I HAVE A DREAM..

aku punya impian. sama seperti yang lain. mahu menjadi seorang pendebat yang baik. kalau tidak mampu menjadi pendebat 1st ranking di Malaysia sekalipun, cita-cita dan impian aku mahu menjadi top 10 atau top 5 antara pendebat UniSZA. itu harapan dan azam 2012.insyaAllah :)

biarpun sudah banyak kejatuhan atau kegagalan yang aku alami, namun aku yakin. pasti ada yang terbaik suatu hari nanti, yang penting jangan mudah berputus asa. jangan pernah mengalah sebelum berjuang habis-habisan. Allah itu Maha Adil. Dia Maha Pemurah. berusaha selagi termampu, sehingga peluh yang terakhir.

kerna cinta aku pada debat, cinta aku pada keluarga orator, semestinya kecintaan itu menuntut pengorbanan.

selepas ini, tiada apa lagi yang perlu aku tumpu melainkan pelajaran dan debat. 'debat itu yang pertama, tapi belajar bukan yang kedua'.

terima kasih buat semua senior-senior yang tidak pernah jemu memberi teguran dan semangat. betulkan itu dan ini. aku hargai, dan aku terima seikhlas mungkin. terima kasih abg nadzely, abg wan, kak fifah, abg hanas, kak Ekin, kak ain,abg adib, kak yaya. terima kasih. bimbinglah saya :)



tidak lupa pada sahabat seperjuangan. jang, efa, zai. kasih tidak terhingga aku titip pada kalian, tidak berhenti memberi kata semangat. :) sayang sangat.

terima kasih abg adib. kerana membuka peluang aku ke arah bidang ini. tanpa dia, tiadalah aku di sini. tiadalah aku di orator.

terima kasih Teman. biar kita jauh kini, tapi doakan aku. moga kau juga akan mendapat apa yang kau mahu. salam rindu dan kasih. aku tidak pernah lupa.

terima kasih semua oratorian. kak zila, kak hayatun, ely, wafiy, dan SEMUA. ingat, jangan berhenti berjuang! usaha sehabis mungkin. chayok.!



p/s: nanti saya kawin, dengan harapan tinggi agar keluarga orator dapat hadir. ehehe

sekian.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

UJIAN HIDUP

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!

TEMAN HIDUP