Posts

Showing posts from 2012

RAHSIA HATI | I'M WANNA BE PATRICK, ATHIRAH !

Image
Bismillah..
Ada rasa yang membungkam hati. Ada rahsia yang tersembunyi rapi. Ada perkara yang menyelubungi diri. Sehingga rasa, rahsia dan perkara itu yang akhirnya memusnahkan impian yang sekian lama mencuri hati. 
Mengapa rasa ini kembali lagi sedangkan aku sudah melakukan keputusan. Jauhlah. Pergilah jauh-jauh. Berikan aku peluang untuk menikmati kehidupan dengan tenang dan tenteram. Berikan aku peluang untuk meraihnya. Masih banyak lagi impian dan cita-cita yang belum aku genggam. Impian itu ada, aku sudah letakkan. tapi, selagi rasa, rahsia dan perkara ini masih ada, ia masih samar-samar. Malah, ia semakin menjauh. 
Pergilah pergiii. Aku relaa..

Aku ingin kembali berdebat. Dimanakah kekuatan itu?  _____________________________________
I'd rather be an idiot, than lose you. Because knowledge cannot replace friendship. (Patrick to Spongebob) Once it happen, it will be everlasting. forever and ever. insyaAllah. Kalau beginilah cintanya Patrick pada sahabatnya Spongebob, maka ak…

TUHAN JAGAKAN DIA | FATRAH IMTIHAN

Image
Assalamualaikum. Spirit always up and down, up and down. it's normal, because when it becomes 'tetttttt', it's signed as 'death'. So, enjoy the view and experiences. :)

'kecewanyaa akuu...' 'senangnyaa soalan..' 'downnyeeee rasa..' 'sedihhh..' 'alhamdulillah. dapat jawabbb..' 'tadi tak dapat jawab exam.' 'tension jee masa jawab tadi..' 'alhamdulillah..(sambil tersenyum)' 'lagi sedih bila kawan-kawan cakap dapat jawab + soalan senang..'
ekspresi dan kata-kata yang sering diluahkan dan dizahirkan sepanjang musim fatrah imtihan. normal lah tu, kadang-kadang happy, and kadang-kadang it turn sad. memang 'sodehhhh' sangat kalau tak dapat jawab dengan baik, lagi-lagi kalau kita dah betul-betul usaha. 
but, who knows kan. Allah knows the best for us. setinggi mana pun kita meletakkan pengharapan, sebanyak mana pun kita usaha, dan segunung mana pun kita kumpul tenaga, kalau Allah kata tidak…

BISIKAN MALAM

Image
Bismillah.
kerlingan pada jam yang diberi oleh ibu, sudah menunjukkan 2.45 am. bisik dalam hati, berpeluang untuk tidak tidur malam ni. resah.
mungkin juga disebabkan faktor 'kopi' yang diminum pada jam 10.30 pm tadi membuatkan mata tidak mahu untuk lelap, walaupun sebenarnya jasad ini telah pinta untuk rehat. letih. masakan tidak, seharian tidak tidur lagi. malah, lebih letih kerana 'berperang' dengan criminal selama 5 jam. but one thing for sure, masih tak siap lagiiiiiii.. (nak cakap, banyakk sgt yg masuk final nye walaupun baru 1 madah)

hanya berbaki 7 hari sahaja lagi, oh tidak. 6 hari lagi untuk menghadapi peperiksaan akhir semester 5. tidak tahu mengapa, kali ini sungguh takut untuk melaluinya. malah, jalan yg dilalui juga amatlah sukar dan penuh dengan onak duri. aku dapat gambarkan, andai tiada ketabahan dan kesabaran sepanjang melalui jalan ini lewat lalu, pasti aku sudah tersungkur. pasti, bukan ketenangan ini yg mampu diraih. dan pasti, kekuatan ini tiada …

