jangan biarkan rasa benci dan marah itu membunuh tali perhubungan yang telah terikat lama.

p/s: masa kat Maahad dulu pernah belajar, kalau marah tengah berdiri, pilihlah untuk duduk, kalau tengah duduk kita marah, baringlah, takpun kalau dekat-dekat dengan bilik air atau sumber air, boleh laa amik wuduk. :) selain meredakan kemarahan, wuduk mampu menghapuskan dosa-dosa kecil. oleh itu, ayuhhhh! :D

saya bukan budak kecil lagi, yang merajuk bila hati terusik. :)

Comments

  1. fatin...ajar ak cmne nk wat blog cm fatin ni boley???hahaha

    ReplyDelete
  2. saye rindu fatin syahiraaaaaaaaaaaa...... <3 :-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

UJIAN HIDUP

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!

Mencari Punca & Solusi Murtad