Takdir Cinta 3

ada rasa syukur, ada rasa sedih, ada rasa gembira, ada juga rasa tertekan. pengakhiran 2011 ini, banyak kisah yang menyayat hati. mungkin tidak seindah kehadiran 2011 lalu, tapi inilah takdir. mahu tidak mahu, kesabaran dan ketabahan ini perlu aku semai. walau sukar untuk aku redha, tapi itulah yang perlu aku lakukan.

paksa rela. ya, aku sedang memaksa hati aku untuk belajar menerima kenyataan dan merelakan pemergian dan perpisahan ini.

tapi percayalah, walau aku sedang cuba belajar untuk menerima, aku masih berusaha. aku tetap dan tidak akan berhenti untuk berusaha. walau ada yang menolak, walau aku ditolak, walau disisihkan atau di seksa jiwa ini. aku sedang setia. belajar untuk setia.!

akhirnya, aku terpaksa beralah demi kebaikan aku dan dia. juga demi kemaslahatan mereka semua. ini rupanya kisah kita. baru aku tahu, di sebalik sebuah pengharapan dan keyakinan yang kau sandarkan dulu, sungguh mudah kau runtuhkan segala tembok kenangan dan impian yang pernah kita bina.

inilah cinta. kisah dua hati yang masing-masing punya naluri ingin dihargai. sebuah perhubungan itu akan tetap teguh andai ada persefahaman, saling mempercayai, juga keikhlasan yang tiada tolok bandingnya.

bila berkorban, ikhlas kan diri. bila berkasih, bersihkan hati. bila bercinta, setiakan diri.

Tahniah kak ain & sir yusri.
rupanya, ini hikmah sebuah penantian dan bukti kesetiaan!
~Alhamdulillah, takdir tuhan, takdir cinta~


Comments

  1. sedih nyer kenapa kak adakah si dia kenangn akak ? huu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TEMAN HIDUP

UJIAN HIDUP

MASA, JANGAN TERLALU CEPAT!