RENCAH KEHIDUPAN | SANAH HELWA SAHABAT

Image
Hari demi hari, tahun demi tahun, sekejapan masa berlalu begitu pantas sehingga akan membuatkan hati merindui kenangan lalu. Benar, seandai aku diberikan peluang kedua, pasti aku meminta untuk dikembalikan kepada zaman kanak-kanak. bukan hanya untuk merasa kegembiraan, kebebasan, dan ketenangan yang tidak perlu memikirkan masalah. namun, andai kembalinya aku pada zaman tersebut, aku mahu memperbaiki jalan hidup ini. Supaya nampak cantik dan molek, malah memberi makna kepada semua entiti yang hadir.
Jeda masa dahulu dan kini sungguh lama. bila diputarkan ingatan, bibir akan mula tersenyum dan jantung berdegup mengikut rentak memori. bila bahagia, seperti kereta yang memecut 120km/j. bila memori itu sedih dan sakit, seperti kereta yang semput-semput, 30km/j. itu semua fitrah, semua manusia pasti akan merasa perkara yang sama.
kita tidak punya doraemon untuk menggunakan alat 'kembali masa dahulu' ataupun 'pintu suka hati'. life must go on ! masa tidak boleh untuk diputar…

12 Ramadhan 1433H | SAHABAT

Image
Assalamualaikum.


Alhamdulillah. Sudah masuk 12 Ramadhan 1433H. Mari sama-sama bersyukur atas nikmat Islam yang masih diberikan, nikmat kesihatan yang baik yang telah dipinjamkan, dan nikmat kebahagiaan dan ketenangan hati yang dianugerahkan oleh Allah untuk kita semua. Alhamdulillah, syukur kerana kita insan yang terpilih.
Bagaimana 11 hari berpuasa? sudah terisikah jiwa? muhasabah diri setiap masa.
_____________________________________________
Sahabat yang baik tidak semestinya dia yang sentiasa di sisi, ataupun siapa yang hadir dahulu dalam diri kita. tapi seorang sahabat yang baik adalah mereka yang sentiasa ada di saat kita perlukan, menegur setiap kesalahan, dan yang sentiasa menyebut nama di dalam doa. 
Alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana mengurniakan aku sahabat-sahabat yang memahami, menerima seadanya dan sentiasa di sisi. biasalah, pasti ada pahit, masin, masam dan tawar dalam persahabatan. tapi, it's all over ourselves. kalau kita nak baik, so kita kene balas den…

BUMI HIJAU, 8TH JULY

Image
Sudah seminggu bertapak di Bumi Hijau, UPM. Dan selama seminggu ini juga, ada pelbagai ragam yang aku lihat, setiap dari inci kehidupan itu aku lalui. Malah lebih besar lagi yang aku perolehi, adalah sebuah pengalaman yang cukup bermakna. 
Aku redha. Dengan setiap yang berlaku, kerana aku yakin dan pasti dengan hikmah yang menanti di penghujung perjalanan. Setiap yang berlaku itu pasti bersebab. Maka aku menantikan asbabnya ujian dan dugaan yang hadir sepanjang seminggu ini. Mungkin juga untuk mengingatkan aku yang terleka, mungkin juga untuk mengajar aku erti ketabahan dan kesabaran, dan mungkin juga untuk membuka hati tentang erti persahabatan.
Perjuangan kali ini sudah berakhir, meskipun bukan aku pelakon dramanya, bukan aku yang menarikan irama lagu, bukan aku juga yang mendedangkan bait-bait lirik yang kita semua rangka, tetapi.. dalam segenap jiwa raga ini, aku berjuang juga bersama kalian. Bila kalian gembira, maka aku juga gembira. Bila kalian bersedih, aku juga turut merasai…

UNTUK DIA, UNTUK DIA.

Image
terima kasih menjadi sahabat dan teman. 
aku sedang menghargai apa yang di tangan, kerna aku amat yakin. andai sudah terlepas dari genggaman, aku sudah tidak boleh berbuat apa-apa. setiap kenangan dan memori yang tercipta, pasti aku akan ceritakan kepada seluruh generasiku nanti. aku pasti, insyaAllah !
aku mengagungkan kebesaran jiwanya, juga aku sangat mengagumi cita-citanya. masakan tidak aku kagum, tiada siapa lagi yang merancang seperti nya. berbeza-beza bidang, juga ada misi yang tersendiri. aku suka pada orang yang bermatlamat, terutama kepada mereka-mereka yang ada matlamat dalam setiap perkara yang dilakukan. 
sahabat, doaku sentiasa mengiringi dirimu. semoga kau peroleh syifa' ke atas kesakitan yang kau hidapi. itu kafarah dosa, bersabarlah! pasti ada hikmah di sebalik ujian yang Dia timpakan, cuma satu sahaja kunci yang perlu kau pegang kini, 'sabar' ! bersabarlah duhai sahabat. 
semoga Allah sentiasa merahmati ukhwah kita, dan panjangkan ukhwah ini hingga ke s…

