Perit dan Ikhlas | DePNC 2011

Akhir-akhir ini, banyak sungguh ujian yang diberi. mungkin menguji aku menjadi lebih matang dan dewasa. itu tarbiyah dari Allah. aku yakin, di pengakhiran kisahku ini pasti ada yang terbaik dan menggembirakan hati-hati yang terluka.

jika benar aku perlu berubah, mungkin kini sudah tiba masanya. jika perlu untuk aku hadapi suasana baru, mungkin saat ini adalah yang sesuai. dan jika sememangnya aku perlu diuji sebegini, aku sedang cuba untuk mengikhlaskan hati, menerima ketentuan yang telah ditetapkan.

benar. ujian kali ini sungguh perit untuk aku lalui. walaupun acapkali ungkapan redha itu meniti di bibir, tapi bukan semudah itu untuk menerima sebenarnya. dari hati ke dunia luar. semuanya memberikan kesan buat si pemilik hati.

namun kali ini aku rasakan ini adalah tindakan yang sesuai. mengambil masa untuk berfikir sebelum melakukan sebarang tindakan, itu adalah cara orang dewasa bertindak!

hati ini masih terbuka. tapi kali ini bukan mudah untuk memberi, aku akan berwaspada.
_____________________________________

perjalanan aku masih jauh. kejatuhan DePNC kali ini benar-benar membunuh jiwa. sehingga satu tahap, aku menangis bagai si ibu yang kehilangan anak. bila difikirkan semula, aku sendiri takut dengan keadaan ku pada waktu itu.

bukan kerana kecewa tidak masuk ke separuh akhir, tapi disebabkan performance terakhir dalam liga tidak mampu untuk aku buat sebaiknya. besar peratusan, aku menjadi punca utama mengalami kekalahan kerana markah aku adalah yang terendah tika itu. benar, mungkin kerana ini adalah kali pertama aku berentap selaku yang ke-3. pengalaman baru, yang benar-benar mengajar aku erti cinta akan debat.

DePNC kali ini juga mengajar aku erti susah dan payah juga sebuah pengorbanan. bukan mudah untuk mendapat suatu yang manis, tanpa kita lalui keperitan dahulu.

percayalah. debat itu adalah kehidupan. pahit, manis, indah dan derita, semuanya akan dilalui dalam debat. hanya orang yang benar2 tulus mencintai debat, merasai aura sebenar nya!

keluarga orator yang sentiasa memberikan semangat dan dorongan. saat buntu, kecewa, gembira, pada merekalah aku mengadu. terima kasih kerana menjadi kakak, abang, sahabat juga adik sepanjang kita bersama. aku tidak akan lupakan kenangan yang pernah kita bina!

p/s: aku sedang memikirkan lamaran yang baru diberi. masa sehingga esok hari. aku perlu membuat keputusan yang bijak! kerana aku pasti, keputusan ini pasti akan ada yg terkoban.

Comments

  1. Selamat berjuang dan selamat berjaya adikku :) chayok2. (abg korea) Upssss. sory. terlebih sudah.

    ReplyDelete
  2. haha. abg wan jak yg mampu mengaku gitu. teda org lain. :) hee

    ReplyDelete
  3. kuat fatin . cume untk ape2 kputusan pun, consider pd keadaan dri sndri ye.
    mane yg baek fa sokong :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

UJIAN HIDUP

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!

TEMAN HIDUP