KASIH ABADI

Image
Assalamualaikum.
Hari ini hari sabtu. Walaupun cuti, seawal azan subuh dia sudah bangkit. usai menunaikan solat subuh, dia mula bersiap-siap untuk meneruskan kehidupan. merenehkan air di dapur, menumbuk bawang, dan mulalah mendengar ketuk-mengetuk di dapur. rupanya dia memasak, untuk menjadi santapan sebelum ke kebun. 
walaupun hari ini cuti, orang lain masih nyenyak di buai lena dan mimpi, dan mungkin ada juga yang sedang bersiap-siap untuk berjalan-jalan, tapi dia sedang menunggang motosikal ke kebun. untuk mencari sesuap nasi, mengeluarkan keringat. ada ketikanya dia juga tidak sihat, tapi tetap gigihkan badan ke kebun. katanya, kalau tidak ke kebun, macam mane nak cari rezeki.
ya, betul. aku tahu dan yakin, dia adalah seorang yang sangat-sangat kuat dan tabah. malah, mungkin juga lebih tabah dari aku. dia menanggung semuanya sendirian. dibantu juga, tapi mungkin dia lebih besar tanggungjawab yang perlu di galas. bersabarlah, pasti ada hikmah disebalik semua ini.
pulang dari kebun…

SEMANGAT HARI JUMAAT - 18 MEI 2012

Image
Bismillah..
Hari-hari yang dilalui dengan ketenangan dan kebahagiaan yang dianugerahkan oleh Dia, hatta keperitan dan kesedihan sekalipun yang diberikan, kita harus tetap panjatkan kesyukuran kepadaNya. perlu untuk meredhai setiap yang berlaku, kerna sekejapan waktu perit dan susah yang berlalu itu, akhirnya nanti akan dilimpahi dengan hikmah yang merutun jiwa. membuat hati yang beku menjadi cair, api yang membara menjadi padam, dan ombak yang kuat menjadi surut. 
kerana itu janji Allah. there's always a rainbow after every storm.
'strong people stand up for themselves, stronger people stand up for others'. pilihan di tangan kita, tepuk dada tanya hati, tanya jiwa, tanya iman. apa agaknya khabar iman kita hari ini, apa agaknya matlamat kehidupan, adakah perlu untuk terus melangkah atau cukup sekadar berpuas hati dengan pencapaian yang diraih? atau masih lagi mahu mencari kepuasan dalam meniti kejayaan dan mencari redha Illahi? atau mungkin kegagalan dan kejatuhan membuatk…

TILL JANNAH..

Image
Assalamualaikum.
Semoga teman pembaca semua dirahmati Allah dan sentiasa dibawah jagaanNya. Walau dimana pun kita berada, hatta sesenang mana pun kita, jangan pernah lupa pada Pencipta Yang Maha Berkuasa. kerana tanpa Dia, siapalah kita. Alhamdulillah, mari bersyukur diatas nafas yang masih diberikan.                  ____________________________________________________

kerana aku cintakan setiap entiti yang hadir sebagai seorang sahabat, aku tidak pernah lupa pada mereka. jasa, bakti, sayang, cinta, segalanya yang pernah dicurahkan dan kita coret bersama, sentiasa segar dalam ingatan. 
aku masih ingat suatu tika dahulu, saat kita menyulam kasih di bangku sekolah, kita redah setiap onak dan ranjau bersama. pahit, manis, kita lalui bersama. tangis, tawa, senyuman, semuanya masih kekal di ingatan. walau kadangkala kita berselisih pendapat, namun akhirnya kita masih bersama. kau tetap menjadi penguat, menjadi pendorong dikala aku kejatuhan.
dan aku?
aku berusaha untuk menjadi sahabat se…